Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu.
Siapa Abdullah Bin Sabak ni ? Dia adalah seorang Yahudi. Dia berasal dari Yaman.Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan, kepentingan politik .Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan ,Saidina Uthman tak layan dia.
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,”Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar..”
Dan masyarakat percaya benda ni .Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .
Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu’q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ.SEBAB?
Antaranya ialah ,SYIAH MENDAKWA ,-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi (ada juga yang kata Bilal bin Rabah )
Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , “Dua patung berhala Quraisy..” .
Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .
Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , semasa dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata. Dan Syiah menganggap itu Quran mereka.
Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah.
Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong (sirdab) di Iraq/Iran. Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam, keluarlah Iman , keluarlah..” (Muhammad bin Hasan Al’Askariy al-Mahdi). Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi. Dan akan keluar suatu hari nanti .
Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata; “Sahabat Nabi hanya mementingkan dunia, rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama, mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor, merampas jawatan khilafah..”
Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka, lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .
Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara. Imam mereka maksum. Allah tegur Nabi tp Allah tak tegur Imam. Jd imam afdal drp Nabi. Imam boleh gubal syariat dan msnsuhkannya. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku. Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat.Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu.
Abu Bakar a.s dilaknati dan dicerca sbg zikir mereka. Penafian dia sbg Khalifah. Sdgkan Allah menyebutkan kisah hijrahnya bersama Baginda dlm Gua Thur…dan ditauliahkan semasa hayat Baginda menggantikan Baginda Imam solat kpd sekalian muslimin.
Aishah r.ha juga dilaknati dan diraikan saban tahun bhw dia di neraka.. sdgkan ilmu munakahat sepenuhnya diceduk majoriti umat Islam kini melalui Aishah.. penafian terhadap Aishah ialah penafiannya dlm ilmu munakahat kini dan lebih buruk lg penafiannya sbg ummul mukminin..
Apakah tergamak kita berdiam di kala ibu kita dicerca.. Sdgkan Aishah ummul sekalian umat Muhammad..
Redhanya Baginda Nabi terhadapnya hingga Baginda restu untuk wafat di kamarnya…malah mohon restu drp ummahat mukminin lain..
Tohmahan Abu Hurairah korup dan seleweng harta.. adalah penolakan kpd majoriti hadith dan penafian kpd sunnah yg banyak diriwayatkannya…
Isu Taqiyyah yg wajib..Tiada agama bg yg tiada taqiyyah..
Iktikad al-Bada’ah terhadap Tuhan ( iaitu Allah SWT bersifat tidak mengetahui pada asalnya) sedangkan Dia Maha Suci drp terleka, tersilap or terlupa..
Nikah Mut’ah itu halal bagi mereka sdgkan telah rasmi haramnya oleh Nabi SAW setelah Fathu Mekkah..
Sambutan Hari Asyura dan ingatan peristiwa syahid Hussein bin Ali dgn ceremony or ritual yg melampau dan memudaratkan diri..
Ritual mrk dlm solat dgn tepukan sambil menyebut Khana al-Amin bhw khianat Jibril dlm penurunan wahyu tidak kpd Ali..
Kaifiat Wuduk yg ganjil dan terlalu sempoi..hingga tak sah..
Sujud atas batu husseinyyah or batu karbala..yg sesat..
Dan byk lg faktor ASWJ perlu tolak Syiah…
Konklusi Syiah Sesat!!
Cuma Syiah az-Zaidiyyah di Yaman shj yg agak mu’tadil dan tidak takfir sahabat.. Namun begitu syiah zaidiyyah tlh pun pupus diganti dgn syiah imamiah rafidhah.
Just sharing dgn semua..tashih or tambah or ta’dil jika perlu dan berkenaan…
Wassalam…
Pingback: MAZMUMAH | armadi ahmad