nota kiriman cikgu dan murid lama sekolah itu;
Ibu bapa yang dikasihi sekalian.
Anak-anak akan menduduki peperiksaan tak lama lagi.
Saya tahu tuan puan bersemangat untuk memastikan anak masing-masing dapat menjawab dengan baik. Namun, sentiasa ingat, ada di antara anak-anak itu,
- adalah seorang *artis,* yang tak perlu memahami matematik.
- Ada juga yang *berjiwa usahawan*, yang tidak peduli pun tentang Sejarah, atau pun Kesusasteraan Inggeris.
- Ada juga berkemungkinan *ahli muzik*, yang mana markah subjek Kimia, tidaklah berharga.
- Ada *ahli sukan*, iaitu mereka yang kemantapan fizikalnya jauh lebih penting berbanding subjek Fizik.
Jika anak anda mendapat markah tertinggi, baguslah.
Namun jika tidak..
- tolonglah *jangan rampas keyakinan & maruah* diri mereka.
- Katakan pada mereka, *tak mengapa*, itu hanyalah peperiksaan. Mereka ditakdirkan untuk perkara yang lebih besar dalam hidup.
- Katakan juga pada mereka, berapa pun yang mereka dapat, *anda tetap sayangkan mereka*, dan tidak menilai mereka.
Sila berbuat begini & setelah itu, lihat sendiri bagaimana anak anda menguasai dunia.
Satu peperiksaan atau markah 90% tidak akan dapat merampas impian mahupun bakat mereka.
Jangan sangka hanya doktor dan jurutera sahaja yang bahagia di dunia ini.
Yang benar,
Guru Besar
★★★★★★★★★★★
Semoga ALLAH sentiasa permudahkan urusan anak-anak kita utk mengadapi periksaan. Aamiin.
nota:
**** SETELAH USAHA DAN IKHTIAR **** (nota ini saya tambah)