Jadilah Teman Setia Tanpa Syarat …


Buat renungn kita semua bersama para2 sahabat dan saudaraku utk dijadikan sedikit pedoman kita.

👉Waktu sedang “di puncak” kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

👉Waktu sedang “Berkuasa” kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

👉Waktu sedang “Tak Berdaya” barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada..

👉Waktu sedang “Jatuh” kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

👉Waktu sedang “Sakit” kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

👉Waktu kita “Miskin” baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita..

👉Masuk “Usia Tua” baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

👉Saat “di Ambang Ajal” kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

👉Hidup tidaklah lama,
  • Sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA:
  • Saling menghargai,
  • Saling membantu,
  • Saling memberi,
  • Saling mendukung.
  • Jadilah teman setia tanpa syarat …
  • Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman…
  • Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.
  • Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.
  • Apa yang ditabur itulah yang akan dituai
  • Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.
  • Tapi ketahuilah bahawa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa……
  • Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah… kerana..
  • hidup ini terlalu indah….
  • Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..

Sahabatku,

Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita

-peringatan kpd diri sendiri… serta dilanjutkan untuk sahabat juga…🙂🙂🙂👍👍

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s