Salam semua,
Amat terkejut dan amat sedih & sayu bersama pemergiannya dibulan syawal yang mulia ini. Terlalu banyak memori yang dikongsikan bersama arwah. Mula mengenalinya apabila saya menjadi warga UTM Jalan Semarak KL pada awal Ogos 1982. Ketika ini arwah bertugas sebagai Pegawai Tadbir diPejabat Bendahari. Kenal tapi tidak mesra sehingga pada awal tahun 1988 kami mula mesra apabila bertugas di unit yang sama di Pejabat Pendaftar iaitu Unit C (Tadbiran Am). Duduk berkongsi bilik yang sama di bangunan pentadbiran.Arwah juga ditugaskan sebagai pegawai khas Naib Canselor ketika itu Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid menggantikan En Azham yang berpindah ke Skudai. Arwah seorang yang kuat bergurau dan suka mengusik. Kebetulan salah seorang abang saya namanya sama dengan nama arwah Tajuddin, jadi setiap kali apabila saya menelefon abang saya beliau akan menyahut dului. Begitu sifat beliau yang sangat suka bergurau. Salah satu habit arwah tak suka duduk dibilik bila buat kerja. Suka duduk diluar bersama staf lain.
Pada penghujung 1988 kami berdua berpindah ke Skudai dan Januari 1989 maseh bertugas dalam unit yang sama Unit Tadbiran Am. Sama-sama membangunkan Unit Tadbiran Am. Kami tinggal di taman perumahan yang sama iaitu BBU. Pada awal perpindahan saya menyewa rumah sangat hampir dengan rumah yang arwah beli (rumah sekarang) Jln Padi Mahsuri 5/2 jadi hubungan kami terus rapat sebagai jiran dan rakan sekerja. Tambahan pula isteri kami berdua guru dan anak ketiga kami rakan sekelas di SKBBU sehingga ke Sekolah Men. Tasik Utara JB.Menjadikan hubungan kami sekeluarga amat ikrab bagaikan adik beradik.
Pada pertengahan 1991 saya berpindah ke FSains dan tak lama kemudian arwah pula berpindah ke Unit Latihan Pejabat Pendaftar. Pada tahun ini juga saya sekeluarga berpindah ke rumah sendiri di BBU juga, yang agak jauh sedikit dari rumah arwah. Hubungan mesra kami kendur seketika jarang berhubung berkaitan dengan kerja. Walaubagaimana pun sering bertemu di kedai, pasar & masjid di BBU. Dan setiap kali shawal kami saling kunjung mengunjungi rumah masing-masing.Ketentuan Allah pada tahun 1996 apabila arwah dinaikkan pangkat ke N2 Penolong Pendaftar Kanan di FSains arwah menggantikan tempat saya yang diarah berpindah ke BPA Pej. Pendaftar. Hubungan rapat kami kembali terjalin kerana arwah menjadikan saya sumber rujukan dalam urusan akademik FSains. Apabila arwah berpindah ke FKE dan lagi sekali arwah menjadikan saya sumber rujukan begitulah juga semasa arwah bertugas di FKM. Seterusnya hubungan kerja kembali kendur jarang berhubung apabila arwah diarahkan bertugas di SPACE. Dan apabila arwah bertugas di Akademi Bahasa lagi sekali kami saling berhubungan.
Begitulah serba sedikit memori yang dapat dikongsikan. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat .Ammen ya rabbal alamin.
P/s. Pada rakan-rakan yang berkelapangan majlis tahlil dirumah arwah akan diadakan pada malam ini & esok malam selepas maghrib.
Wassalam.
ZAINUL RASHID ABU BAKAR
Deputy Registrar,
School of Graduate Studies,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 UTM Skudai,
Johor.
Tel: 607-5537780
Fax: 607-5537800
e-mail: zainulra@utm.my/zainulra@gmail.com
Website: http://www.sps.utm.my
—– Original Message —–
From: Mohd Fazilah bin Abdullah
To:
Cc:
Date: Wednesday, August 14 2013 9:46 PM
Subject: Perjalanan Terakhir Seorang Insan, Sahabat & Rakan Sekerja Bernama MOHAMED TAJUDDIN OSMAN (Allahyarham)
Alhamdulillah…urusan persemadian allahyarham di Perkuburan Bukit Alif telah diselesaikan menjelang Maghrib sebentar tadi. Ketika bersalaman dengan ketiga-tiga waris allahyarham sebelum meninggalkan tanah perkuburan, mereka telah menyampaikan ucapan terima kasih kepada saya yang rasanya turut ditujukan kepada semua rakan allahyarham yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Terima kasih juga daripada seluruh kepimpinan PERTISAS atas sedikit masa yang telah diluangkan dengan menziarahi keluarga allahyarham. Mungkin selepas ini akan terasa sedikit kelainan kerana tiada lagi ‘usikan manja’ daripada allahyarham melalui email group ini. Iringan doa moga allahyarham ditempatkan bersama para syuhada. Ameen ya rabbal alamin.
inovatif .entrepreneurial .global
MOHD. FAZILAH BIN ABDULLAH
Timbalan Pendaftar / Deputy Registrar
Fakulti Alam Bina / Faculty of Built Environment
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Johor Bahru,
Johor, Malaysia
Extn. : 57401 D/L : 07-5557401
Fax : 07-5557411 (Academic Office)
H/P : 019-7405204 (6217)
Posted from WordPress for Android
allah lebih sayangkan hambanya…ajal dan maut siapa yang tahu,kita pun akan menyusul ke kampung abadi..lukisanportret.wordpress.com
LikeLike
begitulah kehidupan,saya rasa abang memang seorang yang berhati mulia dan menghargai persahabatan…terima kasih kerana mengajar satu kebaikan kepada saya
LikeLike
allahyarham adalah bos pertama saya mulai dis 95 hingga oktober 97 sebelum saya berpindah tempat baru.
LikeLike
Assalamualaikum.Saya Shaharudin Mydin dari Batu Gajah Perak. Saya ingin mendapat kepastian mengenai Allahyarham Mohd. Tajuddin. Saya ada seorang kawan sekolah semasa berada di Ting 6 di Horley Methodist Teluk Intan Perak tahun 1972-1973. Malangnya saya telah terputus hubungan dengannya apabila saya bersara pada tahun 2011. Namanya sama dan dia juga bertugas di UTM. Isterinya seorang guru yang berasal dari Terengganu. Sejak dua tiga hari ini saya selalu terkenangkan kawan saya itu. Mohon saudara beri gambaran yang lebih jelas
LikeLike
ye mungkin orang yang sama. arwah berasal dari Perak dan isterinya Guru. mudah mudahan rohnya sentiasa dicucuri rahmat
LikeLike