Mim Dr: Tapi nak tanya dato N sifu pendidikan: Adakah lecturer itu guru?

sambutan hari guru

Mim Dr: Tapi nak tanya dato N sifu pendidikan:
Adakah lecturer itu guru?

Azman Arifin KGUTM: Soalan Yg bagus… soalan kbat..dato tolong jawap nak juga tahu😊😊

sekolah berok

Dr Muzammil FP : termasuk yg 👆
Prof Dato’ Najib Fp: Maaf Dr MIM, Man baru baca.. takde sifu2nya..
Prof Dato’ Najib Fp: Tapi cuba bagi juga pandangan lecturer itu guru ke.
Ianya hanya semantik, bahasa.
Guru tu ngajar sekolah, lecturer tu ngajar universiti IPT. Di UK, lecturer tdk melibatkan researck tapi tahap lebih tinggi perlukan research n writing iaitu senior lecturer (di USA=ass prof), reader (assoc prof), dan profesor. Prof dr bahasa perancis=teacher..

Prof Dato’ Najib Fp: Tugas guru secara konsepnya mengubah tingkahlaku manusia, contoh dr tidak tahu kepada tahu, iaitu melalui pemindahan ilmu dan kemahiran kepada para pelajarnya, iaitu pengajaran/teaching. Bila berlaku perubahan tingkahlaku, maka adanya pembelajaran/learning.

Prof Dato’ Najib Fp: Kaedah mengajar adalah dr yg paling simple, iaitu lecture/one way communication, kepada yg paling inovatif seperti flip classroom atau elearning.

Prof Dato’ Najib Fp: Learning diukur bersandarkan objektif, dgn itu adanya mcm2 kaedah seperti OBE.

Prof Dato’ Najib Fp: Di univ pelajar tdk hanya diajar tahu ilmu tetapi juga diajar untuk tahu tambah ilmu iaitu melalui research dan juga tahu sebar ilmu kpd masyarakat, iaitu melalui penulisan artikel, buku dan pembentangan seminar dan perbincangan konferens. Dengan itu kaedah pengajaran lebih rencam, tdk seperti disekolah. Iaitu pelajar hanya perlu tahu baca tulis kira dan fakta2.

Prof Dato’ Najib Fp: Dgn itu lecturer adalah guru, cuma kaedah berbeza mengikut konteks.

Prof Dato’ Najib Fp: Guru lecturer professor trainer tutor ustaz educator fellow academician .. dll same aje tugasnya

Prof Dato’ Najib Fp: Sifu

Prof Dato’ Najib Fp: Di UK, semua tenaga pengajar IPT=lecture, senior lect, reader dan prof.
di USA, semua adalah professor, contoh, assistant prof, assoc prof, prof, distinguish prof

Prof Dato’ Najib Fp: Begitulah secara ringkas tuan2,, jgn boring dgr lecture, hehe,, 1:47


Dr Nazri Kamsah: Terbaik Dato’ Najib 😊
Azman Arifin KGUTM: 👍👍👍dato

Peserta forum hari GURU;

  1. Profesor Dato’ Najib – Pensyarah Fakulti Pendidikan
  2. Prof Madya Dr Muhamad Ibrahim (MIM) – Pensyarah FKA
  3. Prof Madya Dr. Nazri Kamsah – Pensyarah FKM
  4. Dr. Muzammil – Pensyarah FP
  5. Azman – Pensyarah FGHT
  6. Pembaca tanpa soal – 50 ahli wasap UTM GOLF CLUB

Sahabat

Kiriman samad sdpb8788

Hari berganti hari tanpa terasa.
Usia kita semakin bertambah, namun serasa masih terus muda seperti dulu.
Waktu terus berjalan.

Dulu otot dan badan kita kencang, kini kendor.
Dulu kita gagah, kini mulai goyah.
Dulu kita kuat, kini beransur lemah.

Ingatlah kata-kata bijak :
•Besi itu kuat, tapi api dapat meleburkannya.
• Api itu kuat, tapi air mampu memadamkannya.
• Air itu kuat, tapi matahari mampu mengwapkannya.
• Matahari itu kuat, tapi awan bisa menghalanginya.
• Awan itu kuat, tapi angin mampu memindahkannya.
• Angin itu kuat, tapi manusia mampu mengendalikannya dengan layar perahu.
• Manusia itu kuat, tapi dosa dan nafsu duniawi dapat melemahkannya.
• Dosa itu kuat, tapi Iman bisa mengatasinya.
Maka, yang terkuat adalah :

IMAN dan KEBAIKAN, kerana TAK AKAN HILANG SETELAH KEMATIAN …
Dan yang paling indah dalam hidup ini adalah :
– Saat kita pergi ada yang mendoakan.
– Saat kita jauh ada yang merindukan.
– Saat kita sedih ada yang menghibur.
– Saat kita bertemu ada senyum yang Indah.
Tapi yang terindah dari segalanya adalah :

Ketika Allah masih berkenan memberikan NAFAS untuk kita hidup di hari ini & boleh bersilahturrahim, walaupun tidak bertatap muka tapi bersyukurlah kerana kita masih mampu bertegur sapa……
Mari kita senantiasa BERSYUKUR kepada NYA…

Yang perlu kita ingat setiap hari…kita dengan Alam Barzakh semakin dekat hari demi hari…
Selamat menikmati hari-hari tua yang indah

poster fb

WAHAI SAHABAT

Kiriman ida Sdpb8788

KITA akan bergelar arwah .
KITA akan dikafankan .
KITA akan diusung ke liang lahad .
KITA akan dikebumikan ..
KITA akan disoal oleh Mungkar Nakir .

Ingatlah kematian ..
Pesan memesan antara kita
Saat kelalaian menyelubungi diri
Ingatkanlah aku pada Pencipta,
Saat aku asyik bermain cinta,
Ingatkan aku pada mati,
Saat leka bertapak di hati,
Ingatkan aku pada yang Maha Pengasih,
Saat aku gila menagih kasih,
Ingat kan aku tentang Rahmat,
Saat aku kecewa teramat
Imam Asy Syaafi’ie pernah berkata

Berapa banyak orang sihat yang meninggal tanpa sakit…
Dan berapa banyak orang sakit namun tetap hidup bertahun tahun..
Berapa banyak anak muda yang ketawa.. terbahak bahak ketika petang dan pagi..
Padahal kain kafan untuknya sedang dijahit dia tidak menyedarinya…
Bila kita menuju kepada Allah, maka dunia di belakang kita. Jika kita mencintai dunia maka ia akan membawa kepada kebinasaan….

🦋Kupu-kupu tak pernah tahu warna sayapnya . Tetapi , manusia tahu betapa indahnya ia .

Seperti kamu ,

Kamu tak tahu betapa indahnya dirimu , tetapi Allah maha tahu…
Kita belayar dengan iman dan keyakinan
kerana hidup adalah hukuman di atas lautan.
Bila takut hendak melangkah.
Kita tak akan berjumpa arah.
Bila bersabar menahan marah.
Kita mendapat keredhaan Allah.
Mulakan sesuatu dengan Bismillah.
Segala perbuatan menjadi ibadah.
Buatlah sesuatu kerana Allah.
Segala nya akan menjadi indah.

Bila banyak berbuat salah.
Hati tak tenang resah gelisah
kami berdoa padamu ya Allah

segenap kejujuran

agar bahtera kami
agar pelayaran kami
agar mimpi-mimpi kami
akan terselamat
menemui destinasi…

Jangan mengalah terus melangkah..
Hamba yang tabah tak pernah kalah.
Kita kembali kepada ALLAH.

IN SHAA ALLAH