Boleh ka kita makan – Sahabat jenis ni.


Anita sksb share

Ada sahabat… dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

Ada sahabat… dia macam gula. Sedap bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi… tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁

Ada sahabat… dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

Ada sahabat… dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving… terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

Ada sahabat… dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting

Terima kasih atas jalinan persahabatan kita dan semoga kita ikhlas bersahabat kerana Allah 😍😎😎😀

semoga tahun 2019 ukhwah semakin erat….mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bergelar sahabat…

#salam dgn kesayangan

hingga jannah

aamiin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s