Penyeludup Tegar


kiriman prof tn baharom

Selingan…. SETIAP hari Pak Samat melalui sempadan Siam dengan menunggang motosikal. Beberapa guni besar tersandang di belakang motosikalnya. 

Pegawai kastam yang mahu menahan beliau bertanya, “Apa dalam beg tu?”, “Pasir,” jawab Pak Samat.”Turun dari motor, kita tengok apa betul kau bawak pasir!” Pegawai Kastam terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pasir itu diperiksa, Pak Samat ditahan di dalam lokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dengan diteliti, ternyata pasir yang dibawa memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata

Pak Samat dibebaskan. Pasir kepunyaannya juga dimasukkan semula ke dalam guni dan dia dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam. Keesokan harinya perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, “Apa yang kau bawa kali ini?”, “Pasir” jawab Pak Samat.

Pegawai Kastam tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata.Maka Pak Samat dibenarkan melalui sempadan dengan motosikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 20 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Samat di pekan. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Samat minum di sebuah kedai.Pegawai Kastam itu pun bertanya, “Aku hairan tengok kau melintas sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?”

“Motosikal” jawab Pak Samat ringkas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s