Perempuan… 🤣

  • Perempuan… 🤣n
    • Kalau takde tudung yg match dgn baju, maknanya dia TAKDE tudung ok. Walaupun tudungnya penuh almari.
    • Kalau baju yg sama dia dah pakai selalu selama 3-6 bulan, maknanya dia TAKDE baju ok. Walaupun bajunya dah tak muat almari.
    • Keronsang yg dia beli RM10 dpt 20 biji tu, boleh habis tau walaupun dia tak makan. Dan dia akan kata, tak taulah pegi mana semua keronsang tu.
    • Beratnya 50 kg tapi kawannya 49.5 kg, dia dah rasa dirinya gemooookkkk sangat. Esoknya dia start diet.
    • Dia yg buat hal, lepas tu dia yg merajuk.
    • Kalau org usik tudung yg dia dah gosok cantik licin bagai telur rebus baru dikupas, dia boleh meletup bagai bom atom tersimpan beribu thn lalu. Walhal boleh je gosok balik. Takpun ejas je baik². Dah pakai kang kedut gak balik.
    • Dia boleh pakai tudung dgn pelbagai cara lipatan, lilit sana sini, pin sana sini kat kepala dia, siap buat tutorial lagi, takpun dia gigih ikut tutorial org lain, tapi lipat kain dia malas.
    • Org marah anak dia tak boleh, tapi dia marah anak dia sampai hujung kampung boleh dengar, takpe pulak.
    • Dia tahu sakit bersalin tu mcm nyawa dihujung rambut, tapi seriknya sekejap je. Tak lama, dia nak mengandung lagi.
    • Sakit bersalin dia boleh lalui berulang kali tapi jarinya kena pisau sikit dah meraung macam apa.
    • Di mata lelaki, kaler ada 12, ikut kaler pensil anak kat sekolah. Yakni hijau is hijau, biru is biru dan seterusnya. Tapi di mata perempuan, kaler ada 36++ mcm kaler stabilo yg kotak besar tu, itupun tak cukup tau. Hijau je ada 6-8 warna, hijau lumut, hijau pucuk pisang, hijau mint, hijau tua, hijau muda, hijau tua sikit, hijau bla bla bla… Itu baru hijau ok. Itu belum lagi ungu biji kundang, ungu ros, ungu kuat, ungu pelan, arggghhhh macam² la… so, jgn silap kaler ok.
    • Mulutnya kata lain sedangkan hatinya nak lain. Lepas tu bila org tak paham, dia sedih. Huhuhu….
    • Dia tahu sakitnya dianiaya orang yg dia sayang, tapi dia tak pernah serik bagi peluang lagi dan lagi walaupun dia tahu dia akan disakiti lagi dan lagi. Sedangkan tak semua yg mengerti.
    • Dia boleh jadi dragon fly yg comel, boleh jadi dragon fire yg menakutkan, tapi dia adalah dragon ball yg susah nak dapat walaupun dah banyak episod. Dah dpt pun boleh terlepas balik ok.
    • Itulah perempuan, penghibur terbaik yg Allah kirimkan buat semua kita di dunia. Selagi dia tak minta diluar kemampuan kamu, turutilah. Andai tak mampu, betulkanlah dia secara berhemah. Dia bidadari kamu di syurga nanti. Kat sana nanti, walau hodoh mana dia di dunia, dia akan jadi paling cantik, In Shaa Allah.
    • Tak ingatlah sapa yang share karangan ini, (lelaki @ perempuan)
    • Laki laki macamana pulak …! OCD jugak ke…

    Selamat hari raya maaf zahir batin

    Jus Aloe vera (sendiri bikin) – cara bancuh & minum

    1. Bismillah, Petik Aloe vera daripada pokok
    2. Cuci sampai bersih
    3. Korek isi dia yang berlendir
    4. Masuk dalam cawan
    5. Tambah air sejuk(sedap)
    6. Boleh capur oren, limau, madu, sirap, biji selasih atau kosong aje pon ok
    7. Godeh sampai rasa sebati
    8. Bismillah minum
    9. Sedap Alhamdulillah

    Tanam banyak banyak dalam pasu pon boleh. Selamat mencuba

    Pantun Perwira – Di Hari Raya

    UTMGOLF & Frenz 🏌🏽‍♂🍪 – Saidi

    WhatsApp Image 2019-06-05 at 8.31.05 AM

    Bini tua bini muda,
    Mana kan sama bini no tiga,
    Mari bermaafan sesama kita,
    Di pagi Aidilfitri yang mulia.

