APA itu SEX?


Kiriman Hisham sdpb

DADDY SEX TU APA?
Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya
kepada daddynya,

‘Daddy.daddy….sex tu apa, daddy..?’

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman
sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan
bunga, telur yang  menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah
percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

‘Eh kenapa ni?’

Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

‘Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!’

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang
pada muka depan tertulis…. ..

NAME : ………… ………. …..
SCHOOL : …………. ……… .
CLASS : …………. ……… ….
SEX :……….. ……… ………. .

aku perati jeaku perhati je perangai kau

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s