Dialog Suami Isteri

drpd wasap group;

Seorang suami yg berumur 60 ingin menguji tahap pendengaran isterinya yg berumur 55.

Dari jarak 10mtr suami memulakan :-

Suami : awk masak apa hari ni..
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 7mtr pula.

Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia dapati isterinya senyap.

Dari jarak 5mtr pula.

Suami : awk masak apa hari ni..?
Dia masih dapati isterinya senyap.

Dari jarak 3mtr pula.

Suami : awk masak apa hari ni..?
Isterinya senyap jugak.

Dari jarak 1mtr…dgn suara yg lebih kuat.

Suami : awk masak apa hari ni..?
Kali ni isteri terus menjawab.

Isteri : awak ni dah pekak ker…dah 5 kali saya jwb…awak tanya gak lagi….😂😂😂
Kadang2 kita rasa kita betul ..
Sebenarnya orang lain lebih betul ..

Betulkan yang biasa ..
Biasakan yang betul ..😎

Hehehe😘👌🏻✌🏻

Kisah Sari dengan Soleh

Jaga2 dlm bergurau 👇

(Mudah2an Tidak Terjadi dlm Group Kita, menyinggung perasaan dan seterusnya putus silaturrahim)

KISAH TUTUPNYA SEBUAH GROUP WHATSAPP

Bermula dari chatting antara ahli lama dgn ahli baru…

😃 Abg Din:
Helo Sari, selamat datang ke grop ini

😊 SARI:
Hello juga, saya ahli baru ni.. mohon bimbing ya..

🤠 Abg Chak:
Ya Sari, jangan khuatir sayang, saya akan bantu apapun buat sayang…

😉 Raof:
Hello Sari, kalu perlu bantuan bgi tau saja.. anytime

😘 Ibrahim:
Hello Sari, saya sedia jadi teman ke mana saja.. hanya bagi tau ya sayang

😎 Abg Mi:
Hello Sari… saya sentiasa available…blh membantu.. bila2 masa..

😊 SARI:
T.kasih rakan2 semua diatas perhatian yg diberi, Abg2 semua memang baik2 belaka…😘

🤓 Pak Rahim:
Nak tau jugak, nama penuh adik apa ya?

😊 SARI:
SARIFUDIN, asli Jawa….

Abg Din keluar group ❗
Abg Chak keluar❗
Raof keluar❗
Ibrahim keluar❗
Abg Mi keluar❗
Pak Rahim sbg Admin keluar❗
Cuma Soleh yg masih ‘online’ ✔

???????

😊 SARI: abang Soleh kenapa x ikut keluar ???
☺ Soleh: Laaaa.. saya org yg sabar, semua ni mesti ada hikmahnya

😊 SARI: Utk makluman abang Soleh…nama lengkap saya INDAH PUTRI SARIFUDIN,
SARIFUDIN nama ayah saya, Saya bekas ratu cantik Malaysia tahun 2015

😊 SARI: Saya janda ditinggal mati, suami saya meninggal selepas selesai akad nikah, jadi kami belum sempat berbulan madu

😊 SARI: Mudah – mudahan abang Soleh berkenan menjadi imam saya…
☺ Soleh: Alhamdulillah….. MasyaAllah

😊 SARI: nama lengkap abang Soleh apa ya????
☺ Soleh: SITI SOLEHAH

SARI keluar group….❗

😂😂😂

🙈 🙈 😝😜🙏

Jangan ketawa sendiri ya..☕🍔 (minta maaf🙏🙏, kalu nama kebetulan sama😁😁)
Semoga terhibur

………Laughter is the best medicine….

🤭🤭🤭🙈😄😄😄🙈😅😅😅🙈😂😂😂🙈😁😁😁🙈🤓🤓🤓

Kiriman Anita sksb

Penapis Air Popular

Ramai kawan2 fb pm aku promote penapis air mereka. Aku jawab dah ada 2 kat rumah. Kemudian tanya lak aku pakai jenama apa? Aku cakap tak de brand. Depa suh antar gambar. Akupun hantar le gambar. Pastu depa gelak berdekah2. Aku heran kebingungan.

Apsal depa gelak lepas aku hantar gambar ini?

