GADIS MENANGIS SEDIH

Kiriman k cik – ypy

Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan dua anak.

Satu malam, bekalan elektrik terputus. Dengan bantuan cahaya handphone, gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin.

Tiba-tiba ada yang mengetuk pintu…

Ternyata seorang anak miskin yang di sebelah rumahnya! Anak itu bertanya dengan risau,

“Kakak, ada lilin tak?”

Gadis itu berfikir, “JANGAN PINJAMKAN” nanti jadi satu kebiasaan untuk terus-terusan meminta.

Maka si gadis menjawab, “TIDAK ADA!”

Lalu si anak miskin berkata riang,

“Saya sudah agak kakak tak ada lilin, ini ada dua lilin saya bawakan untuk kakak. Kami khuatir kerana kakak tinggal sendirian dan tak ada lilin.”

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat….

Jauhi menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN atau TIDAK MAMPU.

Ingat! kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yang kita PUNYA, tetapi seberapa banyak yang kita MAMPU untuk BERBAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU.

Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA.

Jangan pandang sebelah mata

BELAJAR MENDENGAR DENGAN MATA DAN MELIHAT DENGAN HATI

BERSANGKA BAIK PELAJARAN YANG DIUTAMAKAN