    Jangan ditolak rezeki yg datang,
    Apatah lagi rezeki berkahwin lagi,
    Hari raya bakal menjelang,
    Puasa ditinggal wajarlah ganti.

    Anak dara seindah rupa,
    Hebat lagi kuasa jandanya,
    Kalau tuan tidak puasa,
    Jangan nak bermegah berhari raya.

    Berpoligami banyak risikonya,
    Tambahkan ilmu didada seadanya,
    Jangan hanya bersalam saja,
    Duit raya dan angpau turutlah serta.

    Gadis bertudung indah ditenung,
    Jika berkenan jumpalah ibu bapanya,
    Bila memandu pulang ke kampung,
    Berhati-hatilah di jalan raya.

    Berkahwin 4 memanglah hebat,
    Silap langkah boleh kena lipat,
    Nak hantar kad raya dah tak sempat,
    Pakai whatsapp pun kira ok sbb nak cepat.

    Wahai kawan2 gagah perkasa,
    Sudilah membantu wanita yg dah berusia,
    Maaf andai terkasar bahasa,
    Saya ucapkan Selamat Hari Raya !!

    Andai kata Di sepanjang Persahabatan Kita, ada terkasar bahasa, segala makan minum, umpat2 blkg, harap dihalal & dimaafkan..😂😂😃😃😍😍

    SELAMAT HARI RAYA
    AIDILFITRI
    MAAF ZAHIR BATIN

     

    Kesombongan Iri Hati Dengki Syirik Bersikap/berkata kasar Riya Merasa soleh Merasa Suci Ghibah Marah dan berbagai penyakit hati lainnya.

    K Long YPY Share Untuk Diamalkan :- Kenapa Semakin Banyak Berzikir Malah Semakin Dekat Dengan Syaitan. Ini Sebabnya.

    Posted on May 28, 2019 by admin
    Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali) “Syeikh, bukankah zikir membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?” “Benar,” Jawab Imam al-Ghazali. “Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir semakin dekat dengan syaitan atau kesyaitanan ?”

    Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab :. “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?” “Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir”, jawab murid.

    Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya.
    Penyakit-penyakit hati itu ialah :

    Kesombongan
    Iri Hati
    Dengki
    Syirik
    Bersikap/berkata kasar
    Riya
    Merasa soleh
    Merasa Suci
    Ghibah
    Marah dan berbagai penyakit hati lainnya.
    Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.

    Semoga kita semua di jauhkan dari pnyakit-penyakit tersebut.

    Aamiin..
    Wallahu a’lam

    img_2762

    Korg Tau Tak?

    Afiqwahab USE share dlm All Staff USE 10/5/2019

    Korg tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?
    Nama dia Yusha’ dia juga adalah anak murid Nabi Musa.

    Korg tau x matahari pernah berhenti?
    Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha’ as Ketika menjelang mghrib.

    Korg tau x sape Qorun?
    Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan
    Dia jgk sepupu Nabi Musa

    Korg tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling?
    Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.

    Korg tau x Qorun?
    Dia mati bersama askar dan harta2 nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
    Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.

    Korg tau x sape Firaun?
    Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
    Suami wanita teragung dunia Asiah.

    Korg tau x asal nama Nabi Musa?
    Nama Nabi Musa di ambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa)
    Ketika di hnyut kan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlam istana firaun.

    Korg tau x Nabi Musa duk langit ke berapa?
    Nabi Musa as dduk di langit yg ke 6

    Korg tau x Firaun?
    Firaun pernah membina menara yang amat tinggi.
    Semata2 utk tgk tuhan Nabi Musa.
    Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
    Surah An-nazi’at ayat 24.