Yang Mengirim Hisham Sede sdpb

Semua Orang Pasti Mati

Noriza shahri sdpb kirim

SEMUA ORANG PASTI MATI…..*

Di kwsn perkuburan, Seorang doktor sdg menangis di depan pusara yg tanahnya masih merah2.

Uniknya di pusara itu terletak batu nisan berbentuk HATIyg cukup besar, serta nampak sangat jelas,walau dari jauh.

Ustadz : “Sudah la.. reda aje, jgn terus menangis…”
Doktor :”Ustadz, bagaimana saya tidak sedih. Bagaimana kalau saya yg mati?”

Ustadz :”Semua orang pasti mati, kan !”
Doktor :”Ya !!Begini Ustadz, yg mati ini teman saya.
Kami para kumpulan Doktor Specialist sudah sepakat, siapa saja di antara kami yg mati, maka akan dibuatkan batu nisan dengan gambar sesuai dlm bidang specialist kami”

Ustadz :”Ooo gitu… teman doktor yg mati ini specialist apa?”
Doktor :”Dia specialist HATI, makanya batu nisan dia berbentuk hati.”

Ustadz :”Lalu apa yg membuat Doktor begitu khuatir?”
Doktor :” kalau saya mati, tak dpt dibayangkan batu nisan yg akan dibuat untuk saya…”

Ustadz :”Memangnya doktor ni specialist dlm bidang apa eh?”
Doktor :”Saya Doktor specialist dlm bidang ALAT KELAMIN, Ustadz !!”

Ustadz :“Astaghfirullah hal adzim…” (Ustadz sampai melompat…. krn tak dpt menahan ketawa.)

Akhirnya ustadz itu berkata:

“Ya, sudah la. Tak ada apa-apa yg perlu di risaukan, tenang aje, nanti batu nisannya kami akan pakaikan spender…”😜😜😜😜

Нaªªнaªªнaªªнaªª

si Doktor akhirnya ketawa juga.

Semua masalah ada solusinya & tersenyum bikin kita awet muda …..

😀😀😀😀😀😀😀😀

*KESALAHAN AMBIL WUDUK*

Hj Jai-geng masjid mina kirim

Seorang budak berumur 6 thn terlopong tepi kolah surau melihat maknya ambil wuduk.

Apa tengok camtu pulak tanya maknya..

*Mak ambil wuduk tak betul. kata budak itu.

berdebar mak tu sambil mlihat kiri kanan kot ada org lain yg nmpak budak tu tegur dia ambil wuduk tak betul

‘Apa yg tak betul’ tanya maknya lagi..

Tak sama macam Opah buat jawab budak tu…

Camna Opah kau ambik wuduk,tanya maknya.

Sebelum kumur2 Opah letak gigi atas kolah.. jawab budak tu serius lalu terus naik ke surau pi kat *Opahnya ..

Penilaian oleh budak berumur 6 tahun… tapi mungkin juga sampai keTUA masih ada yang rajin menilai berdasarkan amalan tradisional….

Maaf pd org yg guna pagar pasang siap….gurau kasar cikit ptang ni

Nasihat Doktor

Mamin Qatar – sksb kirim

Tadi sya g jmpa doktor, bila dia pegang tapak tangan sya dia tnya sya kerja apa? Sya jwb tak kerja, doktor ckp, u tak boleh mkn lobster, ketam, udang, tiram dan tak boleh minum air bergas serta jgn mkn anggur dan jgn mkn ikan salmon..daging kambing..ikan terubok…goreng cempedak… sya tnya kenapa? sakit apa sy ni? Dia jwb selamba..” u kerja pun xde, lg mau mkn sedap²…

Puihh!!!..

🏃💨💨💨………….

Hantu Takut

GEMPAR MALAM TADI k long YPY kirim

Seorang kanak kanak dalam perjalanan balik mengaji. ..tetiba ditengah perjalanan disakat oleh hantu raya. .. Setengah mati budak itu terkejut. .. Doa yg budak itu ingat hanya doa makan ..Allah humma bariklana fima rozakkana wakina azabannar. ….

Alangkah terkejutnya si hantu raya. .. Melompat berlari. .sambil menyumpah nyumpah dan berkata-kata.. Beratus tahun aku mengganggu manusia. .. Baru hari ini kanak2 berani nak makan aku. ..

