Telentang – Meniarap

Presiden KGUTM kirim;

Disebuah hospital bahagia, ada seorang pesakit mental dikurung dlm sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari Jefridin, A Halim, L Ramle.
Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang semula, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, berulang ulang sampailah malam.
Si warden penjaga hospital ni, rasa heran jugak tapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak: “Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap?”
Jawap pesakit mental tu: “Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B lah. Tak pernah dengar kaset ke???”. 😅

Stress

kiriman ejen hanif –

Mungkin kita rasa kita dah stress tapi ramai lagi yg lbh stress dari kita….😒
Pak We Stress


Pak We pemandu teksi menaikkan seorang gadis cantik di tengah jalan, tiba2 gadis itu pengsan di dalam kereta dan Pak We menghantarnya ke Hospital.

Pak We sedikit Stress!

Sampai di Hospital doktor mengatakan bahwa gadis itu hamil dan mengucapkan tahniah kepada Pak We. Pak We mengatakan bahwa dia bukan ayah dari bayi itu, tapi gadis itu mengatakan bahawa Pak Welah ayah bayi itu.

Pak We bertambah Stress!!

Pak We meminta test DNA untuk membuktikan bahwa dia ayah bayi itu atau bukan. Pak We pun ditahan sementara menunggu hasil ujian.

Pak We semakin Stress!!!

Setelah ujian selesai doktor mengatakan bahwa Pak We mandul sejak dari lahir. Pak We pun kemudian dibenarkan pulang.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia memikirkan 3 anaknya di rumah.

SEKARANG PAK WE BENAR2 STRESS!!!! SIAPA BAPAK ANAK2NYA??

Sambungan PAK WE STRESS..

Pak We balik rumah. Dengan muka stress dan kelat, dia menuduh isteri nya curang. Isterinya ajak Pak We jumpa doktor pakar.

Doktor mengesahkan Pak We mengalami masalah ingatan sejak menjadi pemandu teksi dan dia terlupa bahawa dia menikahi janda anak 3 sebelum menjadi pemandu teksi..

SEKARANG ISTERI PAK WE MENJADI STRESS BILA TENGOK PAK WE STRESS.

😂😂😂😂😂😂