Selamat Lebaran

Setelah berpuasa satu bulan lamanya. Berzakat fitrah menurut perintah agama. Kini kita beridul fitri berbahagia.
Mari kita berlebaran bersuka gembira. Berjabat tangan sambil bermaaf maafan. Hilang dendam habis marah di hari lebaran.
Minal aidin wal faizin maafkan lahir dan batin. Selamat para pemimpin rakyatnya makmur terjamin.
Dari segala penjuru mengalir ke kota. Rakyat desa berpakaian baru serba indah. Setahun sekali naik trem listrik perey.
Hilir mudik jalan kaki pincang sampai sore. Akibatnya tenteng selop sepatu terompe. Kakinya pada lecet babak belur berabe.
Maafkan lahir dan batin lah tahun hidup prihatin. Cari wang jangan bingungin lah syawal kita ngawinin.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan mesra kpd saya dan anda juga

Kiriman kamsaini

💥KPD YG MASIH MUDA BUKAN TERLALU AWAL MEMBACA PESANAN PROF INI.  
PADA YG 50, 50++, DKT2 50

S U D A H M E L E B I H I ?
S E D A N G M E N G H A M P I R I ?
M A S I H J A U H L A G I ?

Nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.
Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.
Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.
Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

PERTAMA
MASA MENGUMPUL HARTA SUDAH HABIS. FOKUS SEKARANG UNTUK GEMBIRAKAN ORANG
Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja.

KEDUA
JANGAN TINGGALKAN APA-APA UNTUK ANAK-ANAK. MEREKA PERLU USAHA DAN CARI SENDIRI
Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini. Kalau mampu pergilah melancong.

Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

KETIGA
BUAT KERJA JANGAN BERTANGGUH
Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

KEEMPAT
DIDIKLAH ANAK CUCU DENGAN AGAMA
Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi “full time baby sitter”. Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapapun termasuk cucu sendiri.

Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

KELIMA
KALAU SAKIT BERSABARLAH
Terimalah sakit dan lain-lain kelemahan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

KEENAM
DUNIA NI BUKAN TEMPAT KAMU DAPAT APA YANG KAMU HENDAK
Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

KETUJUH
BERSAMALAH DENGAN MEREKA YANG IKHLAS MENYAYANGI ANDA
Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya.

KELAPAN
BERLAPANG DADALAH
Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

KESEMBILAN
SEGERALAH MEMBINA AKHIRAT ANDA. IA PASTI BERLAKU
Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik.

Jadi bersedialah! Bukan untuk mati tetapi untuk bertemu Yang Maha Esa Allah Swt.

KESEPULUH
BAYANGKANLAH KEGEMBIRAAN HIDUP DI SYURGA YANG KEKAL.
IA SANGAT HAMPIR

Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dialah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

Seminar Bersama TNC – Pengurusan Pelajar

30 Jun – 1 Julai 2015 – Dewan Jamuan, BSI seramai 300 peserta daripada setiap bahagian dalam UTM menghadiri seminar 2 hari yang telah dirasmikan oleh TNCHEMA. Semasa merasmikan seminar ini TNC telah menyampaikan beberapa hasrat penting UTM dan Negara kepada semua peserta yang hadir. Dasar dan Pelan pembangunan modal insan UTM dan KPM telah disentuh dengan penekanan menuju kearah sebuah negara maju menjelang 2020.

Seminar yang di anjurkan ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada staf UTM dan perkongsian pengalaman antara jabatan dan unit unit yang berurusan dengan pelajar UTM. Pengalaman pengurusan sukan juga dikongsi dalam seminar ini.

Seminar Pengurusan Pelajar SUKAN HEMA2015

ARMADI BIN AHMAD – pemilihan pemain bolasepak UTM – Strategi berpasukan – Strategi untuk MENANG – Menang – Semangat kesukanan – Pep Talk – Fikirkan BOLEH

POSTER-PENJAJARAN-PGU-II-PPPM-PT3-2