39th National Open Softball C’ship2013 UTM MASUM
KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA KEBANGSAAN KALI KE-39, 2013
Penganjuran Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan Kali Ke-39, 2013 merupakan satu usaha untuk mempromosi dan memajukan UTM sebagai salah satu lokasi pertandingan sukan sofbol untuk dikenali di peringkat IPT, Kebangsaan dan Antarabangsa. Kejohanan ini telah dianjurkan pada 11 hingga 14 April 2013 bertempat di Padang Utama Universiti Teknologi Malaysia. Hanya pasukan terbaik dari setiap negeri mengambil bahagian di Kejohanan ini. Persatuan Sofbol Malaysia (SAM) menghadkan penyertaan iaitu memaksimumkan dua pasukan setiap negeri. Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti persaingan dalam kejohanan, yang sudah dalam edisi ke-39, dan juga untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti dalam sukan di peringkat negeri.
Perlawanan peringkat kumpulan dijalankan pada 11 dan 12 April 2013 manakala peringkat suku dan separuh akhir dijalankan pada 13 April 2013 dan peringkat akhir Lelaki dan Wanita dijalankan pada 14 April 2013. Pada kejohanan kali-38 yang dipertandingkan di UPM, Serdang sebanyak 20 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita serta pasukan Brunei yang dijemput sebagai pasukan jemputan telah menyertai kejohanan ini. Manakala pada kejohanan kali ke-39 ini pula, penyertaan telah disambut baik bagi negeri-negeri seperti tahun sebelumnya. Sebanyak 21 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita termasuk pasukan jemputan dari Brunei.