😂😂😂

Hidup Tersepit

Motivasi hari ini Pak Jat YPY kirim

“Kalau kau rasa hidup kau tersepit & dah tak boleh nak teruskan lagi, kau pergi depan cermin & tengok bulu ketiak kau lama-lama. Cuba kau bayangkan, berapa lama dia hidup tersepit….tapi dia tetap teruskan hidup dia….”😃

JANGAN KETAWA….

GELAK JER DIBENARKAN..

😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅

IMG_5299

Bahasa Jawi Kebangsaan

Kiriman M hamidon – A&Y inc
Seriously funny!

Oh My Jawi

Berikut ialah beberapa perkara pelik yg disebut oleh khatib di atas mimbar:

  1. Di sebuah mesjid di Negeri Sembilan, “Oleh kerana perniagaan mendatangkan 9/10 daripada keuntungan maka sidang Jumaat sekalian, marilah kita jadikan perniagaan sbg satu ‘mutafancirin’ “. Saya terkejut. Apa tu mutafancirin? Melayu bukan Arab pun bukan. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘mata pencarian.’ “متڤنچرين”
  2. Di sebuah mesjid di Kulim, Kedah, “…dihalalkan kita umat Islam memakan kuda, dan diharamkanNya kita memakan keladi…”. Dekat nk pengsan makmum sbb ada yg baru lepas mkn sayur keladi. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘keldai’. Selepas khutbah ini lebih sebulan orang Kulim tak mkn keladi sbb difatwakan haram. “كلدي”
  3. Di sebuah mesjid di Perak, “…maka ‘birobbikum’ itu adalah sunah kerana diriwayatkan bahawa Nabi pun ‘birobbikum’…”. Semua makmum tak faham termasuk tok imam dan tok bilal. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘berbekam’. “بربكم”
  4. 4. Di sebuah mesjid di Kelantan, “…sidang Jumaat sekalian, janganlah kita termasuk dalam ‘katikuri’ orang2 yg tidak bersyukur…”. Para jemaah tak faham tapi tetap tunduk mengangguk-angguk mcm faham. Bila disemak teks khutbah rupa2nya ‘kategori’.”كاتيكوري”
  5. Di sebuah mesjid di Terengganu, “… maka berlakulah peperangan yg hebat di antara pejuang2 Muslimin dgn musyrikin Makkah di tempat berdekatan bukit Uhud. Masing2 bersenjatakan pedang, lembing, dan ‘fainnahu’.” Makmum terkedu sbb tak faham apa bentuk senjata fainnahu. Mungkin senjata dari syurga. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘panah’. “فانه”
  6. Di sebuah mesjid di Perlis, “…dalam usaha kita utk menjadikan negara kita sbg sebuah negara maju, maka kita semua hendaklah ‘kemetod’…”. Makmum semua terpinga-pinga. Selalunya khatib suruh jadi bagus tetapi kenapa hari tu khatib suruh jadi kemetod. Setelah disemak teks khutbah rupa2nya ‘komited’. “كميتد”
  7. 7.Di sebuah mesjid di Pahang, “…maka hendaklah kita berada di atas ‘bom’ ini saling hormat menghormati antara satu sama lain.Makmun terkejut dan lihat dibawah tempat mereka bersila kerana mencari “bom”.setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya’bumi’.”بوم”
  8. Di sebuah mesjid di perak,”…terdapat banyak ‘paku lantai’ yang telah diwujudkan oleh kerajaan di sesebuah pusat pengajian . Makmum lain terkedu sambil menggaru kepala.Setelah disemak2 teks khutbah rupa2nya ‘fakulti’ “فاكولتي”
  9. Tajuk khutbah hari ini ialah “puas dan pedih”….. Rupa2nya “puasa dan fidyah”… فواس دان فديه

Itulah antara perkara pelik yg disebut khatib sewaktu khutbah. Teks ditulis oleh orang lain dan dibaca oleh orang lain. Lebih parah lagi sesetengah istilah moden dieja jawi. Kesian tok khatib… selamat hari raya maaf zahir batin.

Posting “Copy and Paste” #MuizAfnan