Mak Rajin Mak Malas

Kiriman mama ANR
Mak rajin vs mak malas.

Pagi-pagi lagi mak rajin sudah bangun dan siapkan sarapan. Mak rajin akan pastikan sarapan terhidang di atas meja panas-panas. Anak-anak bangun terus menghadap meja makan.

Mak malas pula bangun pagi-pagi mulutnya sudah becok bangunkan anak-anak solat Subuh berjemaah. Kemudian dikerahkan semua anak-anak menyiapkan sarapan dan makan bersama.

Mak rajin akan menyiapkan semua keperluan anak. Mak rajin pantang anak-anak buat silap. Ada saja tak kena pada matanya.
Perfectionist.

Mak malas tak kisah anak buat silap, yang penting anak betulkan silap dan buat lebih baik. Baginya, anak mesti buat SENDIRI.

Mak rajin cukup tangkas kemas rumah, layan tetamu, cuci pinggan mangkuk. Mak rajin kasihkan anak, mahu anak happy, bermain puas-puas. Katanya, anak kecil lagi…

Mak malas akan bahagikan semua tugasan kepada anak-anak. Yang kecil tugasnya sentiasa pastikan ruang tamu kemas, bantal kecil tersusun di sofa. Yang lelaki diajarnya sukatan betul untuk membancuh air. Yang besar tugasnya mencuci pinggan dan gelas selesai tetamu pulang.

Anak-anak mak malas, sampai berkunjung ke rumah orang pun, basuh pinggan dan cawan sendiri. Ishhhh!
img_2633

ibu

tiada ganti

2014-06-15 22.43.34

ayah satu

2014-06-13 18.41.38

keringat ayah

pegi sekolah

baik baik belajar anakku

2015-06-20 11.56.28

nafkah

Photo 18-2-15 22 57 18

fbn hadiah ayah

hadiah untuk ayah

2014-05-10 14.09.09

doa ibu bapa

10997633_10152848433239998_7180515286837874825_n

pengorbanan

lemah lembut

lemah lembut & tak marah

2014-05-06 20.44.31

ambil peluang

10953227_10152838559489998_4031063894182420372_n

cakap kasar – dosa

11137175_10153073858769998_2414185351427670908_n

bawa ke syurga

rendah hati

Allah Maha Besar

2015-06-15 22.07.30

budi

10995948_10152843099759998_9007289618817447520_n

anak berdosa

buat baik

baik balas baik

pegi sekolah3

anakku

darjat manusia

mulia hormat kedudukan

pegi sekolah2

ayahku

10968592_407767082738419_661377674840134179_n

hapus dosa

10955587_842999559095482_5228187425945020026_n

kasih ibu

IMG_08662014-03-10 00.04.20

 

photo credit : Fbn

Bahasa Jawi Kebangsaan

Kiriman M hamidon – A&Y inc
Seriously funny!

Oh My Jawi

Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:

  1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, “Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu ‘mutafancirin’ “. Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘mata pencarian.’ “متڤنچرين”
  2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, “…dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi…”. Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘keldai’. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. “كلدي”
  3. Di sebuah mesjid di Perak, “…maka ‘birobbikum’ itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun ‘birobbikum’…”. Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘berbekam’. “بربكم”
  4. 4. Di sebuah mesjid di Kelantan, “…sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam ‘katikuri’ orang2 yg tidak bersyukur…”. Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘kategori’.”كاتيكوري”
  5. Di sebuah mesjid di Terengganu, “… maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan ‘fainnahu’.” Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘panah’. “فانه”
  6. Di sebuah mesjid di Perlis, “…dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah ‘kemetod’…”. Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘komited’. “كميتد”
  7. 7.Di sebuah mesjid di Pahang, “…maka hendaklah kita berada di atas ‘bom’ ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari “bom”.setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya’bumi’.”بوم”
  8. Di sebuah mesjid di perak,”…terdapat banyak ‘paku lantai’ yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya ‘fakulti’ “فاكولتي”
  9. Tajuk khutbah hari ini ialah “puas dan pedih”….. Rupa2nya “puasa dan fidyah”… فواس دان فديه

Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib… selamat hari raya maaf zahir batin.

Posting “Copy and Paste” #MuizAfnan