Berjasa sepanjang masa


Kiriman nisak – SDPB

Baca ni saudara2 ku!!! :|:|

Bila mak ayah kita meninggal dunia, terjun la turun dalam liang sambut mayat depa, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita salah seorang yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.  Biar kita!!! Bukan orang lain. Pusing mayat dia, angkat
papan keranda tu kita dok tengok ni Allahhurabi..

“Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak”. Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan di tubuh dia tu.. Biar kita! Pegang perlahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
“Mak last mak hari ni mak.. Lepasnya dari ni aku tak tengok mak dah”.

Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu.. Terlintas ni, yang 20 tahun lepas kita kenal2 dunia ni, tangan ni yang suap dimulut kita. Allahhurabbi.. Hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita. Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik, empat2 beradik terjun dalam. “Abang pegang belakang bang”. Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas satgi, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni.

Takdak benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah
melainkan kita hanya boleh serah doa. “Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah.. Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah”.

Kawan2, kalau dosa sebegitu kita doa dengan Allah Taala, untung mak kita. Adakah Allah Taala akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah Taala tolak ni doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu saya pesan selagi kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la..

Buat jasa! Buat sekadar2 yang mana kita boleh.
Allahhuakbar.

Sayang mak ayah! Maafkan saya mak ayah, selalu sakiti hati mak ayah. Maafkan saya!
Sharing is loving..💕💕

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s