    Korg tau x Firaun ni?
    Di xpernah sakit xpernah bersin x pernah menguap.
    Senang cite yg melemahkan ni smua dia xpenah rse.

    Korg tau x firaun pernah bertaubat?
    Ketika di hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
    Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.

    Korg tau x piramid di mesir?
    Piramid tu kubur org2 kanan firaun.
    Tu kubur. Agak2 rumah besar mne?
    Allah tngal kan sikit2 utk kita amik pngajaran.

    Korg tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan.
    Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan
    Lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.

    Korg tau x knapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?
    Surah al-a’rf ayat 12
    Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.

    Korg tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?
    Al hijr ayat 36
    Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
    Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ je. (hari kiamat)

    Korg tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat?
    Allah swt terus memperkenankan doa

     

    SOMBONG…

    Group Wasap Geng Helipad Mina kongsi ceramah istilah SOMBONG…

    jangan sombong

    Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.

    Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.

    Kita diberi rezeki mampu khatam quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.

    Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.

    Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.😓

    Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.

    Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu SOMBONG.

    Thanks Tn Hj Mohamad Kamaludin Bin Taib

    img_7800

    Sejarah Bersokan Zaman Persekolahan 1978 -1990

    Untuk rujukan anak cucu dan sedara mara – Jangan cakap atok tak share..!!

    • 1990 6 atas Mawar – Ketua Darjah, wakil sdpb 4×100 m – no2 MSSD
    • 1989 6 bawah sdpb – pelajar pra-u, Bendahari rumah merah (panglima), Pemain Hoki sdpb – Juara Sekolah Sekolah Johor – no3
    • 1988 5sc4 – Ketua Pasukan Bolasepak SDPB ke MSSD & MSSJ (b18) – Johan MSSD
    • 1987 4sc4 – Pemain Bolasepak SDPB (b18) – N.Johan MSSD, watan 35 – Johan B23 Pontian
    • 1986 3c – Pemain Bolasepak SDAHA (b15) N.Johan MSSD
    • 1985 2c – murid biasa takde ape
    • 1984 1d – form one ikut aje
    • 1983 Darjah 6 – Ketua Darjah SKSB – Pemain Bolasepak Johan Zon Selatan, Timor N Johan MSSD b12.
    • 1982 Darjah 5 – Pemain Bolasepak  Johan Zon Selatan Timor
    • 1981 Darjah 4 – Pemain Simpanan Pasukan SKSB

    KEBUMIKAN JENAZAH DI MANA DIA MENINGGAL DUNIA DENGAN BERSEGERA

    Kiriman adeb bajuri – sksb

    Assalamualaikum…baca dan cuba fahamkan….mungkin ramai yg tak tahu termasuk saya …

    Mengapa alim ulamak berwasiat dikebumikan di tempat mereka menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.


    Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :

    ” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.

    Baginda kemudiannya bersabda :

    ” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.

    Mereka ( para sahabat ) bertanya :

    ” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.

    Baginda bersabda :

    “Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.

    [ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

    Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.

    Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

    Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

    Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.

    Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

    Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.

    Share Sebanyak Mungkin Info ini, Tidak menjadi Satu kerugian Untuk anda Share Hal ini..Ilmu Perlu di kongsi .Jangan setakat Like Sahaja..1 Like & 1 Share Adalah Perkongsian Ilmu…

    Lepas sembang sembang dengan Ustaz Husin malam ramadan ke14, 1440H di kedai mamak, saya kongsikan catitan ini

    100 instructions by Allah in the Quraan for mankind

    100  Direct instructions by Allah in the Quran for mankind

    Allah (Subhana Wa Ta`ala) has directly given us 100 instructions through Al Quran :

