Tuan Haji

ASSALAMMUALAIKUM
Kiriman Hisham SDPB

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. “Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara.

“Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi.”

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

“Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita.”

Dia mula mengesat air mata. “Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

“Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.

Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

RENUNG2 KANLAH SELAMAT BERAMAL

JPJ saman

Kiriman hisham SDPB

Maaf. Agak panjang sikit. Tapi In shaa Allah memberi manfaat.

Kisah Suami Susah, Isteri Sentiasa Beri Semangat, Pernah Ditahan JPJ Sebab Naik Motor Tiada Lesen.

Tiba-tiba basah pipi teringat nikmat Allah. Semasa saya diuji dengan kesusahan. Air mata saya mengalir cari duit nak beli susu anak. Isteri kata, takper abang. Abangkan selalu pesan, kitakan ada Allah. Allah tak pernah biar atau tinggalkan kita. Teruskan usaha dan minta pada Allah. Allah akan buka jalan dari punca yang tak disangka…

Pernah balik dari satu tempat singgah sebuah kedai makan. Bila masuk buka-buka menu harganya kami tak mampu. Terus pegang tangan isteri dan terus keluar dengan segan-segan. Isteri masuk kereta doa, ya Allah ya Rahman takper kami tak mampu nak makan di sini. Tapi ya Allah jadikanlah kesusahan ini asbab hidayah buat orang yang kami sayang. Serta berilah kami dapat makan bersama Nabi saw yang kami cintai dalam syurga…

Pernah kami hari raya aidilfitri tak pergi ke mana-mana melainkan pergi rumah dekat-dekat sebab tiada duit nak isi minyak. Ada duit sikit kira-kira beri ibubapa dan ibubapa mertua sahaja. Tapi isteri saya senyum sahaja dan kata, abang bekerja keras dan rajin. Allah tak tengok hasil. Tapi Allah tengok usaha. Allah suka orang yang berusaha…

Pernah bawa anak-anak pergi ke tempat permainan. Tengok-tengok tempat main mahal mahal pula nak bayar. Kira duit tak cukup. Tempat makan pun mahal. Isteri kata pada anak, ummi bawa pergi sini sebab nak tunjuk dalam syurga nanti boleh main lebih dari yang ini. Hari ini kita try satu sahaja yer permainan ini. Nanti sambung dalam syurga yer. Anak kata, nanti kita main dalam syurga yer ummi..ayah, umi sama-sama main yer. Air mata saya mengalir…

Pernah sekali naik motor. Saya tiada lesen lagi tiada duit nak ambil lesen pun. Kena tahan JPJ. Polis suruh tinggalkan motor kerana tiada lesen. Katanya boleh balik kampung naik bas. Naik taxi dari sini ke stesen bas. Saya jawab dengan sedih maafkan saya encik, semua duit saya dah dalam tank motor. Dia biarkan saya lama di situ. Setelah 2 jam kerana dia tengok saya duduk sahaja di situ. Dia bagi motor dan suruh saya balik walaupun kena saman. Isteri saya kata, takper abang. Semua pengalaman ini mengajar kit erti kehidupan. Supaya kita belajar sayang orang susah. Suka tolong orang kalau mereka susah. Pandang semua orang dengan sayang…

Pernah saya menangis kerana lemah semangat. Isteri saya peluk saya dan kata, saya kahwin dengan abang kerana saya sayang abang kerana Allah. Saya cuma ingin abang bawa saya masuk syurga. Sebenarnya kita kaya. Kita ada tangan dan kaki. Ribu orang diuji tiada tangan dan kaki. Ribuan orang diuji dengan pekak bisu. Ribuan orang diuji dengan buta. Membesarkan anak tanpa melihat wajah anak. Ribuan orang kayuh basikal dengan tangan kerana tiada kaki untuk sara keluarga. Ribuan orang miskin minta sedekah dengan bawa jasad ahli keluarga yang nazak ditepi jalan. Kita terlalu kaya kerana memiliki semuanya sempurna. Cuma kurang sikit makan. Kurang sempurna pakaian. Adakah kita nak mengeluh abang?

Paling berharga dia beri kita Islam…itulah segalanya… Terima kasih Allah yang beri segalanya. Sentiasa memberi isteri yang tabah dan mulutnya manis saat diuji dengan kesusahan. Ya Allah terima kasih atas seluruh hidupku dan segala-gala nikmat dan mengeluarkan diriku dari kesempitan hidup.Seluruh hidup dan matiku untukMu Tuhanku. Yang tak pernah berhenti memberi nikmat dan buat baik padaku. Ya Allah, maafkanlah diriku yang teramat hina dan berdosa ini – Ebit Lew

↔↔↔↔↔↔↔↔↔↔↔
Diforward dr satu group ke satu group.

😭😭😭😭semua org pernah diuji mcm ni…
Allah uji tanda cinta pada hambaNYA… ya Allah pelihara iman kami saat suka dan saat duka…agar kami sentiasa dekat dgn Mu ya Allah…jgn berpaling dari kami ya Allah kerana kami sentiasa lalai dlm mentaati Mu ya Allah…Amiin…