Rahsia zuhud HB


Kiriman Hisham SDPB

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta’ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Sahabat2 ku:
Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta kekayaaan
Sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan Kain Kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.

Mari terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn nasihatmu

Cukup lah  اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung
yang tidak terlihat,
Tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh NYA

Sahabat2ku:

“Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
‘Amalku tidak bertambah
sedikitpun,
padahal aku  saat ini
umurku berkurang”
(Ibnu Mas’ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri & utk share dgn kawan2 …

1552797_10202193593253640_1226305018_n

Tambahan oleh Hisham SDPB
Assalamualaikum..

Antara sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:

  1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
  2. Lapisan Langit Ke 2: Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
  3. Lapisan Langit Ke 3: Sombong atau takabbur.
  4. Lapisan Langit Ke 4: Ujub.
  5. Lapisan Langit Ke 5: Dengki.
  6. Lapisan Langit Ke 6: Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
  7. Lapisan Langit Ke 7: Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

  1. Riak dalam ibadat.
  2. Riak dalam ilmu.
  3. Riak dalam amalan.
  4. Riak dalam kata-kata.
  5. Riak bila berzuhud.
  6. Riak dengan harta.
  7. Riak kerana pangkat.
  8. Riak dengan pencapaian.
  9. Riak dengan kebolehan.
  10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
  11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
  12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

Muhasabah dirilah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s