Allah Maha LEBIH MENGETAHUI

KITA tak TAHU TAPI KITA tak PEDULI Untuk diri ini sendiri

**Hamba Hina… bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

**Hamba Hina…, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

**Hamba Hina…, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

**Hamba Hina…., bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

**Hamba Hina…., bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

**Hamba Hina…, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

**Hamba Hina…, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur’an dalam jadual harian kita.

**Hamba Hina…, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

**Hamba Hina…, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

**Hamba Hina…., bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

***Hamba Hina…., sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya._

Rasakan `Hamba Hina….’ Allah Maha Mengetahui

 

Syurga Isteri

K Long YPY pos

🎯🎯SYURGA SEORANG ISTERI

pexels-photo-773296

Dugaan paling besar adalah bersabar.🎯👍

🎯Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

🎯Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

🎯Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

🎯Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

🎯Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

🎯Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

🎯Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

🎯Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

🎯Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

🎯Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

🎯🎯🎯Ya Allah,

Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah…Aamiin.

😊Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea…Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..😂

👤 Ustaz Nasiruddin Abdul aziz👍🎯

 

Ikhlas bila menerima…

K Long YPY pos💭sedap ayat ni 👇💭

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”

Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima…

semoga bermanfaat
#SHARE

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT

Jo – Pengerusi surau All staff USE kongsi

TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT…..
Allah Subhaanahuu wa Ta’aala berfirman: “Sungguh Kami telah menciptakan atas kamu semua tujuh buah jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami.”
[Al-Mu’minuun, ayat 17]

1. MAHKOTA ZIKIR
لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu Lahul Mulku
Wa lahul Hamdu Wa huwa ‘alaa Kulli syai’in Qodiir

2. MAHKOTA TASBIH
سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
Subhaanallah wabihamdihi ‘adada holqihi wa Ridha nafsihi
wa zinatan ‘arsyihi wa midada kalimaatihi

3. MAHKOTA DOA….
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
Rabbanaa aatinaa fid dunya hasanah Wa fil aakhirati hasanah
Wa qinaa ‘adzaaban naar

4. MAHKOTA / PENGHULU ISTIGHFAR
اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.
Allaahumma Anta Rabbi Laa ilaaha illaa Anta Kholaqtani wa anaa abduKa
Wa ana ‘alaa ‘ahdiKa Wa wa’diKa mas tatho’tu Aa’uudzu biKa min
Syarri maa sona’tu Abuu’u laKa binikmatiKa ‘alayya Wa abuu’uu bidzanbiy Faghfirliy Fainnahu laa yagfirudz dzunuu ba illaa Anta….

5. MAHKOTA PERLINDUNGAN
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.
Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma’asmihii syai’un fil ardhi walaa fis samaa’
Iwa Huwas Samii’ul ‘Aliim

6. MAHKOTA PELEPAS BENCANA
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii Kuntu minadz dzoolimiin

7. MAHKOTA PENENANG HATI
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Laa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘Aliyyil ‘Adziim

Jadikanlah Mahkota-mahkota ini selalu menghiasi kepala dan membasahi lisanmu, sebagai amalan dan senjata kita…

Mudah-mudahan dengan mengamalkan salah satu atau kesemua Mahkota-Mahkota tersebut ….Allah mengangkat segala cubaan dan dugaan, menghindari dari musibah, mengampuni dosa kesalahan, dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA….

Aamiin…. Ya Rabb…

Kongsikan amalan doa ini seikhlas mungkin dengan niat baik agar lebih ramai lagi orang merasakan dan mendapatkan manfaatnya dan kita tidaklah menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Kerana kita semua tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam Syurga Allah Subhaanahuu wa Ta’aala….

#ustazuwais

Amalan 5 Minit

[9:25 AM, 1/9/2018] Hj Abdul Malik -Bos :

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) ::
Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur…

◆1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..
◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..
◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.
◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.
◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, “Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :
◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.
◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur’an.
◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.
◆10 kali bacaan “Istighfar” adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.
◆4 kali membaca “Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar” adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.

★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, “Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur…

★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi…

★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya 😊….
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT….

11137175_10153073858769998_2414185351427670908_n

bawa ke syurga

Tambahan sikit

🌻Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
Aamiin…YaRobbal ‘Aalamiin…

🌻Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah
🌻Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.
🌻Surah Waaqi’ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.
🌻Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.
🌻Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.
🌻Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.
🌻Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.
🌻Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.
🌻Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.

🌻Saran⚠ Jangan tunggu lagi….Kirimlah pesanan ini kpd sahabat handai Anda sekarang & semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

“Aamiin Yaa Robbal Aalamiin ”

Pahala Khas Untuk Isteri

amalan satu minit