Perempuan… 🤣


  • Perempuan… 🤣n
    • Kalau takde tudung yg match dgn baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.
    • Kalau baju yg sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.
    • Keronsang yg dia beli RM10 dpt 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia tak makan. Dan dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.
    • Beratnya 50 kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet.
    • Dia yg buat hal, lepas tu dia yg merajuk.
    • Kalau org usik tudung yg dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu thn lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je baik². Dah pakai kang kedut gak balik.
    • Dia boleh pakai tudung dgn pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial org lain, tapi lipat kain dia malas.
    • Org marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.
    • Dia tahu sakit bersalin tu mcm nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.
    • Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa.
    • Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yg kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla… Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam² la… so, jgn silap kaler ok.
    • Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila org tak paham, dia sedih. Huhuhu….
    • Dia tahu sakitnya dianiaya orang yg dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yg mengerti.
    • Dia boleh jadi dragon fly yg comel, boleh jadi dragon fire yg menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yg susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dpt pun boleh terlepas balik ok.
    • Itulah perempuan, penghibur terbaik yg Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan kamu, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah.
    • Tak ingatlah sapa yang share karangan ini, (lelaki @ perempuan)
    • Laki laki macamana pulak …! OCD jugak ke…

    Selamat hari raya maaf zahir batin

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

    Google photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

    Connecting to %s