Yazid.. citer nya lebih kurang mcm nielah..
LAwak PENDEK
SAM: Kenapa kamu cakap minum
susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku
tengah minum,lembu tu terajang
aku. Nasib baik tak mati.
———————————————
SAM: Apasal ko marah kat tokey
kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3
barang dia mintak 6 ringgit. Kata
kedai 2 Ringgit
———————————————
SAM: Kau kata binatang peliharaan
kau mati lemas? Mana kau tau dia
mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas.
aku jumpa ia mati dalam air!
———————————————
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang
terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat
semacam jer….
———————————————
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni
rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam
apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah
habislah
———————————————
SAM: Aku tengok kau beberapa hari
ini “candle light dinner” dengan
bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak
bayar bil elektrik, api rumah aku
dah kena potong!
———————————————
SAM: Aku ada AIDS? mana ada…
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat
Negara ni ada aids. Aku dah tanya
9 orang, semua tak ada aids, kau
orang ke 10, tak payah tanya, aku
dah tahu…
———————————————
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk
kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku
kena banyak berlatih agar dapat
batuk dengan lebih baik lagi.
———————————————
SAM: Dah dua kali perompak yang
sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat
kau,jangan pasang signboard “SILA
DATANG LAGI”@