rekod kerja – click LIKE

Timbalan yg dipertua pertisas

image

Terima kasih kepada ahli ahli yang dapat luangkan masa utk datang Hari raya raya anjuran pertisas.

Pesanan imam al ghazali. Selamat hari raya maaf zahir dan batin
image

Acara seterusnya marhaban.

Mohd Fazilah Abdullah telah dipilih menjadi Timbalan YDP PERTISAS 2013-14. Jom kita mengenali lebih lanjut mengenai beliau.

Dilahirkan di Gelang Patah, Johor dan kini menetap di Taman Mutiara Rini, Skudai. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan kemudiannya, Diploma Pendidikan (Dip. Ed.) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Memulakan perkhidmatan di UTM sejak Julai 1995 dengan penempatan pertama di Pejabat Pendaftar (Bahagian Pembangunan Sistem – BPS) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Organisasi (BPO). Berpeluang berkhidmat di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) selepas itu dan kemudiannya berhijrah pula ke Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL). Sejak Disember 2012 sehingga kini, diberi tanggungjawab berkaitan pengurusan akademik di Fakulti Alam Bina (FAB).

Antara jawatan yang pernah disandang selain tugas hakiki adalah sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Kebajikan, Badan Kebajikan Pejabat Pendaftar (BAKUPEN), Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Pengerusi Kelab Keluarga Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (KAPPELA) dan kini, sebagai Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Fakulti Alam Bina.

Menamatkan zaman bujang sesama staf ketika berkhidmat di Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni yang merupakan penempatan kedua selepas Pejabat Pendaftar. Memiliki empat orang anak, dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang kini berusia antara tiga hingga 13 tahun.

Menonton program televisyen adalah hobi utama di masa lapang selain memperuntukkan ‘quality time’ bersama keluarga dengan bersiar-siar atau melancong.

Berikan komen dan kata-kata peransang kepada Mohd Fazilah 

Posted from WordPress for Android

Perjalanan terakhir seorang insan, sahabat dan rakan sekerja bernama Mohammed Tajuddin bin Osman (Allahyarham) – Al Fatihah

image

Salam semua,

Amat terkejut dan amat sedih & sayu bersama pemergiannya dibulan syawal yang mulia ini. Terlalu banyak memori yang dikongsikan bersama arwah. Mula mengenalinya apabila saya menjadi warga UTM Jalan Semarak KL pada awal Ogos 1982. Ketika ini arwah bertugas sebagai Pegawai Tadbir diPejabat Bendahari. Kenal tapi tidak mesra sehingga pada awal tahun 1988 kami mula mesra apabila bertugas di unit yang sama di Pejabat Pendaftar iaitu Unit C (Tadbiran Am). Duduk berkongsi bilik yang sama di bangunan pentadbiran.Arwah juga ditugaskan sebagai pegawai khas Naib Canselor ketika itu Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid menggantikan En Azham yang berpindah ke Skudai. Arwah seorang yang kuat bergurau dan suka mengusik. Kebetulan salah seorang abang saya namanya sama dengan nama arwah Tajuddin, jadi setiap kali apabila saya menelefon abang saya beliau akan menyahut dului. Begitu sifat beliau yang sangat suka bergurau. Salah satu habit arwah tak suka duduk dibilik bila buat kerja. Suka duduk diluar bersama staf lain.

Pada penghujung 1988 kami berdua berpindah ke Skudai dan Januari 1989 maseh bertugas dalam unit yang sama Unit Tadbiran Am. Sama-sama membangunkan Unit Tadbiran Am. Kami tinggal di taman perumahan yang sama iaitu BBU. Pada awal perpindahan saya menyewa rumah sangat hampir dengan rumah yang arwah beli (rumah sekarang) Jln Padi Mahsuri 5/2 jadi hubungan kami terus rapat sebagai jiran dan rakan sekerja. Tambahan pula isteri kami berdua guru dan anak ketiga kami rakan sekelas di SKBBU sehingga ke Sekolah Men. Tasik Utara JB.Menjadikan hubungan kami sekeluarga amat ikrab bagaikan adik beradik.

Pada pertengahan 1991 saya berpindah ke FSains dan tak lama kemudian arwah pula berpindah ke Unit Latihan Pejabat Pendaftar. Pada tahun ini juga saya sekeluarga berpindah ke rumah sendiri di BBU juga, yang agak jauh sedikit dari rumah arwah. Hubungan mesra kami kendur seketika jarang berhubung berkaitan dengan kerja. Walaubagaimana pun sering bertemu di kedai, pasar & masjid di BBU. Dan setiap kali shawal kami saling kunjung mengunjungi rumah masing-masing.Ketentuan Allah pada tahun 1996 apabila arwah dinaikkan pangkat ke N2 Penolong Pendaftar Kanan di FSains arwah menggantikan tempat saya yang diarah berpindah ke BPA Pej. Pendaftar. Hubungan rapat kami kembali terjalin kerana arwah menjadikan saya sumber rujukan dalam urusan akademik FSains. Apabila arwah berpindah ke FKE dan lagi sekali arwah menjadikan saya sumber rujukan begitulah juga semasa arwah bertugas di FKM. Seterusnya hubungan kerja kembali kendur jarang berhubung apabila arwah diarahkan bertugas di SPACE. Dan apabila arwah bertugas di Akademi Bahasa lagi sekali kami saling berhubungan.

Begitulah serba sedikit memori yang dapat dikongsikan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat .Ammen ya rabbal alamin.

