Meanwhile, sila buat quiz sejarah sempena nak merdeka ni..
Soalan2 SPM yg pernah mencabar minda kita dulu2.. masihkah kita ingat lagi apa jawapan nya…
1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot
2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh
3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke
4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light
5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung
6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit
7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers
8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder
9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab
10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja
11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing
12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak
13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau
Hayatilah sejarah negara kita.
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-56..
[Terbitan Filem Negara Malaysia]
Selamat hari kemerdekaan yg ke 56. “Malaysia ku yang berdaulat. Tanah tumpah darah ku”
Nasihat ikhlas
Panduan nk jimat minyak…sentiasa isi penuh setiap kali ke pam minyak..isi waktu pg atau mlm..kemudian pasti pabila minyak tinggal separuh tangki.isi penuh semula…pastikan memandu bwah 100 km/j..klau bw 10km/j..lg bagus..kdian kurangkn pnggunaan brek secara mengejut..nk lg bagus bw kereta dgn kelajuan malar..sekata..tq krn sudi baca..ha ha
Kiriman Hisham
SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN
————————————-
Tolong sebarkan cerita ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini..
1508: Alfonso de AlBURQAQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 kapal, 15,300 (anggaran) bala tentera
1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana
Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara… akhirnya dapat juga menawan Melaka
setelah hampir kecewa dan putus asa…
1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,…
Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan P. Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar ketiga2 negeri untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.
Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.
Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.
Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan P. Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu Hang… Antaranya Hang sihat ka, Hang buat apa, Hang apa habaq, Hang lagu mana, Hang pi mana, Hang tidoq ka, Hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, peliaq hang, hotak hang macam macam lagi Hang ada kat sana…
Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri… ini kan pula nak berhadapan beribu ribu Hang kat situ…
Hang ok ka? Huhu
kembali ke Tingkatan Enam