Kuliah 20 minit

Ingatkan kedi aje yang dapat tip habis main. Rupa-rupanya aku dgn kawan kawan yang lain pon ada tip jugak drpd top 100 teachers in utm. Dr Zainuddin Abu Bakar ;

image

Suggestion: utk lapangan melana
Hole 1 Toff pakai driver
Hole 2 Toff pakai driver
Hole 3 Pakai 7 iron
Hole 4 Toff pakai wood 3
Hole 5 Toff pakai wood 3
Hole 6 Pakai 9 iron
Hole 7 Toff pakai driver
Hole 8 Toff pakai wood 3
Hole 9 Toff pakai driver
Hole 10 Toff pakai wood 3
Hole 11 Toff pakai driver
Hole 12 Pakai iron 5
Hole 13 Toff pakai driver
Hole 14 Pakai iron 7
Hole 15 Toff pakai driver
Hole 16 Toff pakai driver
Hole 17 Toff pakai driver
Hole 18 Toff pakai driver

otak-manusia

Sdkt tips utk improve skor bila main:

  1. Fokus game hole by hole
  2. Jgn fokus skor 90 tu
  3. Bila tebabas jgn gelojoh nk attack
  4. Attack bila ada peluang
  5. Bila dh ready nk pukul hnya ingat satu je iaitu direction yg kita dh tetapkan
  6. Masa nk pukul jgn pikir air, tarik, shank, dove, over, short, bunker, ob dan sewaktu dgnnya
  7. Masa pukul buat imagination skt bygkan kita pukul bola naik n on
  8. Masa nk put atas green jgn lupa bwk kain basah – kain basah utk lap bola n juga utk check line n also to calm down

Zainudin Abu Bakar HCP 10 (okt 2014 – JGCC)
[9:45AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin: Tips:

  1. Latihan d range lebih kepada membetulkan n memantapkan swing dan bukan mengukur distance
  2. D range utk cari perbezaan swing antara iron panjang sedang n pendek woods n driver
  3. Practice green utk practice pendulum principle [9:46AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin:
  4. Green bukan utk cari jarak semata2 kerana speed green beza2 [9:46AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin:
  5. Practice green beri peluang tgk semula body stance goyang ke tak [9:47AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin:
  6. Chipping pun utk cari kesesuaian masing2 [9:48AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin:
  7. Chipping cari perbezaan antara bola tinggi bola rendah club face bukak n tutup [9:49AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin:
  8. Bunker utk bermain dgn pasir fahami nature pasir supaya blh handle [9:49AM, 10/14/2014] Dr. Zainudin:

Tayar kereta

Kiriman PM Dr. Razali HCP 13 – golfer utm

Info Penting Buat Pengguna Kenderaan

Maklumat ini penting utk kita fahami berkenaan dgn tayar kenderaan yg sedang kita gunakan.

image

contoh rim 18 inci, lebar tayar 225xx, tebal 45xx, beban maksimum 95xx, top speed 240kmh

  1. Kod Tayar Kenderaan.

Contoh 205/65/R1594H.

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = saiz / rim
94 = Had maksimum bebanan
H = Had maksimum kelajuan 210 km / jam

Jika ianya abjad yg terakhir, ianya seperti di bawah;

S = Maksimum had laju 180 km / jam
T = Maksimum had laju 190 km / jam
U = Maksimum had laju 200 km / jam
V = Maksimum had laju 240 km / jam
Z = Maksimum had laju 240 km / jam
W = Maksimum had laju 270 km / jam
Y = Maksimum had laju 300 km / jam

  1. Setiap tayar ada 4 angka tercatit di sisi tayar.

Contoh 0514.

Ianya menunjukkan tayar baru keluaran kilang pd minggu ke 5 tahun 2014.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama 5 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan.

Tayar baru yg berusia lebih dari 5 tahun masih boleh digunakan tetapi ianya telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh (expired). Jika tukar tayar yg baharu pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yg terkini.

Jika beli tayar keluaran tahun 2013 minta diskaun sebanyak 20% drp harga asal.

Berikut adalah diskaun harga tayar mengikut kpd tahun tayar yg dikelurkan dari tahun semasa (2014);

2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma

Semoga perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar.

Tidak Sempurnanya Hamba

Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Perhiasan terbaik dunia

kiriman rashidah sdpb
ُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H)
Kelebihan Di Sebalik Kekurangan !

Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)

PENCERAHAN :
Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata. Tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu.

Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.

Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA:
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar begitu saja kan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita yang perlu disimpan dan tutup rapi dan bukan didedah-dedahkan.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki
wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya.
3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, Ia perlu atau wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Wanita perlu bersusah payah ketika mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di atas muka bumi ini. Jika ia
meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung-
jawabkan terhadap empat orang wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.
6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui
pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja, iaitu: Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suami, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Allahu… Allah ! Sayangnya Allah SWT pada wanita !

KESIMPULAN :
Kelemahan wanita yang paling besar sebenarnya adalah wanita selalu lupa betapa berharga akan dirinya itu.
Wallahu a’lam – Doakan Istiqamah Ust Kay.

Janggut Suami

Kiriman Hisham SDPB

janggutKajian terhadap janggut menyerlahkan satu lagi bukti saintifik tentang apa yang disunnahkan oleh Nabi kita sejak lebih seribu tahun dahulu. Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut. Ia bukan tunggul gerigis, bukan penyeri atau penyerabut wajah tetapi jauh lebih hebat daripada itu. Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. SUBHANALLAH! Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu. Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya. Wallahualam. RASULULLAH SUKA TENGOK LELAKI BERJANGGUT WALAU SEHELAI.. Pada Zaman Rasulullah..ada seorg lelaki yg berjanggut 2 helai dtg ke masjid dan masa mengambil wuduk..lelaki tersebut memandang Rasulullah.. Rasulullah pun senyum kpd lelaki itu.. lelaki itu hairan mungkin Rasulullah senyum kerana janggut lelaki itu hnya 2 helai di dagu.. Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya.. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut… Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda… “Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini? ” Lalu Baginda menjawab” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat ya

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA… dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

Kiriman Hisham SDPB

TigerHugsManBLOG

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA… dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA… dan BAGAIMANA PULAK PELUKAN SUAMI TU BOLEH BUAT ISTERI KURUS?

✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami…..

  1. peluklah isteri
  2. belai lembut rambutnya
  3. sentuh wajahnya
  4. gosok lembut lengannya
  5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
  6. gosok lembut punggungnya
  7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Credit : Dr. Amirul Amin

Kanak kanak

Kiriman Hisham SDPB

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..

Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak…

Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.

Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka…

Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia…menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’

Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.

Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.

Bila anak sedih. Pegang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku…Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..

Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.

Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.

Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.

Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik…

Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess…nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.

Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.

Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..

Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.

Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.

Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara’ macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah

Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.

Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.

Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat…Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas…

semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayat-Ustaz ebit lew

Poligami

Kiriman Rohaya SDPB – Disebuah pengajian Arisan…

  • Ustadzah : “Ibu-ibu… Saya tidak pernah menolak hukum poligami.”
  • Jamaah : “Wah, ustadzah hebat ya!”
  • Ustadzah : “Saya juga tidak pernah melarang para suami untuk menikah lagi. Mau dua, mau tiga mau empat… terserah”
  • Jamaah : “Wah, ustadzah benar-benar berkelas.”
  • Ustadzah : “Yang penting…”
  • Jemaah : “Yang penting adil kan ustadzah?”
  • Ustadzah : “Bukan!!! Yang penting… bukan suami saya…”
  • Jemaah : “????”
aku perhati je perangai kau

aku perhati je perangai kau

Buaya

Kiriman Alpian SDPB

JOKE OF THE DAY …… 🌿🍃🌱🌵🌿🍃🌱🌵🌿

Semasa sedang baring suami bercerita kepada isteri katanya,”Saya baca dalam suratkhabar tadi ada  seorang perempuan tinggal dengan ular berbisa selama 2 bulan didalam bekas kaca, berani betul perempuan tu ya!”

Jawab isteri., “Saya lagi berani, dah 30 tahun tidur dengan buaya…”
.😂 😎

buaya

Madu & Kayu Manis

kiriman Rosalin & Rosni – YPY

Madu dan Kayu Manis – siapa pernah terfikir?

herba tempatan

herba tempatan

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ”bertukar jadi gula”. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men”hablur” atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

madu

madu

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ”Ram Ban” (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

  1. Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

  2. Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) – 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.arthritis
  3. Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
  4. Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.salur darah jantung
  5. Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
  6. Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
  7. Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
  8. Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
  9. Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
  10. Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk – 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur – amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim – in sya allah, umur kita akan panjang)
  11. Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.sakit tekak
  12. Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.jerawat
  13. Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
  14. Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
  15. Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
  16. Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) – akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
  17. Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
  18. Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam – madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.telinga

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan…wa iza marid tu fahuyashfin!!