Orang Kita Kata

Kiriman cikgu mazni ypy

IMG_7581
Orang kita kata
kalau dah ada rezeki baru kahwin,
tapi Islam kata
nak tambah rezeki kena kahwin.

Orang kita kata
nak senang kena banyak simpan duit,
tapi  Islam kata
nak senang kena banyak keluarkan duit atau sedekah.

Orang kita kata
dah kaya baru bantu orang miskin,
tapi  Islam kata
kalau nak kaya bantu orang miskin.

Orang kita kata
makan sampai kenyang,
tapi Islam kata
berhenti sebelum kenyang.

Orang kita kata
sakit itu bala,
tapi Islam kata
sakit itu penghapus dosa.

Inilah keindahan Islam
yang sentiasa positif,
yang bersandarkan keyakinan tinggi kepada Allah.
Allah Maha Mengetahui.

orang

orang