Pemadam dgn pensil

Tazkirah jumaat – Hisham SDPB

image

Perbualan antara pemadam dan pensil :

……….
الممحاة: كيف حالكَ يا صديقي
📏Apa khabar kawan?

القلم: لستُ صديقكِ!

✏Aku bukan kawanmu.
الممحاة: لماذا
📏Kenapa?
القلم: لأنني أكرهكِ.
✏Kerana aku benci kamu.

الممحاة: ولمَ تكرهني
📏Kenapa engkau membenci aku?
قال القلم: لأنكِ تمحين ما أكتب.

✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

الممحاة: أنا لا أمحو إلا الأخطاء .
📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
القلم: وما شأنكِ أنتِ!

✏Kenapa engkau sibuk?
الممحاة: أنا ممحاة، وهذا عملي .

📏Aku pemadam, ini kerjaku.
القلم: هذا ليس عملاً!

✏Ini bukannya kerja!
الممحاة: عملي نافع، مثل عملكَ .

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
القلم: أنتِ مخطئة ومغرورة .

✏Engkau salah dan sombong!

الممحاة: لماذI

📏Kenapa?
القلم: لأنّ مَنْ يكتبُ أفضلُ ممّنْ يمحو

✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.
قالت الممحاة: إزالةُ الخطأ تعادلُ كتابةَ الصواب .

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
أطرق القلم لحظة، ثم رفع رأسه، وقال: صدقْتِ يا عزيزتي!

✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

الممحاة: أما زلتَ تكرهني

📏Engkau masih bencikan aku?
القلم: لن أكره مَنْ يمحو أخطائي

✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku.
الممحاة: وأنا لن أمحوَ ما كان صواباً .

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul
قال القلم: ولكنني أراكِ تصغرين يوماً بعد يوم!

✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

الممحاة: لأنني أضحّي بشيءٍ من جسمي كلّما محوْتُ خطأ .

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
قال القلم محزوناً: وأنا أحسُّ أنني أقصرُ مما كنت!

✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

قالت الممحاة تواسيه: لا نستطيع إفادةَ الآخرين، إلا إذا قدّمنا تضحية من أجلهم.

📏Pemadam memujuk:
Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
قال القلم مسروراً: ما أعظمكِ يا صديقتي، وما أجمل كلامك!

✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

فرحتِ الممحاة، وفرح القلم، وعاشا صديقين حميمين، لا يفترقانِ ولا يختلفان

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

أحبتـــي

Sahabat-sahabatku sayang
لم لا نقول شكرا لمن يمحو لنا اخطائنا ، ويرشدنا إلي طريق الصواب ألا يستحق الشكر
Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?
💖💖💖💖💖💖💖💖💖
Moral dari cerita ini juga.

Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

📄📄📄📑📑📑

Nasihat – Hari pekerja

Kiriman hj wan golfer UTM

BAHAGIA ITU SEDERHANA.

  • Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.
  • Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.
  • Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.
  • Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.
  • Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.
  • Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.
  • Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.
  • Mencuci dan melipat timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.
  • Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
  • Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.
  • Mendapatkan banyak komplen dari pelangan kita menandakan bahwa pelangan kita masih ada.
  • Mendengar bunyi exzos & hon itu bererti aku bisa mendengar
  • Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu berarti aku masih hidup.
  • Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.
  • Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang megambil berat padaku.
  • Dan kerana aku megambil berat tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.
  • Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkati dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Aamiin.
assalaimualaikum semua sahabatku..
Selamat Menyambut Hari Pekerja.

image

bad advice