Kesombongan Iri Hati Dengki Syirik Bersikap/berkata kasar Riya Merasa soleh Merasa Suci Ghibah Marah dan berbagai penyakit hati lainnya.

K Long YPY Share Untuk Diamalkan :- Kenapa Semakin Banyak Berzikir Malah Semakin Dekat Dengan Syaitan. Ini Sebabnya.

Posted on May 28, 2019 by admin
Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali) “Syeikh, bukankah zikir membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?” “Benar,” Jawab Imam al-Ghazali. “Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir semakin dekat dengan syaitan atau kesyaitanan ?”

Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab :. “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?” “Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir”, jawab murid.

Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya.
Penyakit-penyakit hati itu ialah :

Kesombongan
Iri Hati
Dengki
Syirik
Bersikap/berkata kasar
Riya
Merasa soleh
Merasa Suci
Ghibah
Marah dan berbagai penyakit hati lainnya.
Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.

Semoga kita semua di jauhkan dari pnyakit-penyakit tersebut.

Aamiin..
Wallahu a’lam

img_2762

Korg Tau Tak?

Afiqwahab USE share dlm All Staff USE 10/5/2019

Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?
Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.

Korg tau x matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as Ketika menjelang mghrib.

Korg tau x sape Qorun?
Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan
Dia jgk sepupu Nabi Musa

Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.

Korg tau x Qorun?
Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.

Korg tau x sape Firaun?
Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.

Korg tau x asal nama Nabi Musa?
Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa)
Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.

Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa?
Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6

Korg tau x Firaun?
Firaun pernah membina menara yang amat tinggi.
Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa.
Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
Surah An-nazi’at ayat 24.

Korg tau x Firaun ni?
Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.
Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.

Korg tau x firaun pernah bertaubat?
Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.

Korg tau x piramid di mesir?
Piramid tu kubur org2 kanan firaun.
Tu kubur. Agak2 rumah besar mne?
Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.

Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan.
Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan
Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.

Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?
Surah al-a’rf ayat 12
Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.

Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?
Al hijr ayat 36
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)

Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat?
Allah swt terus memperkenankan doa

 

SOMBONG…

Group Wasap Geng Helipad Mina kongsi ceramah istilah SOMBONG…

jangan sombong

Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

Kita diberi rezeki mampu khatam quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.😓

Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.

Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu SOMBONG.

Thanks Tn Hj Mohamad Kamaludin Bin Taib

img_7800