Jus Aloe vera (sendiri bikin) – cara bancuh & minum

  1. Bismillah, Petik Aloe vera daripada pokok
  2. Cuci sampai bersih
  3. Korek isi dia yang berlendir
  4. Masuk dalam cawan
  5. Tambah air sejuk(sedap)
  6. Boleh capur oren, limau, madu, sirap, biji selasih atau kosong aje pon ok
  7. Godeh sampai rasa sebati
  8. Bismillah minum
  9. Sedap Alhamdulillah

Tanam banyak banyak dalam pasu pon boleh. Selamat mencuba

Boleh ka kita makan – Sahabat jenis ni.

Anita sksb share

Ada sahabat… dia macam garam. Nampak kecik. Harga pun murah je macam takde nilai sangat. Tapi, bila garam takde, masak apa pun jadi huru hara. (tak sedap, tawar) Sahabat macam ni wajib ada dalam kitaran harian.

Ada sahabat… dia macam gula. Sedap bila ada. Tapi kalau terlebih, boleh pening kepala. Kencing manis naik. Tapi… tetap tak boleh, kalau tak ada. Nanti ketar badan pulakk. Biasanya sahabat kita yang nakal-nakal suka buat orang kancing gigi.😁😁😁

Ada sahabat… dia macam beras. Wajib ada, kalau takde, tak puas makan. Macam tak kenyang. Mesti kena ada jugak dalam sehari tu walau sikit. Biasanya dialah penasihat kita, peguam, cikgu, doktor, tukang masak, tukang sapu.

Ada sahabat… dia macam desert. Tak perlu selalu ada, tapi selalu kita akan teringin-ingin. Tercraving-craving… terleleh-leleh air liur gitu. Muncul sesekali tapi impact bermakna.

Ada sahabat… dia macam sayur. Kita tak berapa suka nak makan. Tapi kita tau, sayur tu elokkkkkk sangat untuk kesihatan kita yang ni biasanya yang Ustaz atau Ustazah ☺

Walau kategori mana pun anda berada semuanya saling melengkapi hidup ini. Semuanya penting

Terima kasih atas jalinan persahabatan kita dan semoga kita ikhlas bersahabat kerana Allah 😍😎😎😀

semoga tahun 2019 ukhwah semakin erat….mohon maaf atas segala salah silap sepanjang bergelar sahabat…

#salam dgn kesayangan

hingga jannah

aamiin

MAKAN MAKAN

40 Cerita MAKAN … Jo – all staf share

  1. Paling sedap – Makan free …
  2. Paling mahal – Makan angin …
  3. Paling pahit – Makan hati …
  4. Paling lama nak pencen – Makan gaji …
  5. Paling susah – Makan pasir …
  6. Paling celupar – Makan penampar …
  7. Paling terkesan – Makan dalam …
  8. Paling sikit – Makan tepi …
  9. Paling best – Makan tidur makan tidur …
  10. Paling bahaya – Brake tak makan …
  11. Paling berdosa -Makan rasuah …
  12. Paling teruk – Makan tuan …
  13. Paling cantik – Pandai makan … pandai simpan …
  14. Paling malas – Dah makan tak pandai basuh …
  15. Paling cela – Makan yang haram …
  16. Paling lama – Makan garam …
  17. Paling takut – Makan diri …
  18. Paling bosan – Makan tahun …
  19. Paling tidak terasa – Makan usia …
  20. Paling degil – Tak makan saman …
  21. Paling boring – Makan masa …
  22. Paling hina – Makan kawan …
  23. Paling bahaya – Makan jalan …
  24. Paling baik – Kena bagi makan …
  25. Paling comel – Tak makan tua …
  26. Paling benggang – Dah pancing, tak makan² …
  27. Paling kecewa – Harapkan pagar, pagar makan padi …
  28. Paling derita – Pantang makan …
  29. Paling risau – Budak² tak mahu makan …
  30. Paling sibuk – Cari makan …
  31. Paling sopan – Makan beradab …
  32. Paling kerap – Salah makan …
  33. Paling tak jujur – Makan hak orang …
  34. Paling engkar – Curi² makan …
  35. Paling seronok – Makan kenduri …
  36. Paling diingat – Jaga makan …
  37. Paling tak sihat – Makan tak pantang …
  38. Paling sihat – Makan sblum lapar …
  39. Paling mulia – Makan nasihat …
  40. Paling akhir – Makan kena orang lain tolong suapkan …

