Tiga belas Pesanan

Kiriman Johari USE

sesama kita..👇👇
WASIAT KPD PENJAWAT AWAM :
Drp SHEIKH MUTAWALLI rahmatullah alaihi. Kaherah, Mesir.
TIGA BELAS WASIAT untuk PENJAWAT AWAM. :

WASIAT PERTAMA
janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma’siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa dan takut kepada Allah S.W.T. lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA
terimalah pelanggan2mu kendali segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat dan bukan pula syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari dari membaikpulih apa-apa kekurangan atau kesalahan pada diri mereka, kerana kamu adalah perantara penyelesaian serta HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA
tunjukkanlah penghargaanmu terhadap umat dan gunapakaikan kelebihan dan kecekapanmu kpd mereka selaku penjawat yg baik agar kesan perkhidmatanmu lebih mendalam sampai ke lubuk hati mereka.

WASIAT KEEMPAT
ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang yang memerlukan perhatian, disebabkan peri sikap mu, segala masalah mereka berhasil diselesaikan dengan baik, lancar dan mudah.

WASIAT KELIMA
Perbaikkanlah layananmu terhadap orang2 yg memerlukan perkhidmatan dengan meninggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada kalangan kamu mendapat do’a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah tiada lagi di dunia sini.

WASIAT KEENAM
setiap masa bertugas boleh dihubungkaitkan dengan didikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian dlm menyelesaikan masalah umat.

WASIAT KETUJUH
setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau tinggalkan pekerjaan sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN
berapa ramai daripada kamu kerana memberi khidmat yang baik kepada umat, lantas dengan sebab itu mereka mendapat do’a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan. Ya Allah! tambahkan dan berkatilah kepada penjawat2 kami yang kuat, cerdas dan amanah.

WASIAT KESEMBLAN
di hadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga semangatmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.
WASIAT KESEPULUH ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS
ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah. Bila kamu tidak mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua jerih payahmu itu akan memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU di akhirat nanti, insya Allah.

WASIAT KEDUA BELAS
pesanan ini merupakan hadiah BERHARGA kepada penjawat awam agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS
sesungguhnya perintah Allah untuk kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

TERIMA KASIH.
Moga ada manfaat utk kita semua..

wpid-img-20140723-wa0006.jpg

Hikmah

kiriman Johari USE

..🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Seorang raja mempunyai. seorang hamba lelaki. Pada semua keadaan, hamba tersebut selalu berkata:

“Rajaku jangan berkecil hati dan kecewa kerana Allah itu baik dan apa yang Allah lakukan adalah sempurna, tiada kesilapan”.
🍃  ..🍃  ..🍃   🍃  ..🍃  ..🍃
Pada suatu hari, mereka pergi memburu dan haiwan buas telah menyerang raja, hamba raja itu  berjaya membunuh haiwan itu tetapi tidak dapat menyelamatkan satu jari baginda.
🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Marah dan tanpa menunjukkan rasa terima kasih, Raja berkata: “Jika Tuhan adalah baik, saya tidak akan diserang dan hilang satu jari.”
🍃  ..🍃  ..🍃
Hamba itu menjawab: “Walaupun semua ini terjadi, saya hanya boleh berkata kepadamu: “Allah adalah baik dan semua yang Dia lakukan adalah sempurna, Dia tidak pernah salah.”
🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Marah dengan jawapan itu, raja memerintahkan supaya hamba itu dimasukkan ke dalam penjara.
🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Ketika dibawa ke penjara, katanya kepada raja lagi: “Allah itu baik & sempurna.”
Beberapa hari kemudian, raja ditinggalkan sendirian untuk memburu dan telah ditangkap oleh orang asli yang menggunakan manusia untuk di korbankan.
🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Saat raja itu mahu dikorbankan, orang asli itu mendapati bahawa raja tidak mempunyai satu jari, dia dibebaskan kerana dia dianggap tidak “lengkap” untuk dipersembahkan kepada tuhan mereka.
🍃  ..🍃  ..🍃
Sekembalinya ke istana, ia memerintahkan supaya hambanya dibebaskan dan berkata: “Kawan, Allah adalah benar-benar baik untuk saya. Saya hampir tewas tetapi kerana kekurangan satu jari. Saya dilepaskan.”
🍃  ..🍃  ..🍃
Tetapi saya mempunyai satu soalan; “Jika Tuhan begitu baik, mengapa Dia membenarkan saya untuk meletakkan anda di dalam penjara?”
🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Hambanya menjawab; “Raja, jika saya belum dimasukkan ke dalam penjara, saya akan pergi dengan anda, dan akan dikorbankan, kerana saya tidak mempunyai jari yang hilang.”
🍃  ..🍃  ..🍃
Semua yang Allah izinkan terjadi adalah baik dan sempurna, Dia tidak pernah salah.
🍃  ..🍃  ..🍃  ..🍃
Sering kali kita mengeluh tentang hidup, dan pemikiran negatif dalam diri kita membunuh positif dalam diri kita… Jadi berfikir positif dan percaya Allah pada setiap masa ….
🍃  ..🍃  ..🍃  ..
Allah mengetahui mengapa dia memilih anda untuk membaca mesej ini hari ini…Kerana Allah Itu Baik Dan Sempurna…
🍃  Allah itu baik dan sempurna…
🍃  ..🍃   🍃  ..🍃  ..
Bangun hari ini….
Anda bangun dari atas katil, walaupun tak berapa empuk. Tapi ada orang bangun dari kaki lima jalanan.
Anda menghidupkan enjin kereta tetapi tidak boleh. Bateri kong! Ada orang hilang kereta malam tadi kerana dicuri atau kemalangan.
Susah nak kejutkan anak bangun tidur. Hish budak ni, apa nak jadi. Tapi ada jiran saya beberapa bulan yang lalu, waktu nak kejut anak bangun tidur, anaknya telah kembali bertemu Pencipta.
Anda sudah bosan bekerja kerana 1001 macam perkara tak kena di tempat kerja. Pagi ini ada bapa yang menyara keluarga dibuang kerja.
Anda rasa bosan dengan pasangan anda. Pagi ini ada orang yang telah kehilangan suami atau isteri.
Anda rasa jemu dengan makanan pagi yang disediakan pasangan anda. Anda komplen. Hari ini ada orang yang hanya boleh makan pakai tiub aje kerana kanser mulut.
Anda rasa pakaian anda tak cukup? Ada orang hanya ada 3 helai baju aje.
Anda rasa kecewa kerana kerja dah berpuluh tahun tapi masih tiada simpanan ataupun harta. Semalam ada orang meninggalkan dunia tanpa membawa apa-apa kecuali sehelai kain kapan.
Anda rasa tanggungjawab terlalu besar. Banyak sangat benda nak buat. Anda rasa rimas dengan expectation sekeliling terhadap anda. Malam tadi ada saudara kita yang dijemput Allah memohon untuk dihidupkan semula .
Syukurlah walau apa jua keadaan anda masih mampu untuk berbuat kebaikan & sentisa berusaha menjadi golongan orang yang beruntung…

orang

orang