Kawanku

Kiriman Hisham SDPB
image

WASIAT KU

Imam Al Syafi’ie berpesan:

“Jika engkau punyai teman – yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat, dan jangan se sekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”

Sahabatku fillah, luangkanlah waktu sejenak untuk membaca hadith yg mulia berikut ini….!!!

Diriwayatkan bahwa :

Apabila penghuni Syurga telah masuk ke dalam Syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka  yang selalu bersama mereka dahulu di dunia.  Mereka akan bertanya tentang sahabat mereka kepada اللّهُ سبحانه و تعالى ..

“Yaa Rabb… Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami…?

“Maka اللّهُ سبحانه و تعالى berfirman:

“Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabat mu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah.”

(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah sahabat-sahabat mu’minmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari kiamat”.

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabat nya sambil menangis:

“Jika kalian tidak menemukan aku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada اللّهُ تعالى tentang aku:

“Wahai Rabb Kami…  Hamba-Mu fulan bin fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU.  Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu”

Sahahabatku fillah …
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang اللّهُ تعالى.  Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga dengan redha-Nya.

Yaa Rabb…
Aku memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku
sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh dan taat kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di Akhirat dengan-Mu…

آمِيْن يَا مُجِيْبَ السَّائِلِيْنَ

Kurma terbaik

Kiriman Ewan watan

Sekadar perkongsian ilmu.

grafik FBN

grafik FBN

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sendiri pun baru tahu…

Jadi…

Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu….

Allahua’lam…

20140704-173521-63321325.jpg