😆😅😂😎

Tips keselamatan di dapor

Samad sdpb 8788 kongsi… cadangan

Maaf … hanya untuk berkongsi dengan semua kawan-kawan saya .. Sila baca dengan betul:  Simpan sebeg tepung dalam semua dapur dan biarkan semua orang tahu di mana ia disimpan. TOLONG JANGAN DELETE.. BACA HINGGA HABIS pengalaman seorang wanita telah terbakar … 🔥 satu ketika dahulu:

Sedang saya memasak jagung dan garfu saya tersekat di dalam air mendidih ketika untuk melihat jika jagung sudah boleh diangkat. Tiba tiba tangan saya terlepas dan termasuk ke dalam air yang sedang mendidih …. !! Seorang rakan saya, yang merupakan seorang doktor haiwan Vietnam yg sedang berada didalam rumah itu terkejut kerana saya menjerit kesakitan. Rakan saya bertanya kepada saya jika saya mempunyai tepung gandum … Lalu tangan saya yg dlm kesakitan itu ditarik dan dimasukkan kedalam beg yg diisi tepung gandum lalu membenamkan tangan saya di dalam tepung itu.

Dia memberitahu saya supaya tangan saya dibenamkan dalam tepung selama 10 minit.

Beliau berkata, Di Vietnam, terdapat seorang lelaki disambar api dan dalam keadaan panik, mereka melemparkan beg tepung keseluruh tubuh beliau untuk memadamkan api tersebut. Akhirnya, ia bukan sahaja memadamkan api itu, tetapi dia tidak sama sekali melecuh !!!! … Dipendekan cerita, saya letakkan tangan saya di dalam beg tepung selama 10 minit, kemudian saya tarik keluar dan tangan saya langsung tidak juga ada tanda merah atau melecuh & benar-benar TIDAK SAKIT. Sekarang, saya simpan satu beg tepung di dalam peti sejuk dan setiap kali saya terbakar saya lakukan seperti itu sendiri. Tepung yang sejuk adalah lebih baik daripada tepung suhu bilik.

Saya menggunakan tepung gandum dan tidak pernah ada tanda tempat merah / terbakar, atau lecuh! Saya juga pernah melecuh lidah sekali, lalu saya letakkan tepung di atas lidah saya yg melecuh itu selama kira-kira 10 minit …. kesakitan terus hilang dan tidak ada tanda terbakar. Pelikkan!! Simpan beg tepung di dalam peti sejuk anda sebagai pencegah kelecuran sekiranya ahli keluarga ataupun diri kita sendiri terkena bahan bahan yg panas disebabkan api. 👌😊😊😊👍☺☺☺✌ Flour/tepung gamdum mempunyai daya penyerap haba dan juga daya antioxident yang kuat. Oleh itu ia membantu dalam kelecuran kerana terbakar dan meredakan kesakitan jika dilakukan dalam tempoh 15 minit.
“Apabila seseorang berkongsi sesuatu yang bernilai dengan anda dan anda mendapat manfaat daripadanya, anda mempunyai tanggungjawab moral untuk berkongsi dengan orang lain. Satu tip untuk semua ..

*****tel 999 bila kemalangan

Elakan pencemaran – cuba

Mat salleh sdpb 8788#Repost

Anak saya baru sahaja menjadi anak syurga lima hari lalu akibat penyakit Leaukimia. Nasihat saya pada anda semua, jagalah pemakanan keluarga.

1. Berhenti makan fast food seperti nugget, sosej, bebola ikan/daging, french fries, burger dan lain-lain. Nak selamat, buat sendiri tanpa sebarang bahan pengawet.
2. Jangan minum susu berkultur yang ada bakteria baik. Bakteria ini baja kanser. Apa jenis jenama termasuk yogurt yang berkultur.
3. Elak soya dan produk berkaitan
4. Elak maggi dan mee segera
5. Elak mee kuning
6. Elakkan bekas polisterina dan jangan guna botol mineral berulang kali
7. Jangan makan makanan yang disimpan dan dimasuk berulang-ulang
8. Elak makan makanan awet dalam tin seperti ikan sardin dan yang sewaktu dengannya
9. Kurangkan makan ayam, banyakkan ikan. Tak ada protein ikan dan ayam pun tak apa. Minimumkan, makan banyak sayur.
10. Elak minyak masak yang dikitar semula. Banyak gerai goreng pisang selalu buat begitu
11. Kurangkan gula dalam minuman dan masakan. Gantikan dengan madu asli atau stevia. Gula adalah baja dan talian hayat sel kanser
12. Elak anak bermain di padang yang baru diracun kerana racun mengandungi benzena, bahan karsinogen penyebab kanser
13. Gunakan bekas plastik BPA Free atau yang terbaik, kaca atau besi untuk menyimpan makanan atau air panas.
14. Pastikan sumber makanan yang halal dan thoiyyiban. Makanan sunnah seperti madu asli, kurma, susu kambing dan delima.
15. Jangan bertolak ansur dengan penyebab kanser
16. Bersihkan kulit buah dan buang kulitnya kerana bahan lilin atau wax yang berpotensi sebagai karsinogen
17. Masak makanan dengan sempurna. Elakkan makan makanan yang separuh masak, kurangkan makanan berpanggang kerana arang ada banyak karbon.

Ini perkongsian yang saya dapat semasa sebulan nmenjaga arwah bersama ibu bapa pesakit kanser. Saya berazam mahu membantu masyarakat mencegah kanser sekalipun anak saya telah meninggal dunia akibatnya.
Tak mengapalah, saya kehilangannya di dunia tetapi saya pasti akan menemuinya di akhirat. Saya kongsi dengan niat ikhlas kerana Allah. Saya tidak mahu apa yang berlaku pada saya turut berlaku pada anda.
– Sayed Izman | The Reporter

Pisang Goreng Sepingan?

Kiriman Roslani – SDPB

pisang goreng murah sedap tapi baca dulu sini

yang tak goreng kesahnya dibawah ini;

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Psssttt, terima kasih sudi baca. Jangan lupa share dgn kawan2. :mrgreen:

blog lain pun ada cerita ini

blog ini juga kesahkan cerita sama

 

Cuci buah pinggang

Kiriman pm dr osman – team HEMA

Tazkirah Ustaz Kazim

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA $1.00

Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan  garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah  mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja,  tapi tahukah anda dengan hanya $1.00, anda  mampu mencuci buah pinggang yang banyak  berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli  seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong  kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja ,sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda   akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi! selamat mencuba, SHARE n LIKE utk SAHABAT anda

Pencegah penyakit

Perkongsian oleh Tn Hj D – golfer UTM

😜😜😜😜
Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit :
الرمان – delima
الروب – yogurt
الثوم – bawang putih
البصل – bawang besar
الشاي الأخضر – teh hijau
الشوفان – oat
القرع – labu
البروكلي – brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
Tiga perkara membawa penyakit :
1) الكلام الكثير . -banyak bercakap
2) النوم الكثير . – banyak tidur
3) الأكل الكثير .- banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
Empat perkara merosakkan badan
1) الهم . – dukacita
2) الحزن . – sedih
3) الجوع . – kebulur
4) السهر . – tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
empat perkara menambah seri wajah
1) التقوى . – taqwa
2) الوفاء . – jujur
3) الكرم . – pemurah
4) المروءة . – jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
Empat perkara menarik rezeki
1) قيام الليل . – qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار. – byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة – biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر – berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
empat perkara menjauhkan rezeki :
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas
** Kalau anda kagum dengan kalimah kalimah ini , jangan kedekut untuk sebarkan kepada kawan kawan mu dan orang yang anda kasihi..
SHARING IS CARING

IMG_5383

foto kamsaini

Madu & Kayu Manis

kiriman Rosalin & Rosni – YPY

Madu dan Kayu Manis – siapa pernah terfikir?

herba tempatan

herba tempatan

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ”bertukar jadi gula”. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men”hablur” atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

madu

madu

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ”Ram Ban” (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

  1. Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

  2. Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) – 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.arthritis
  3. Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.
  4. Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.salur darah jantung
  5. Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).
  6. Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
  7. Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
  8. Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
  9. Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
  10. Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk – 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur – amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim – in sya allah, umur kita akan panjang)
  11. Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.sakit tekak
  12. Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.jerawat
  13. Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.
  14. Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
  15. Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
  16. Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) – akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
  17. Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
  18. Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam – madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.telinga

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan…wa iza marid tu fahuyashfin!!

kesihatan buah pinggang

Suggested Foods

You are suggested to take more fruits and vegetable and avoid the foods that high in creatinine. Not all fruits and vegetables are good choice, you are suggested to eat more of the following foods:

