Falsafah kepimpinan

Kiriman dr ismail PPP UTm

FALSAFAH KEPEMIMPINAN dari
Prof Idrus Shahab, pakar management Universitas Indonesia jurusan psikologi anatomis berkata :
Jika ingin jadi pemimpin yg baik & berjaya, maka harus begini:
1). Tak pernah menonjolkan diri tapi tampil paling depan saat diperlukan.
2). Ada ketikanya keras, ada ketikanya lembut (menahan diri – tahu situasi).
3). Dpt membantu Melahirkan Generasi penerus baru.
4). Boleh”menyerang” pihak lawan dgn tetap memberi kenikmatan.
5). Walau terjadi gesekan2 antara kedua belah pihak, namun pada akhirnya semua bahagia.
6). Setelah berjaya capai sasaran, posisi dan kedudukan, tidak berbesar kepala atau sombong namun selalu mengecilkan diri…
Dpt dari kwn.
Ok juga falsafah ni.

wpid-facebook_-654606788.jpg

dna UTM

Suka sangka sangka

Just for sharing drpd pn Siti Hawa PPP UTM

Alkisah sebuah rumah… renungan untuk semua…

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

“Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,

Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

  • Manusia hari ini suka sangka-sangka
    Ada sangka baik
    Ada sangka buruk
    Orang beribadah disangka riak
    Orang rileks disangka malas
    Orang berpakaian baru disangka menunjuk
    Orang berpakaian buruk disangka hina
    Orang makan banyak disangka pelahap
    Orang makan sedikit disangka diet
    Orang yang senyum disangka mengejek
    Orang yang masam disangka merajuk
    Orang berbincang disangka mengumpat
    Orang yang diam disangka menyendiri
    Orang yang menawan disangka menggoda
    Orang yang ceria disangka mengada
    Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya…
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

  • Justeru itu….
    Sesuatu perkara yang kita lihat
    Jangan suka sangka-sangka
    Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
    Kerap sangka-sangka mengundang celaka
    Jangan terlalu bersangka-sangka
    Jauhi sikap sangka-sangka…

Cicak tak pernah komplen pada Allah kenapa makanan dia semua binatang yang terbang, kerana cicak tau Allah bagi dia lidah yang panjang untuk memudahkan dia makan…
🐧Burung juga tak pernah komplen pada Allah bila pagi-pagi kena terbang keluar tak tau nak makan apa, tapi burung pulang dengan kenyang dan mampu bagi makanan pada anak-anaknya. Takda lagi kita dengar cerita burung bunuh diri malah pagi-pagi yang kita dengar burung tetap berkicauan…
🐛Cacing lagilah, tanpa tangan tanpa kaki, tak pernah komplen pada Allah susahnya nak cari makanan, kenapa Allah tak jadikan dia macam ni macam tu. juga belum ada sejarah ada cacing bunuh diri…
☺Moral of the story, apabila Allah mencipta kita, Allah tau kemampuan kita, Allah takkan uji kita dengan sesuatu yang kita takkan mampu tanggung, malah ujian lah yg makin mnguatkan kita 🙂

CnP✌️✌️✌️
#bersyukurlah apa yang kita perolehi.