Total Quality Management

Kiriman Sarul – watan

tqm

Gentle reminder…
Untuk Staff MRA berkenaan dgn kualitu kerja kita…harus diterapkan dalam diri kita

Kisah Simbolis, Yang Mungkin Biasa Terjadi Pada Diri Kita.

Seorang ketua supervisor yg telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dlm sebuah syarikat ‘property developer’ ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraannya tetapi dgn syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Ketua supervisor dgn berat hati bersetuju.
Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya. Amat menyesal dlm hati KS tersebut kerana tidak membina rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.

Saudaraku seakidah… Sebenarnya, ini lah yg akan terjadi pada setiap dari kita… Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat… Kita beribadah untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah.
Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya.. Jika kita membangunnya dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai usahanya.

Allah ta’ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

“Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya”. [Fush-shilat: 46]

Untuk sama2 kita renungkan.

tqm1

APA itu SEX?

Kiriman Hisham sdpb

DADDY SEX TU APA?
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya
kepada daddynya,

‘Daddy.daddy….sex tu apa, daddy..?’

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga, telur yang  menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

‘Eh kenapa ni?’

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

‘Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!’

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis…. ..

NAME : ………… ………. …..
SCHOOL : …………. ……… .
CLASS : …………. ……… ….
SEX :……….. ……… ………. .

aku perati jeaku perhati je perangai kau