Podium Karnival Sukan Masum 2013


gambar – masum iium

Karnival Sukan MASUM pada tahun ini menyaksikan kontinjen UTM menghantar seramai 151 orang atlet berserta 11 orang pegawai untuk Fasa 1 manakala untuk Fasa 2, UTM menghantar seramai 160 orang atlet dan 11 orang pegawai yang berlansung pada 17 – 30 Ogos 2013 di UIAM.

Sebanyak 21 jenis sukan dipertandingkan. Kontinjen UTM telah berjaya memperolehi 3 pingat emas, 6 pingat perak dan 11 pingat gangsa yang dipertandingkan. Pingat emas UTM telah disumbangkan oleh mohd faizul bin mohd nasir pelajar tahun 2 daripada fakulti kejuruteraan mekanikal dalam acara kelas b putra silat olahraga. Pingat emas kedua disumbangkanoleh pasukan bola jaring UTM yang majoritinya terdiri daripada fakultimpendidikan. Pasukan bola jaring UTM berjaya menewaskan pasukan bola jaring uitm dengan jaringan 34 berbalas 29. Pingat emas ketiga UTM disumbangkan oleh pasukan bola tampar wanita UTM dalam perlawanan akhir mengalahkan upm 3-1.

6 pingat perak masing-masing disumbangkan oleh peserta (recurve) memanah, peserta karate (kata individu) lelaki, peserta karate do wanita kategori kata individu, peserta karate-do kategori 68kg, acara menembak 10m air rifle dan sumbangan daripada pasukan hoki wanita yang berjaya melangkah ke perrlawanan akhir sebelum ditewaskan oleh pasukan UPM.

Manakala 11 pingat gangsa diperolehi melalui acara 50m memanah, kelas a silat olahraga wanita, acara triple lelaki petanque, karate-do kategori 55kg lelaki, karate-do kategori 50kg wanita, taekwondo kategori welter lelaki,  taekwondo kategori welter wanita, pasukanbola tampar lelaki, acara triple lelaki boling padang, silat olahraga kategori 60kg lelaki dan acara karate-do kategori 75kg lelaki.

Di empangan batu karnival sukan air masum, pasukan kayak UTM mempamerkan pretasi yang membanggakan di mana pasukan kayak wanita UTM telah muncul juara keseluruhan dengan memperolehi 2 pingat emas menerusi acara k1500m wanita dan tk2 1000m wanita. 1 pingat perak menerusi acara k2 1000m wanita dan 1 pingat gangsa yang disumbangkan melalui acara tk 1500m wanita.

Pasukan menadayung UTM juga berjaya memperolehi 1 pingat perak menerusi acara men double skulls dan 1 pingat gangsa menerusi acara men 4.

utm bronco 2013

bolasepak UTM 2013

bolasepak UTM sebelum 2013

Sukan UTM

Sukan UTM

One thought on “Podium Karnival Sukan Masum 2013

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s