musuh no 1


Sayyidina  Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1.  Zalituun : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.  Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak  perlu.

2.  Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk  terhadap Allah SWT.

3.  A’awan : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok  dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu  mendengar nasihat para ulama.

4.  Haffaf : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di  tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman  keras).

setan

setan

5.  Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga  lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

6.  Masuud : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan  dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.

7.  Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke  rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri  bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang  pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan  rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah. (Baca Bismillah sebelum masuk rumah, kalau rumah ada orang bagi salam)

8.  Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk  dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9.  Lakhuus : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sebarkan  pada rakan-rakan kita sebagai peringatan setiap hari dimana syaitan2 ini  mengganggu hidup harian yang selama ini menghasut kita tanpa kita sedari.  Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke  akhir hayat, InsyaAllah.

One thought on “musuh no 1

  1. Pingback: Kawan | armadi ahmad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s