serius madu asli

herdi sdpb 8788 kirim lawak seram

Rehatkan Minda dulu 

Petua…boleh cuba 
1. Tuang madu dlm gelas dan masukan dlm freezer. Kalau ia beku, itu madu tiruan. 

2 Tuang sikit madu atas lantai. Kalau semut hurung, itu madu tiruan.

  1. Bawa madu ke rumah dan tunjukan pada isteri. Kalau dia baling pinggan/gelas pecah- sah madu tulen.

😂😂😂

Kawan Saleh (sdpb 8788) pos cerita dari Sabah

(Sabahan Version)
Seorang pemuda sedang menjalani kes perbicaraan di hadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidakkkk!! Saya tidak bersalah, mana ada saya yang curi tu basikal!
Hakim: Jangan kau mau menipu sana, tu sumandak (gadis) buat laporan kau yang curi basikal dia.
Pemuda: Tambirang dia itu, dia yang bagi saya free bah!
Hakim: Apa maksud kau?
Pemuda: Macam ini bah hakim, masa saya mau pulang dari sekolah tadi, ada tu gadis minta tolong saya kasi tap (bonceng) dia pakai basikal dia sendiri. Pastu on the way, kami limpas (lalu) la di samak-samak (semak). Dia minta saya berhenti sana, saya pun berhenti la. Terus dia buka baju sama seluar dia. Lepas tu dia cakap, “ko bulih ambil ‘barang’ saya free of charge”. Jadi saya fikir-fikir, kalau saya ambil baju dia, baju perempuan pula, mana la saya bulih pakai, saya kan lelaki. Lepas tu mau ambil seluar dia pun macam tu juga. Seluar fit lagi tu, mana saya mau pakai. Kasut dia pun bukan saya ngam. Jadi saya pun ambil la dia punya basikal, macam tu pun kira mencuri ka?
Hakim: Buduh kau… bagus kau mati.. lambat pick up betul..

WAJIB BACA UTK KESIHATAN KITA SEMUA – roti gard….

frenz group sdpb 8788
Sebenarnya ramai yg belum tahu kemudaratan ttg roti gardenia ni. Saya malas nk pnjg2 kan. Tapi sbb ramai yg suka puji boleh mkn begitu saja pun dikatakan enak. Apatah lagi cicah kari dgn sambal ikan bilis dikatakan berganda3 keenakkannya.

Utk pengetahuan semua saya tak pernah kerja dikilang gardenia pun. Tapi dari org yg bercerita, ada satu bhgian dari roti gardenia yg boleh menyebabkan tersumbat saluran pemakanan kita dan menyebabkan kematian.
Tolong jgn mkn bhgian tersebut sama sekali.

Iaitu plastik pembalut roti gardenia.

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN drpd tuan presiden

  

TIPS UNTUK MENGHILANGKAN BAU BADAN dengan menggunakan KANGKUNG….
Caranya:

1 .petik kangkung yg masih segar dikebun

ambil yg masih muda…

  1. Cuci dengan air bersih,

bersihkan kotorannya….

  1. Ikat batangnya satu persatu dengan baik…

Kemudian

bawa dan jual ke pasar.

wangnya belikan sabun mandi untuk mandi..

SELAMAT MENCOBA…!!!

Cerita sini habis sini..

Presiden KGUTM

Assalamualaikum..

……………mohon jgn terasa. . Nk tnya sket..pasal ahli dlm group ni.. macam ada yg x kena..tapi sebelum tu klau ada sapa2 yg tahu beri lah pendapat dgn seikhlas hati..dah lama tp masa x sesuai..mungkin ahli dlm group ni tahu kot..x pe laa, cuma nk bincang.. Harap cerita ini habis di sini..takut juga nk tnya..kadang2 semua cakap x tahu.. Kadang2 kita tnya serius, tapi mereka jawab main2.. cammana pun utk selesai kan, kena tanya juga..harap ahli group jawab dgn sebetulnya.. Jgn tipu2..takut huru hara. .. ada yg kecik ati pulak nanti.. jangan ada antara kita yg bermasam muka pulak nanti.. Sebenar nya nk tanya, betul ke roti gardenia sungguh enak kalau dimakan begitu saja..??  

DOA pagi ini

wpid-img-20150128-wa0001.jpg

Ust Sunhaji SDPB kirim

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
ُِSalam pagi Rabu
24 Robiulakhir 1437H,
03  Februari 2016M

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ
وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, limpahkanlah rahmat, keampunan dan kurniaanMu ke atas kami, cukupkanlah keperluan kami dan hindarkanlah kami daripada segala yang Engkau benci dan kami takuti.

Ya Allah kurnialah kami nikmat Mu dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan kami, keluarga kami dan agama kami.
َ
Ya Allah berilah kami kelebihan di sebalik kekurangan, berilah kami kekuatan disebalik kelemahan, berilah kami sukacita disebalik duka nestapa dan berilah kami harapan disebalik keraguan.

Ya Allah di hari yang mulia ini kami memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu , iman dan amalan kami.

Ya Allah Engkau tunjukkanlah kami kearah kebaikan, pertingkatkan iman kami agar amalan hidup kami sihat dari segi rohani dan jasmani serta menjadi contoh ikutan generasi akan datang.

Ya Allah, jadikanlah hari ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui.

Ya Allah, berilah kami keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketentraman dan kesejahteraan bagi kami dan keluarga kami.

Ya Allah, limpahkan dan lipat-gandakanlah rezki kami dengan rezeki yang halal.

Ya Allah berilah kepada kami kesempatan yang baik-baik dan berita yang menggembirakan dan menyenangkan sahaja hari ini dan hari-hari selanjutnya.

Ya Allah, mudahkanlah semua urusan kami, jauhkanlah dari kami kesulitan apapun Ya Allah, kabulkan dan perkenankanlah doa kami.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.b

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sila share