Kenapa sukan?


Kiriman Johari

SUKAN BOLEH MENJADI CONTOH ATAU MEDIUM YANG TERBAIK KAEDAH PENDIDIKAN DALAM NEGARA
Buat para pengamal dan penyampai ilmu, Di mana pun kedudukan atau posisi kita, mungkin sebagai pendakwah di surau, masjid, pensyarah kolej dan universiti, ustaz atau ustazah, mengajar Al Quran di rumah, ibu bapa yang mendidik anaknya atau jurulatih2 , sedarilah kita semua bernaung di bawah beberapa nama yang sentiasa di sebut oleh anak-anak didik kita sebagai GURU, CIKGU, MUALLIM, MURABBI, MUADDIB, MURSYID, SIFU atau Jurulatih asalkan tugasan kita menyampai serta mendidik manusia dengan ilmu yang bermanafaat serta cinta kepada Allah SWT.
Tarikh 16 mei di pilih sebagai HARI GURU pada setiap tahun bagi menghargai jasa guru-guru atau yang seangkatanya yang digelar juga sebagai pendidik.
Tema sempena sambutan hari guru juga diberi pada setiap tahun agar semua guru-guru lebih menghayati peranan masing-masing dan kehendak dasar pendidikan Negara. Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi menjadi tema sempena sambutan hari guru yang ke 43 tahun ini.
Sejauh mana para pendidik, guru atau pensyarah menghayati tema, dasar pendidikan Negara atau bahasa mudahnya tanggungjawab yang di pikul sebagai Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi.
Ini bukanlah bentuk perbandingan tugas atau masa di antara guru, pensyarah atau pendidik dikalangan ahli sukan. Cuma apa yang ingin diperkatakan adalah kaedah pengajaran dalam bidang sukan bagi membentuk pasukan atau atlit yang mantap dan berjaya boleh menjadi model atau contoh terbaik yang boleh di terapkan dalam pendidikan di sekolah, Kolej mahu pun Universiti..
Kaedah pengajaran yang ingin diperkatakan ialah di mana Jurulatih atau Pengajar dalam sukan sentiasa menitik beratkan kaedah dimana atlit yang mahir atau lebih baik akan membantu membimbing dan sentiasa berkonsi ilmu dan kelebihan bagi atlit baru. Perkongsian ini akan memudahkan pelbagai aspek seperti mengawal, menyelia dan pembentukan pasukan serta mampu membantu peserta baru.
Konsep atau kaedah ini sebenarkan boleh di perluaskan dalam pendidikan di sekolah, kolej mahupun Universiti seperti,
1. Pihak Universiti boleh melakukan beberapa kaedah seperti mewajibkan pelajar tahun 2 dengan menjadi pembantu kepada pensyarah sekurang-kurangnya sekali pada setiap 1 semester. (Mengikut kursus masing-masing).

Hoki

Pasukan Hoki UTM 2013 – Sukan MASUM n.johan

2. Pelajar tahun 3 pula di letakkan sebagai senior pembantu mengajar kepada pensyarah dan ketetapannya adalah mungkin sekurang-kurangnya 3 kali membantu mengajar kepada pelajar tahun 2 .
3. Manakala pelajar tahun akhir pun selain praktikal, mereka juga boleh diwajibkan mengajar dalam jurusan masing2 dalam 2 atau 3 sesi pembelajaran pada setiap semester.
Kaedah perkongsian ini dapat mengeratkan hubungan diantara pelajar baru dan juga lama selain dari berkongsi pandangan. Ianya juga dapat membina kemahiran Insaniah yang lebih berkesan apabila pelajar diberikan tanggungjawab merasai apa yang dilakukan oleh tenaga pengajar. Kaedah ini juga dapat membantu membina keyakinan pelajar dan sikap lebih menghormati dikalangan pelajar tersebut.
Kaedah ini hanya dapat di nilai atau difahami apabila sesorang itu pernah terlibat sebagai atlit dan jurulatih . Ia juga dapat difahami melalui sudut pandangan sebagai seorang jurulatih, tenaga pengajar sukan. Seseorang ahli sukan yang memang terlibat dengan sukan yang diminati serta melakukan sukan tertentu mungkin dapat merasai apa yang ingin di perkatakan.
Sekadar perkongsian pandangan.

JOHARI BIN ABDUL AZIZ
UTM Sports Excellence UTM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s