Posted on May 28, 2019 by admin
Seorang murid bertanya kepada gurunya (Imam Al Ghazali) “Syeikh, bukankah zikir membuat seseorang beriman lebih dekat dengan Allah Ta’ala dan syaitan akan berlari menjauh darinya?” “Benar,” Jawab Imam al-Ghazali. “Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir semakin dekat dengan syaitan atau kesyaitanan ?”
Gurunya yang diberi gelaran Hujjatul Islam inipun menjawab :. “Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing namun dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing disekitarnya?” “Tentu, anjing itu akan kembali datang setelah diusir”, jawab murid.
Imam al-Ghazali menjelaskan, “Demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tapi masih menyimpan berbagai penyakit hati dalam dirinya. Syaitan akan terus datang dan mendekati bahkan bersahabat dengannya.
Penyakit-penyakit hati itu ialah :
Kesombongan
Iri Hati
Dengki Syirik
Bersikap/berkata kasar Riya
Merasa soleh Merasa Suci
Ghibah
Marah dan berbagai penyakit hati lainnya.
Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka syaitan terlaknat akan senantiasa datang, mengakrabkan diri. Kemudian menjadi sahabat karibnya.
Semoga kita semua di jauhkan dari pnyakit-penyakit tersebut.
Group Wasap Geng Helipad Mina kongsi ceramah istilah SOMBONG…
Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.😓
Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu SOMBONG.
Assalamualaikum…baca dan cuba fahamkan….mungkin ramai yg tak tahu termasuk saya …
Mengapa alim ulamak berwasiat dikebumikan di tempat mereka menghembuskan nafas terakhir? Inilah jawapannya. Akhirnya kita bertemu perbezaan yg ketara antara org yg berilmu dan yg jahil.
Imam Ahmad , an-Nasa’i dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr Radhiyallahu ‘Anhuma telah berkata :
” Seorang lelaki kelahiran kota madinah meninggal dunia di Madinah. maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyembahyangkan jenazahnya.
Baginda kemudiannya bersabda :
” Alangkah baiknya andai kata beliau meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya”.
Mereka ( para sahabat ) bertanya :
” Kenapa begitu ya Rasulullah? “.
Baginda bersabda :
“Sesungguhnya apabila seorang lelaki meninggal dunia bukan pada tempat kelahirannya, akan dihitungkan ( ganjaran pahala seluas ) jarak antara tempat kelahirannya hingga ke tempatnya di syurga.
[ HR. Ahmad, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan lama di rumah mayat.
Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.
Pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.
Bila nak bawa balik ke kampung, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, contoh, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang.
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh. Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.
Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar… Wallahua’lam bissawwab.
Share Sebanyak Mungkin Info ini, Tidak menjadi Satu kerugian Untuk anda Share Hal ini..Ilmu Perlu di kongsi .Jangan setakat Like Sahaja..1 Like & 1 Share Adalah Perkongsian Ilmu…
Lepas sembang sembang dengan Ustaz Husin malam ramadan ke14, 1440H di kedai mamak, saya kongsikan catitan ini
Kiriman Hj Arifin Group Tn Hj 1438H maktab85
Hj Abd Hamid:
Hj Abd Hamid:
TAHUKAH ANDA BAHAWA ADA 70 JENIS DOSA-DOSA BESAR
CARA HILANGKAN DOSA BESAR ADALAH PERLU BERTAUBAT NASUHA
HINDARI 70 DOSA BESAR INI :
Ada 70 macam dosa besar yang disebut dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) oleh Adz-Dzahabi (الذهبي). Alasan dan dasar hukumnya dapat dilihat sendiri dalam kitab Al-Kabair (الكبائر) karya Adz-Dhahabi.
Syirik atau Menyekutukan Allah SWT
Membunuh manusia
Melakukan sihir
Meninggalkan solat
Tidak mengeluarkan zakat
Tidak berpuasa tanpa alasan yang kuat pada bulan Ramadhan
Tidak mengerjakan Haji walaupun berkemampuan
Derhaka kepada Ibu Bapa
Memutuskan silaturahim
Berzina
Melakukan liwat atau homoseksual
Memakan riba
Memakan harta anak yatim
Mendustakan Allah SWT dan rasul-Nya
Lari dari medan perang
Pemimpin yang menipu dan kejam
Sombong
Saksi palsu
Meminum minuman beralkohol
Berjudi
Menuduh orang baik melakukan zina
Menipu harta rampasan perang
Mencuri
Merompak
Sumpah palsu
Berlaku zalim
Pemungut cukai yang zalim
Makan dari harta yang haram
Bunuh diri
Berbohong
Hakim yang tidak adil
Memberi dan menerima rasuah
Wanita yang menyerupai lelaki dan juga sebaliknya
Membiarkan isteri, anak atau ahli keluarganya yang lain berbuat keji dan memudahkan anggota keluarganya tersebut untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.
Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut kemudiannya boleh kembali berkahwin dengan suaminya terdahulu (perbuatan cina buta).
Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran.
Riak atau suka membangga diri.
Ulama yang mempunyai ilmu tetapi tidak mahu mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain.
Khianat
Mengungkit-ungkit pemberian
Mangingkari takdir Allah SWT
Mencari-cari kesalahan orang lain
Menyebarkan fitnah
Mengutuk dan mendoakan keburukan untuk umat Islam
Mengingkari janji
Percaya kepada sihir dan nujum
Derhaka kepada suami
Membuat patung
Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
Menggangu orang lain
Berbuat zalim terhadap yang lemah
Menggangu jiran tetangga
Menyakiti dan memaki orang Islam
Derhaka kepada hamba Allah SWT dan menggangap dirinya baik
Melabuhkan pakaian bagi lelaki
Lelaki yang memakai sutera dan emas
Seorang hamba (budak) yang lari dari Tuannya
Sembelihan untuk selain dari Allah SWT
Seorang yang mengaku bahawa orang lain sebagai ayahnya.
Berdebat dan bermusuhan
Enggan menyedia dan memberikan kemudahan air
Mengurangi timbangan
Merasa selamat daripada kemurkaan Allah SWT
Putus asa dari rahmat Allah SWT
Meninggalkan solat berjemaah tanpa alasan yang kuat
Maksudnya: “Taubat Nasuha ialah sesal dengan hati, istighfar dengan lidah, buang perlakuan maksiat dengan tubuh badan dan berazam tidak kembali semula.”
Artinya: Nabi Saw berkata, “Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram (tersentuh api) neraka? Para sahabat berkata, “Iya, wahai Rasulallah!” (Sahih Ibn Hibban)
Beliau menjawab, “(Haram tersentuh api neraka) orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, Sahl”
Penjelasan:
Hayyin (rendah hati/tawaduk) – (lawan sombong bongkak berlagak -)
Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan dzahir maupun batin. Tidak labil gampang marah, grusah-grusuh dalam segala hal, penuh pertimbangan. Tidak gampangan memaki, melaknat dan ngamuk tersulut berita yang sampai padanya.
Layyin (lemah lembut ketegasan) – (lawan Bengis kasar maki hamun -)
Orang yang lembut dan kalem, baik dalam bertutur-kata atau berbuat. Tidak kasar, main cantik sesuai aturan, tidak semaunya sendiri, segalanya tertata rapi. Tidak galak yang suka memarahi orang yang berbeda dan tidak mentolerirnya sedikitpun. Identik tidak suka melakukan pemaksaan pendapat.
Qorib (mesra peramah akrab senyum tatasulila) – (lawan kerek -)
Supel, akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan orang yang diajak bicara. Tidak acuh tak acuh, cuek-bebek, gampang berpaling. Biasanya murah senyum jika bertemu dan wajahnya berseri-seri dan enak dipandang.
Sahl (membantu berkorban memudahkan orang lain) – (lawan berkira kira -)
Orang yang baik hati memudahkan urusan, tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada solusi bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan membuat orang lain lari dan menghindar
Keempat kata memiliki makna yang mirip, sama dan saling melengkapi dalam bingkai Akhlaqul karimah.
KITA tak TAHU TAPI KITA tak PEDULI Untuk diri ini sendiri
**Hamba Hina…bahawa ucapan “Subhaanallaahi wa bihamdihi” sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.
**Hamba Hina…,bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.
**Hamba Hina…,bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.
**Hamba Hina….,bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.
**Hamba Hina….,bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.
**Hamba Hina…,bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.
**Hamba Hina…,bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur’an dalam jadual harian kita.
**Hamba Hina…,bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.
**Hamba Hina…,bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.
**Hamba Hina….,bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.
***Hamba Hina…., sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya._
🎯Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.
🎯Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!
🎯Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.
🎯Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.
🎯Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.
🎯Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!
🎯Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.
🎯Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?
🎯Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.
🎯Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.
🎯🎯🎯Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah…Aamiin.
😊Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea…Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..😂
Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa”
Kerana rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”…
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.
Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima…