mukasurat x Pepatah Peribahasa Afrika,
`if you want to walk fast, walk alone; but if you want to walk far, walk together’.
Cabarannya ialah bagaimana UTM mahukan
`we must walk far and fast together‘
consensus, inclusiveness and engagement – Kesepakatan, Keterangkuman dan Keterlibatan.
Terminologi terminologi pengurusan yang menggunakan kata dasar pakat, rangkum dan libat digunakan dalam memburu objektif objektif yang dipersetujui dalam perancangan pengurusan UTM.
Kesepakatan adalah tugas yang tidak akan selesai sampai bila bila selagi kita bernyawa. kesepakatan yang dimaksudkan dalam buku ini mahu diterjemahkan kepada berpegang kepada matlamat yang sama iaitu ingin menjadikan UTM sebagai salah sebuah Universiti tersohor di dunia. Bahasa pengurusan moden biasaya menggunakan perkataan sinergi' dalam menyampaikan maksud pihak pengurusan untuk mencapai satu satu matlamat. Kalau bahasa surau dan masjid ianya menghampiri maksud
berjamaah’. Penulis memilih `consensus’ sebagai semangat yang perlu ada dalam setiap anggota yang berada di UTM.
Keterangkuman membawa maksud semua segalanya daripada perut bumi sampai ke angkasa lepas termasuk Pencipta. Mahasiswa pensyarah ibubapa masyarakat PPP dan pemerintah. flora dan fauna tidak terkecuali dalam perancangan yang menekankan semangat consensus dalam penentuan matlamat murni yang hendak dicapai. Buku yang diterbitkan ini mengharapkan semua penjuru yang terlibat mendapat manfaat dan sama sama menuju puncak. Laporan pencapaian UTM juga terangkum dalam buku ini terutamanya penonjolan diperingkat antarabangsa dan kebangsaan.
Keterlibatan (engagement) adalah perkataan yang sangat ditunggu tunggu oleh mereka yang berstatus single'. Status keterlibatan adalah satu yang dapat miningkatkan perasaan harga diri, tak kira untuk berumahtangga, bekerja atau untuk bermain bolasepak sekalipun. Biasa saya dengar <em>
mahu tapi malu’ tapi yang lebih ekstream `taknak tapi melawan’.
Bab 4 dan bab 5 karya menyedikan alat alat bantuan pengurusan untuk mencapai hasrat yang hendak dicapai. Jangkaan berdepan cabaran cabaran juga tidak dinafikan. Sebagai juragan yang menakhoda bahtera menggariskan strategi strategi yang menekankan 3 terminologi iaitu kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan.
Buku ini dijual dengan hg rm28 oleh UTM bagus untuk rujukan mereka yang bercadang membuat kajian tentang peranan kesusasteraan dan pengurusan.