Perhiasan terbaik dunia


kiriman rashidah sdpb
ُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

TAZKIRAH HARI INI (Selasa, 8 Jdl. Akhir 1435H)
Kelebihan Di Sebalik Kekurangan !

Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR: Muslim)

“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira, jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR: Ibnu Majah)

PENCERAHAN :
Kelebihan seorang wanita bukan dilihat dari kecantikan paras rupa dan keayuan wajahnya semata-mata. Tetapi wanita sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Tidak juga dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menutupi bentuk tubuhnya itu.

Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari selazat mana masakan yang mampu dimasaknya, tetapi dari keikhlasannya ketika ia memasak itu. Kelebihan wanita bukanlah dilihat dari semerdu mana lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kepetahannya berbicara, tetapi dilihat dari santunnya ketika ia berbicara. Bukan juga dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatan dan maruahnya melalui pakaiannya itu.

Kelebihan wanita bukan dilihat dari kebimbangannya digoda orang di tepi jalan tetapi dilihat dari kebimbangan akan dirinya yang mengundang orang tergoda. Bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya ketika bergaul.

Kelebihan wanita bukanlah juga dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh redha, sabar dan sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

KELEBIHAN WANITA DI SEBALIK KEKURANGANNYA:
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar begitu saja kan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita yang perlu disimpan dan tutup rapi dan bukan didedah-dedahkan.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki
wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya.
3. Wanita menerima warisan kurang sedikit daripada lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, Ia perlu atau wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Wanita perlu bersusah payah ketika mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di atas muka bumi ini. Jika ia
meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung-
jawabkan terhadap empat orang wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Sedangkan bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.
6. Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui
pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan empat syarat saja, iaitu: Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suami, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada Allah, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Allahu… Allah ! Sayangnya Allah SWT pada wanita !

KESIMPULAN :
Kelemahan wanita yang paling besar sebenarnya adalah wanita selalu lupa betapa berharga akan dirinya itu.
Wallahu a’lam – Doakan Istiqamah Ust Kay.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s