    1. Do not be rude in speech (3:159)
    2. Restrain Anger (3:134)
    3. Be good to others (4:36)
    4. Do not be arrogant (7:13)
    5. Forgive others for their mistakes (7:199)
    6. Speak to people mildly (20:44)
    7. Lower your voice (31:19)
    8. Do not ridicule others (49:11)
    9. Be dutiful to parents(17:23)
    10. & Do not say a word of disrespect to parents (17:23)
    11. Do not enter parents’ private room without asking permission (24:58)
    12. Write down the debt (2:282)
    13. Do not follow anyone blindly (2:170)
    14. Grant more time to repay if the debtor is in hard time (2:280)
    15. Don’t consume interest (2:275)
    16. Do not engage in bribery (2:188)
    17. Do not break the promise (2:177)
    18. Keep the trust (2:283)
    19. Do not mix the truth with falsehood (2:42)
    20. Judge with justice between people (4:58)
    21. Stand out firmly for justice (4:135)
    22. Wealth of the dead should be distributed among his family members (4:7)
    23. /.. 22 – & Women also have the right for inheritance (4:7)
    24. Do not devour the property of orphans (4:10)
    25. Protect orphans (2:220)
    26. Do not consume one another’s wealth unjustly (4:29)
    27. Try for settlement between people (49:9)
    28. Avoid suspicion (49:12)
    29. /.. 18 – & Do not spy and backbite (2:283)
    30. /.. 28 – & Do not spy or backbite (49:12)
    31. Spend wealth in charity (57:7)
    32. Encourage feeding poor (107:3)
    33. Help those in need by finding them (2:273)
    34. Do not spend money extravagantly (17:29)
    35. Do not invalidate charity with reminders (2:264)
    36. Honor guests (51:26)
    37. Order righteousness to people only after practicing it yourself(2:44)
    38. Do not commit abuse on the earth (2:60)
    39. Do not prevent people from mosques (2:114)
    40. Fight only with those who fight you (2:190)
    41. Keep the etiquette’s of war (2:191)
    42. Do not turn back in battle (8:15)
    43. No compulsion in religion (2:256)
    44. Believe in all prophets (2:285)
    45. Do not have sexual intercourse during menstrual period (2:222)
    46. Breast feed your children for two complete years (2:233)
    47. Do not even approach unlawful sexual intercourse (17:32)
    48. Choose rulers by their merit (2:247)
    49. Do not burden a person beyond his scope (2:286)
    50. Do not become divided (3:103)
    51. Think deeply about the wonders and creation of this universe (3:191)
    52. Men and Women have equal rewards for their deeds (3:195)
    53. Do not marry those in your blood relation (4:23)
    54. Family should be led by men (4:34)
    55. Do not be miserly (4:37)
      56.Do not keep envy (4:54)
    56. Do not kill each other (4:92)
    57. Do not be an advocate for deceit (4:105)
    58. Do not cooperate in sin and aggression (5:2)
    59. Cooperate in righteousness (5:2)
    60. ’Having majority’ is not a criterion of truth (6:116)
    61. Be just (5:8)
    62. Punish for crimes in an exemplary way (5:38)
    63. Strive against sinful and unlawful acts (5:63)
    64. Dead animals, blood, the flesh of swine are prohibited (5:3)
    65. Avoid intoxicants and alcohol (5:90)
    66. Do not gamble (5:90)
    67. Do not insult others’ deities (6:108)
    68. Don’t reduce weight or measure to cheat people (6:152)
    69. Eat and Drink, But Be Not Excessive (7:31)
    70. & Wear good cloths during prayer times (7:31)
    71. protect and help those who seek protection (9:6)
    72. Keep Purity (9:108)
    73. Never give up hope of Allah’s Mercy (12:87)
    74. Allah will forgive those who have done wrong out of ignorance (16:119)
    75. Invitation to God should be with wisdom and good instruction (16:125)
    76. No one will bear others’ sins (17:15)
    77. Do not kill your children for fear of poverty (17:31)
    78. Do not pursue that of which you have no knowledge (17:36)
    79. Keep aloof from what is vain (23:3)
    80. Do not enter others’ houses without seeking permission (24:27)
    81. Allah will provide security for those who believe only in Allah (24:55)
    82. Walk on earth in humility (25:63)
    83. Do not neglect your portion of this world (28:77)
    84. Invoke not any other god along with Allah (28:88)
    85. Do not engage in homosexuality (29:29)
    86. Enjoin right, forbid wrong (31:17)
    87. Do not walk in insolence through the earth (31:18)
    88. Women should not display their finery (33:33)
    89. Allah forgives all sins (39:53)
    90. Do not despair of the mercy of Allah (39:53)
    91. Repel evil by good (41:34)
    92. Decide on affairs by consultation (42:38)
    93. Most noble of you is the most righteous (49:13)
    94. No Monasticism in religion (57:27)
    95. Those who have knowledge will be given a higher degree by Allah (58:11)
    96. Treat non-Muslims in a kind and fair manner (60:8)
    97. Save yourself from covetousness (64:16)
    98. Seek forgiveness of Allah. He is Forgiving and Merciful (73:20)
    99. Do not repel one who asks (93:10)