P/s. Pada rakan-rakan yang berkelapangan majlis tahlil dirumah arwah akan diadakan pada malam ini & esok malam selepas maghrib.

Wassalam.

ZAINUL RASHID ABU BAKAR
Deputy Registrar,
School of Graduate Studies,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai,
Johor.

Tel: 607-5537780
Fax: 607-5537800
e-mail: zainulra@utm.my/zainulra@gmail.com
Website: http://www.sps.utm.my

—– Original Message —–
From: Mohd Fazilah bin Abdullah

To:

Cc:

Date: Wednesday, August 14 2013 9:46 PM

Subject: Perjalanan Terakhir Seorang Insan, Sahabat & Rakan Sekerja Bernama MOHAMED TAJUDDIN OSMAN (Allahyarham)

Alhamdulillah…urusan persemadian allahyarham di Perkuburan Bukit Alif telah diselesaikan menjelang Maghrib sebentar tadi. Ketika bersalaman dengan ketiga-tiga waris allahyarham sebelum meninggalkan tanah perkuburan, mereka telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada saya yang rasanya turut ditujukan kepada semua rakan allahyarham yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Terima kasih juga daripada seluruh kepimpinan PERTISAS atas sedikit masa yang telah diluangkan dengan menziarahi keluarga allahyarham. Mungkin selepas ini akan terasa sedikit kelainan kerana tiada lagi ‘usikan manja’ daripada allahyarham melalui email group ini. Iringan doa moga allahyarham ditempatkan bersama para syuhada. Ameen ya rabbal alamin.

inovatif .entrepreneurial .global
MOHD. FAZILAH BIN ABDULLAH
Timbalan Pendaftar / Deputy Registrar
Fakulti Alam Bina / Faculty of Built Environment
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Extn. : 57401 D/L : 07-5557401
Fax : 07-5557411 (Academic Office)
H/P : 019-7405204 (6217)

Posted from WordPress for Android

Fwd fwd sampai kat aku. – gurau senda Hari raya

image

Punyalah tak senonoh kelakuan orang yang digambarkan dalam katun ini. Nilai integriti menjadi keraguan satu pihak. Manakala nilai keikhlasan juga tercemar akibat keraguan. Ini adalah unsur pencemaran dan pencerobohan sistem sosial tradisional. Mudah mudahan tak ada berlaku raya tahun ini.

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan batin

Posted from WordPress for Android

Majlis Raya di Kampung 2012 – Kampung Sungai Bunyi

  • Imej
    Riwayat Bbkeron Mantop…
    9/10 = 90% gred A
    Aturcara 1 syawal rumah mak long. Jam 10 pagi semua kumpul2 mana2 yg belum sampai di helo2 utk kumpul. Bila semua dah sampai TV padam. Pengacara no 1 paman sarul mulakan dengan ummul kitab. Selepas bacaan alfatihah keadaan menjadi tenang Dan serious. Pengacara terus mengimbas ringkas sejarah keluarga mak long. Semua yang dengar intro pengacara bertambah fokus.
  • Atucara diteruskan dgn tazkirah khas aidilfitri oleh ustaz DON hamidon ahmad. Kak milah terpegun dan teruja dgn tajuk tazkirah pagi itu. Kata kak milah kepada Saya.”abang masih ingat lagi hadis zaman SPM.” Hebat tu … ustaz DON. Kandungan tazkirah berkenaan sedekah. Kalau nak keterangan lanjut sila hubungi beliau 1-300-45-007zz.
  • Tazkirah tak lama. Dapat juga ilmu yg bermanfaat dlm majlis ilmu yg sangat simple, mudah mudahan ada rahmat dan barkat. Sempena aidilfitri tahun ini.
  • Pengacara dgn nada rock slamba mengumpul semula perhatian semua yang ada. Sungguh tidak sempurna majlis panda pagi ini dgn tidak mempersilakan ketua keluarga ini menyampaikan mesej hari raya. Ucapan dan pesanannya…. biarlah jadi rahsia keluarga. Tapi antara ingatannya sentiasa jaga silaturahim, buat baik dgn semua mahluk. Saya rasa ucapan ini betul 2 dtg dari lubuk hati seorang bapak kepada anak2.
  • Boleh tahan bapak aku punya public speaking. Ish ada yang tak boleh tahan leleh juga air matanya dengarkan luahan hati seorang bapak. Pendek cerita ucapan disudahi dgn maaf zahir dan batin.Pengacara no 1 pun pantas mengembalikan keadaan menjadi tenang.
  • Acara seterusnya melibatkan sentuhan fizikal dan emosi. Paman sarul membuat peraturan alam secara spontan. Peraturan alam yang pengacara umumkan hanya boleh dirujuk dgn emel kpd sahrulahmad.com.myPeristiwa bermakna pagi hari raya melibatkan fizikal emosi rohani dan spiritual hanya mampu diceritaka oleh mereka yang berpengalaman melaluinya.
  • Yang pasti sambutan raya tahun ini ada nilai tambah yg tersendiri dan unggul.
  • Mudah mudahan kaedah sebegini boleh dijadikan contoh atau panduan utk mewarnai sambutan hari raya kearah menjadikan lebih bermakna dan berkat. Ikhlas dari saya maaf zahir batin.
  • Ain Bahyah Baharuddinpengisian pagi syawal yg mantop..
  • Pengalaman yang baik ditiru utk kebaikan semua.
  • Armadi Bin AhmadSelamat hari raya semua kerabat nyai terutamanya keluarga mak long (mak aku).