Sembang Kosong Kosong (0-0) bulan puasa 2017


Hisham

DIAMTERNYATA BOLEH MEMBATALKAN PUASA
Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata “Ternyata diam boleh membatalkan puasa”..
Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya??? tanya salah seorang jemaah, lalu dengan santai ustadz berkata, Hal yang membatalkan puasa kerana diam, misalnya:

Diam-diam sarapan pagi
Diam-diam minum cendol
Diam-diam makan maggi
Diam-diam merokok
Diam-diam makan dalam kereta. 😅😂😂😂😂😝😝😝😝

Hisham
kalau rasa was was nak makan kurma , takut termakan yang kotor atau yahudi punya produk, makanlah kurma Melayu… mcm2 ada, kurma ayam, kurma kambing, kurma daging, kurma ikan, kurma sotong, kurma telur pun ada.. 😅😅😬😬

img_9955

kurma kampong

Alpian
Untuk makluman semua:
Group kita akan mengadakan

Majlis Berbuka Puasa:
Tarikh: 28/05/2017 hingga Hari ini
Masa: wktu maghrib
Tempat: Di Rumah Masing- Masing.
Sekian Terima Kasih.😂😂😜😂🤣

Amorzam
Copy Paste….
Lawak gak + kisah benar staff bank malaysia raya…
😅
Syarat nak tukar duit raya..

Drpd seorang staff bank.

👇🏼👇🏼👇🏼
Untuk makluman..
Duit Raya dah boleh mula tukar bermula Rabu (14/6/2017) sehingga la habis stok.. kami target nak habiskan sebelum Jumaat (23/6/2017).. jadi bersegeralah anda.. takut abis kang komplen plak..
Waktu pertukaran pulak ialah jam 9.30am – 11.30am.. selepas tu.. kami tak layan.. kami banyak kerja lain nak buat..
PERLU DI INGATKAN….
1. Pertukaran hanya di kaunter yang disediakan.. pada masa yang ditetapkan.. sebarang booking melalui telefon, sms, wechat, whatsapp dan seumpamanye tidak akan di layan.. kami bukan kerja call centre..
2. Booking pakai air liur juga tidak di layan.. ayat “tukar pakai duit ko dulu” adalah ayat yg paling tak bleh di terima dek akal kami.. harus di ingat.. Banker bukan tokey kosmetik.. gaji kami cukup utk anak beranak dan keluarga kami sahaja..
3. Ayat “Ko bawak balik dulu.. nnt aku amik” juga tidak di layan.. Risiko buat kami.. kalau hilang bukan anda nak tanggung.. kami bukan keje kat Lazada bleh booking online atau FedEx bleh buat home delivery..
4. Statement “Ko simpan dulu, nnt ptg aku amik” juga kami tak layan.. pasai kami dah pernah kena.. simpan punya simpan.. anda tak muncul2.. menyusahkan kami nak buat balancing petang2.. ingat.. kami pon ada keluarga.. nak balik awal berbuka.. jgn sebab nak tunggu anda, kerja2 kami tergendala..
5. Kawan/Sedara setahun sekali.. atau lebih dikenali sebagai ‘KAWAN/SEDARA MUSIM RAYA’ kami akan layan macam walk in customer.. bermakna tiada VIP untuk anda.. dtg kaunter amik nombor dan Q macam orang lain.. Muharram, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah.. ada 12 bulan Islam, tapi kenapa anda hanya kenal kami masa ujung bulan Ramadhan je? Bila masuk Syawal terus hilang buat2 xkenal.. takut kena bagi duit raya kat kami ke??
6. Special Request seperti “Aku nak duit baru, yg keras, ada balut stiker Bank Negara” juga kami tak akan layan.. kami akan bagi apa duit yg kami ada je.. nak request lebih2.. sila pergi Bank Negara..
7. Request “Bagi la kertas Ang Pow lebih sket” (lebih sikit tu bukan 2-3 helai tau.. lebih sikit tu kalau boleh.. 2 kotak dia nak..) juga kami tak akan layan.. kami bukan kerja kilang cetak sampul ang pow.. perlu di ingat.. sampul tu kami bagi free as a token of appreciation to our customer.. anda bukan sorang je customer kami.. ramai lg beratur nak benda free tu.. jd fikirkan org lain sama.. jgn pentingkan diri sendiri.. sb stok kami dapat pon tak banyak mana.. so terpaksa bagi sorang sikit..
Sekian.. Harap maklum..
#CopyPasteKuliBankPunya

#SayaBukanOwnerBank

#sayabanyakkerjalain

#sayamakangajitakdaextracash
😂😂😂😂😂😂😂😂😂

img_3435

iman

Rohaya
KISAH SEDIH SEORANG SUAMI SELEPAS HARI RAYA

Isteri: “Abang buat apa tu?”
Suami: “Sedang baca buku.”
Isteri: “Habis, kenapa abang menangis?”
Suami: “Penghujung cerita dalam buku ni amat menyedihkan sekali.”
Isteri: “Buku apa yang abang baca?”
Suami: “Buku akaun bank abang….”

img_8915

sabar iman

Hisham
“Kak, kuih tepung pelita RM3, kuih puteri mandi RM2 pastu badak berendam rm2”
“Bungkus sekali?”
“Asing, nanti puteri mandi, air terpercik, terpadam pulak pelita.” 😅😅😅
“Ehhh…Badak berendam pon asing skali kak…nanti puteri geli nak mandi dengan badak tu pulak” 😂😂😂😂

CERITA MALAM TERAWEH

Pada suatu malam, selepas solat terawih seorang pemuda tergesa gesa ingin balik ke rumah. Didapati selipar Adidas yg baru di belinya telah diambil orang.
Lalu pemuda itu dgn penuh geram pergi berjumpa Pak Imam nak guna mikrofon.

Pemuda itu membuat satu pengumuman.

“Sesiapa yang ambil selipar Adidas saya tolong hantar segera, kalau tidak saya akan bertindak sebagaimana arwah ayah saya pernah buat…”

Selepas pengumuman pemuda pergi ke tangga masjid.
Didapati seliparnya telah dikembalikan.
Pemuda itu bersyukur dan pergi berjumpa Pak Imam untuk mengucapkan terima kasih.

Pak Imam tanya dgn penuh perasaan ingin tahu :

“Apa yang ayah kamu pernah buat?”
Pemuda itu menjawab:

Ayah saya balik ke rumah berkaki ayam

😄

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s