    And Allah Knows Best.

     

    100 ayat

    1. Jangan biadap dalam ucapan (3: 159)
    2. Menahan Kemarahan (3: 134)
    3. Baiklah kepada orang lain (4:36)
    4. Jangan sombong (7:13)
    5. Ampunilah orang lain atas kesilapan mereka (7: 199)
    6. Bercakap dengan sopan santun (20:44)
    7. Kurangkan suara anda (31:19)
    8. Jangan menghina orang lain (49:11)
    9. Berhati-hatilah kepada ibu bapa (17:23)
    10. /..9 – dan Jangan gunakan kata-kata tidak menghormati ibu bapa (17:23)
    11. Jangan masuk bilik peribadi ibu bapa tanpa meminta izin (24:58)
    12. Tulis hutang (2: 282)
    13. Jangan ikut sesiapa secara membuta tuli (2: 170)
    14. Berikan lebih banyak masa untuk membayar balik jika penghutang dalam masa yang sukar (2: 280)
    15. Jangan gunakan dan makan bunga (2: 275)
    16. Jangan terlibat dalam rasuah (2: 188)
    17. Jangan mungkir janji (2: 177)
    18. Pastikan kepercayaan (2: 283)
    19. Jangan campurkan kebenaran dengan kepalsuan (2:42)
    20. Hakim dengan adil antara manusia (4:58)
    21. Berpegang teguh untuk adil (4: 135)
    22. Kekayaan orang mati harus diagihkan di kalangan anggota keluarganya (4: 7)
    23. /.. 22 – dan Wanita juga mempunyai hak untuk warisan (4: 7)
    24. Jangan memakan harta anak yatim (4:10)
    25. Melindungi anak-anak yatim (2: 220)
    26. Jangan gunakan kekayaan orang lain dengan tidak adil (4:29)
    27. Cari penyelesaian antara orang (49: 9)
    28. Elakkan kecurigaan (49:12)
    29. /.. 18 – dan Jangan mata-mematai dan backbite (2: 283)
    30. /.. 28 – dan Jangan mengintip atau membelakangkan (49:12)
    31. Belanja kekayaan dalam kebajikan (57: 7)
    32. Galakkan beri makan kepada yang miskin (107: 3)
    33. Bantu mereka yang memerlukan dengan mencari mereka (2: 273)
    34. Jangan membelanjakan wang secara berlebihan (17:29)
    35. Jangan membatalkan amal dengan menunjuk-nunjuk (2: 264)
    36. Tetamu kehormat (51:26)
    37. Sendiri kena buat dulu sebelum nak suruh orang lain (2:44)
    38. Jangan melakukan kerosakan di bumi (2:60)
    39. Jangan menghalang orang dari masjid (2: 114)
    40. Berjuang dengan orang-orang yang memerangi kamu (2: 190)
    41. Pastikan etika peperangan (2: 191)
    42. Jangan berpaling dalam peperangan (8:15)
    43. Tiada paksaan dalam agama (2: 256)
    44. Percayalah kepada semua nabi (2: 285)
    45. Jangan bersetubuh semasa haid (2: 222)
    46. Penyusuan kepada anak-anak anda selama dua tahun yang lengkap (2: 233)
    47. Janganlah mendekati hubungan seks yang melanggar undang-undang (17:32)
    48. Pilih penguasa dengan merit mereka (2: 247)
    49. Jangan membebankan orang di luar skopnya (2: 286)
    50. Jangan berpecah (3: 103)
    51. Berfikir mendalam tentang keajaiban & penciptaan alam semesta ini (3: 191)
    52. Lelaki & Wanita mempunyai ganjaran yang sama untuk perbuatan mereka (3: 195)
