IKTIBAR DARI ANAK KECIL DEMAM KERANA NAK PEROLEHI SESUATU


kiriman ida sdpb8788 tulisan abdghaniharon
Teringat masa baru dapat anak pertama dulu,suatu hari anak sulong saya demam.Emak saya yang diberitahu bahawa cucunya demam, segera meriba anak kecil itu , kemudian emak berkata,”Ini demam nak boleh sesuatu,nak boleh berjalan kot.”Selang seminggu dua selepas anak saya pulih dari demam,saya lihat dia telah mula berdiri,mengayak -ayak badan seperti nak mula melangkah.Terdetik di hati,betul kata emak,budak itu demam kerana nak boleh sesuatu,nak berjalan,kerana dalam pengalaman membesar anak, bila mereka nak berubah kebolehan, mereka biasanya demam.Dari terlentang kpd meniarap, dari meniarap kpd merangkak,dari merangkak kpd bertatih,bercakap dan seterusnya.Adakah hal begini juga berlaku kpd anak anda? Berdasar sembang rakan jiran, memang kebanyakan bersetuju bahawa demam kanak-kanak,akan diikuti perubahan dirinya.

Mentafsir hal ini,kita akan menemui bahawa Allah akan beri ujian dulu sebelum diberi nikmatnya, anugerahnya.Jika kita tinjau pada sirah nabawiyah,Rasulullah diberi berbagai ujian termasuk kematian bapa saudara tempat ia bergantung, tetapi kemudiannya Allah jemput nabi Israk dan Mikraj untuk menyaksi kebesaran Allah.Jika nabi pun duji dan diberi anugerah,begitulah juga kita umatnya.

Cuba kita pejam mata,merenung masa lalu.Apa ujian,kepayahan yg kita pernah lalui yg akhirnya kita diberi anugerah dan ganjaran yg lebih baik.Ayah saya biasa dicuri kerbau yg menjadi punca rezekinya,tetapi Allah ganti dengan pekerjaan barunya bertukang rumah yg ditawarkan oleh seorang imam yg kebetulan pandai bertukang,akhirnya hidup kami sekeluarga berubah.Seorang ibu tunggal yg wang simpanan habis dibelanja bagi kes mahkamah anaknya,akhirnya dijemput ke tanah suci dengan dibiayai sepenuhnya dari orang lain.Saya melihat tsunami yg melanda negara ini dulu,akhirnya mengubah kehidupan nelayan Kuala Muda dg berpindah ke rumah taman milik sendiri yg dibina oleh kerajaan.

Saya nak mengajak anda mengambil iktibar dari anak kecil yg demam ini, utk diterjemah dlm hidup kita.Jika anak kecil demam kerana nak ‘perolehi’ sesuatu,kita yg dewasa jika diuji dg suatu kepayahan, bersabarlah,berbaik sangkalah mungkin Allah nak beri sesuatu kpd kita,mungkin ia anugerah,mungkin ia pengajaran,mungkin utk mengubah hidup kita.Bersedialah.Lagi pun Allah berfirman 

 ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal”,( Ali ‘Imran. 190). “iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”. (Ali ‘Imran. 191).

Maka disebalik kepayahan dan kesusahan yg tertimpa kpd kita, yakinlah dihujung terowong yg gelap pasti ada sinar, dan itulah anugerah dari kejayaan melalui ujian Allah.Jika anak kecil yg belum mengerti hidup ini pun diuji,lebih lagilah kita yg dewasa dan sudah ada fikiran. Hanya orang yg bersabar akan mencapai kemenangan.Wallahu a’lam. abdghaniharon.

(Sertailah projek sedekah jariah rakan fb saya utk berbagai kerja sedekah jariah yg mingkin anda tidak berkesempatan. abd ghani haron)

poster fbn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s