SIRI MESEJ MENJENTIK : JAUHILAH PERILAKU…..


Salam dan Selamat Sejahtera, 

 
Kepada semua warga UTM, 
 
Dalam menjalankan tugas seharian, setiap warga UTM perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan seterusnya menanamkan sikap untuk berusaha dengan baik bagi meningkatkan pencapaian UTM.
 
Selaras dengan itu, sikap mengutamakan pelanggan, bermuafakat dan bekerjasama melalui kerja, amat penting untuk membawa kepada kejayaan dan seterusnya menjaga kepentingan Universiti.
 
Justeru, perilaku yang berikut perlu dijauhi oleh warga dan semua staf Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalankan tugas seharian: 
 
1. Melanggar prinsip dan nilai etika yang ditetapkan,
2. Tidak menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan,
3. Tidak menyiapkan tugas yang diberikan mengikut masa yang telah diperuntukkan, 
4. Tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri sendiri, 
5. Malas berusaha, 
6. Membangkang tanpa cadangan untuk memperbaiki, 
7. Tidak mahu memperbaiki kelemahan diri yang ditegur, 
8. Dendam dan hasad dengki, 
9. Khianat dalam menjalankan tugas, 
10. Menghina dan merendahkan usaha orang lain, 
11. Mengampu untuk mendapatkan pujian dan sanjungan, 
12. Bongkak dan mengejar pangkat dan kedudukan, 
13. Suka mengumpat dan menfitnah rakan sejawat, 
14. Sikap sombong dan suka menunjuk – nunjuk, 
15. Berpura – pura dalam tindakan, 
16. Tidak menghargai masa, 
17. Tidak bekerjasama dengan rakan sejawat, 
18. Mengamalkan rasuah, dan 
19. Mengamalkan amalan ‘mengular’. 
 
Dengan pesanan ini, semoga kita semua dapat sama – sama mengingatkan diri sendiri dan rakan – rakan, seterusnya memelihara integriti dan kepentingan Universiti Teknologi Malaysia, yang menjadi medan rezeki kita. 
 
Sekian, terima kasih.

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s