  • Cabbage, Cucumber, Omega3-rich foods, Raw onions, Turnip, Garlic, Radishes, Cauliflower, Lettuce, Carrots, Oat bran, Tofu, Soy milk, Sprouts

Avoided Foods

The foods that are rich in creatinine, include meat, rich protein foods,animal organs etc. You are suggested to eat less of the following foods:

  • Butter, Red meats, White bread, Sweets, Diary, White flour, Caffein-containing drinks – tea, coffee

  • Beer, Wine

Diet Plan Suggestions

  • You need to keep your protein levels in check in order to keep your kidneys healthy from the inside.

  • You may need to take calcium supplements to prevent bone disease, and vitamin D to control the balance of calcium and phosphorous in your body. Ask your doctor, nurse, or dietitian.

  • In the early stages of chronic kidney disease, you do not need to limit how much fluid you drink. As your kidney disease becomes worse or when you are on dialysis, you will need to watch how much liquid you drink. In between dialysis sessions, fluid can build up in the body. Too much fluid will lead to shortness of breath, an emergency that needs immediate medical attention.

  • Do not use salt when cooking and take the salt shaker away from the table. Most other herbs are safe, and you can use them to flavor your food instead of salt. You may interest in: How to Lower Salt Foods in Kidney Disease Diet

Diet plan plays an important role in control high creatinine levels. However, the diet plan for you should be different from other. Only the personalized diet management can help take the greatest effects.

Tag: High Creatinine Level

previous:What Does Creatinine Level 1.8 Mean
next:Natural Chinese Medicine for One Kidney and Creatinine Level 2.5

What Does Creatinine Level 1.8 Mean

Creatinine is the waste product of muscular metabolism and its normal range in is 0.6~1.2 mg/dl, although this can differ from lab to alb, between men and woman and by age. But creatinine level 1.8 obviously is higher than the standard levels.

What does creatinine level 1.8 mean?

As mentioned above, creatinine is a kind of waste products. When your kidneys can work well, the excessive creatinine will be filtered out of the body. Thereby, usually high creatinine level is an indicator of kidney damages. When your creatinine level begins to elevate, it always tells that at least 50% of kidney functions has been damaged.

However, not all high creatinine levels totally result from kidney function decline. Some additional factors may also be the triggers, such as long-time standing, strenuous exercise, much intake of protein food etc. These causes lead to temporary high creatinine levels and in each of these conditions, high creatinine levels will be lower down spontaneously, causing no severe problems.

If you high creatinine levels last for a long time, it always indicates a kidney-related problems. If your creatinine level 1.8 exists longer than 7 days, you’d better to talk with a nephrologist and he or she will help find whether your kidneys are involved and how severe your condition is.

Experts divide the Chronic Kidney Disease into 5 stages, according to the severity of kidney damages. You can find creatinine 1.8 corresponds with CKD stage 2–a mild kidney damage, in the following CKD stages chart.

CKD stages stage 1 stage 2 stage 3 stage 4 stage 5
Serum Creatinine <1.6 mg/dl 1.6-2.0mg/dl 2.1-5.0 mg/dl 5.1-7.9mg/dl >8.0mg/dl

In this stage, usually patients feel no symptoms and maybe in some cases, they can feel high blood pressure, Back Pain, or mild nausea. This is not a severe condition, thereby, Diet changes and Natural Therapy will help make your kidney damage under control.

But you are suggested to take treatments as soon as possible. If it develops into CKD stage 3, it will be hard to reverse the missing kidney functions. But to case of CKD stage 2, complete remission is possible. To achieve the goal, Special Diet,Chinese Herbal Medicine and Medicated Bath may be necessary.

previous:What Does Creatinine 6.8 Mean and What’s The Treatment for it
next:Diet Plan to Reduce High Creatinine Level

Awas, simpton penyakit buah pinggang
  • Buah pinggang perlu dijaga sempurna kerana ia menentukan tahap kesihatan. Foto: Sumber internet
  • Buah pinggang perlu dijaga sempurna kerana ia menentukan tahap kesihatan. Foto: Sumber internet

TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.

Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang –  kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.

Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.

Kulit gatal berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!

Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.

Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.

Bengkak air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.

Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.

Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.

Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/awas-simpton-penyakit-buah-pinggang-1.264000