Tuan Haji


ASSALAMMUALAIKUM
Kiriman Hisham SDPB

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. “Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara.

“Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi.”

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

“Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita.”

Dia mula mengesat air mata. “Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

“Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.

Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

RENUNG2 KANLAH SELAMAT BERAMAL

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s