    53. Jangan berkahwin dengan orang-orang dalam hubungan darah anda (4:23)
    54. Keluarga harus diketuai oleh lelaki (4:34)
    55. Jangan menjadi kacau-bilau (4:37)
    56. Jangan sungkan iri hati (4:54)
    57. Jangan bunuh satu sama lain (4:92)
    58. Jangan menjadi peguam bela untuk menipu (4: 105)
    59. Jangan bekerjasama dalam dosa dan pencerobohan (5: 2)
    60. Bekerjasama dalam kebenaran (5: 2)
    61. ‘Mempunyai majoriti’ bukan kriteria kebenaran (6: 116)
    62. Jadilah adil (5: 8)
    63. Menghukum jenayah secara teladan (5:38)
    64. Berjuang dengan perbuatan berdosa dan menyalahi undang-undang (5:63)
    65. Haiwan yang mati, darah, daging babi dilarang (5: 3)
    66. dilarang minuman keras dan alkohol (5:90)
    67.  dan Jangan berjudi (5:90)
    68. Jangan menghina dewa-dewa lain (6: 108)
    69. Jangan mengurangkan timbangan atau untuk menipu (6: 152)
    70. Makan dan Minum, Tetapi Tidak Berlebihan (7:31)
    71. dan Pakai pakaian yang baik semasa sembahyang, masa doa (7:31)
    72. melindungi dan membantu mereka yang mencari perlindungan (9: 6)
    73. Teruskan Kesucian (9: 108)
    74. Jangan sekali-kali melepaskan harapan dari rahmat Allah (12:87)
    75. Allah akan mengampuni mereka yang telah melakukan kejahatan (16: 119)
    76. Jemputan kepada Tuhan mestilah dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik (16: 125)
    77. Tidak ada yang akan menanggung dosa orang lain (17:15)
    78. Jangan bunuh anak-anak anda kerana takut kemiskinan (17:31)
    79. Jangan mengejar perkara yang tidak kamu ketahui (17:36)
    80. Jauhkanlah dari apa yang sia-sia (23: 3)
    81. Jangan masukkan rumah orang lain tanpa  kebenaran (24:27)
    82. Allah akan memberi keamanan kepada orang-orang yang beriman hanya kepada Allah (24:55)
    83. Berjalan di bumi dengan rendah hati (25:63)
    84. Janganlah mengabaikan bahagian dunia ini (28:77)
    85. Janganlah kamu memohon tuhan lain bersama Allah (28:88)
    86. Jangan terlibat dalam homoseksual (29:29)
    87. Mengikuti dengan betul, melarang salah (31:17)
    88. Jangan berjalan dengan sombong melalui bumi (31:18)
    89. Wanita tidak boleh memaparkan pakaian indah mereka (33:33)
    90. Allah mengampuni segala dosa (39:53)
    91. Jangan putus asa rahmat Allah (39:53)
    92. Mengalahkan kejahatan dengan baik (41:34)
    93. Memutuskan urusan dengan perundingan (42:38)
    94. Kebahagiaan kamu yang paling mulia (49:13)
    95. Tidak ada Monastik dalam agama (57:27)
    96. Mereka yang mempunyai pengetahuan akan diberi gelaran yang lebih tinggi oleh Allah (58:11)
    97. Rawat orang bukan Islam dengan cara yang baik dan adil (60: 8)
    98. Selamatkan diri dari kejahatan (64:16)
    99. Dapatkan pengampunan Allah. Dia Maha Pengampun dan Pengasih (73:20)
    100. Jangan menolak sesiapa yang meminta (93:10)