Kawan kawan


Kiriman halim Seratang SDPB

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :-

  1. TA’ARUFFAN
    Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti
    pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
    pejabat pos, ATM, dan lainnya.

  2. TAARIIHAN
    Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,
    misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,
    satu asrama, dan sebagainya.

  3. AHAMMIYYATAN
    Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan
    tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

  4. FAARIHAN
    Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti golf, moto,
    teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya
    .

  5. AMALAN
    Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

  6. ADUWWAN
    Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita… Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :
“Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia
menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati…”

(Surah Ali Imran 3:120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa :

“Allahumma Ya Allah… selamatkanlah aku dari
sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”

  1. HUBBAN LIMAANAN
    Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib
    sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya.

Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta’ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan LENYAP di Akhirat.

Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :

“Pada hari itu (Kiamat) sahabat-
sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan”

(Surah Az-Zukhruf 43:67).

20140714-181606-65766287.jpg

One thought on “Kawan kawan

  1. Pingback: Kawan | armadi ahmad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s