Kiriman a manaf muslimin – info surau mutiara aula
17 ADAB MENYAMBUT EIDULFITRI
1.Takbir raya bermula maghrib 1 Syawal sehingga Solat Sunat Eidulfitri
2.Mencukupkan keperluan fakir miskin
3.Banyak berdoa kerana malam raya diantara waktu mustajab doa
4.Mandi sunat Eidulfitri
5.Memakai pakaian yang bagus dan berwangi-wangian bagi lelaki
6.Makan dahulu sebelum ke tempat Solat Sunat Eidulfitri(Sunat makan kurma 7 biji sebelum makan,makanan yang lain)
7.Melalui jalan yang berlainan sewaktu pergi dan balik dari tempat solat
8.Wajib membayar zakat fitrah sebelum Solat Sunat Eidulfitri
9.Mengajak kaum wanita ke tempat solat termasuk wanita yang haid untuk mendengar khutbah Eidulfitri
10.Solat Sunat Eidulfitri&mendengar khutbah di kawasan lapang
11.Ziarah menziarahi orang yang masih hidup(tidak digalakkan ziarah kubur pada 1 Syawal kerana hari raya disuruh gembira bukan bersedih)
12.Mengucapkan selamat Hari Raya dengan lafaz doa “Taqobballahuminni waminka”yang bermaksud “Moga Allah menerima amal saya&amal kamu”
13.Menyambut Eidulfitri penuh kesyukuran bukan dengan hiburan,maksiat & pergaulan bebas bukan mahram
14.Digalakkan bersedekah di Hari Raya seperti tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak
15.Tidak membazir dan boros di dalam berbelanja
16.Puasa sunat 6 hari di dalam bulan Syawal(aulanya mula dari Syawal ke2-7)
17.Terus Istiqomah hasil tarbiah dari Madrasah Ramadhon dengan meneruskan amal ibadah wajib dan sunat seperti puasa sunat,solat sunat,beriktikaf di masjid,Qiamullail,menuntut ilmu,bersedekah,membaca Al Quran,berzikir dan sebagainya..
Ustaz Hj Muhaizan
PPPD jQAF Kluang
Kiriman zainudin hj alias – info surau mutiara aula
Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:
Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)
Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak
Kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrmya tak boleh
👆 bukan raya je.. sepanjang masa.. 👍👍