Kiriman Dan kajian professor Ir dr Hasanan UTM
Riadah Otak & Badan – KK@H
Dalam usaha untuk tingkatkan kesihatan dan kemampuan otak dan badan, satu kaedah yang boleh dilakukan ialah ketuk ketampi (KK). Ada masyarakat negara maju menamakannya ‘superbrain exercise’ kerana ianya sangat baik untuk otak. Kita doakan agar usaha kita melakukan riadah ini diberkati Allah dan membawa kepada kebaikan dan kecemerlangan. Tiga kaedah KK disarankan di sini.
1. KK Jantan *
Bawa ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri untuk pegang cuping bawah telinga kanan. Buat yang sama untuk tangan kanan ke telinga kiri. Berdiri tegak dan dengan lengan kanan bersilang di atas lengan kiri, turunkan badan perlahan sambil menyedut udara dengan banyak melalui hidung ke perut. Turun sehingga punggung sampai paras buku lali. Kemudian naik balik perlahan sambil hembus nafas. Ulang banyak kali ikut keperluan.
2. KK Sederhana *
Buat seperti atas tapi turunkan badan sehingga punggung separas lutut sahaja.
3. KK Mudah *
Bangun berdiri dari kerusi dan turun badan sehingga punggung sampai paras kerusi sahaja.
Riadah KK mengaktifkan penggunaan kedua dua otak iaitu kiri dan kanan dengan penyilangan dua bahagian badan ke dua bahagian otak. Penarikan udara yang banyak semasa KK membekalkan oksigen yang banyak ke otak.
Hasanan Md Nor
Sudah ditulis beberapa kaedah ketuk ketampi (KK) iaitu:
1. KK Jantan
2. KK Sederhana
3. KK Mudah
4. Two Speed KK
5. Steady KK
6. KK Kurang Kuat
7. KK dlm Kereta & Kenderaan
8. KK Malu Malu
Selamat mencuba untuk kecerdasan mental dan fizikal. InsyaAllah dengan penyedupan banyak oksigen dan penyilangan tangan ke cuping bawah telinga boleh membekalkan banyak oksigen dan mengaktifkan otak kanan dan kiri. Semoga usaha kita diberkati Allah dan membawa kepada kebaikan yang bertambah.
Hasanan Md Nor
0197394095