Kasih ibu

Kiriman Khafiz USE

Di sebuah negara Timur Jauh, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan… Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,agar tidak membebankankan kehidupan anak – anaknya………
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.
si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang………
Dalam senyumnya, dia berkata, ‘Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah”.
Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua..renung2kanlah..
“Orangtua” bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya ‘orangtua’ yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
“Orangtua” mereka  tidak pernah meninggalkan kita, macammanapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada orangtua. Namun Ibu dan ayah  kita akan tetap mengasihi kita.
Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita
selagi mereka masih hidup.Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur..walaupun ibu kita masih ada di alam nyata ini…
#copy & paste

Berjasa sepanjang masa

Kiriman nisak – SDPB

Baca ni saudara2 ku!!! :|:|

Bila mak ayah kita meninggal dunia, terjun la turun dalam liang sambut mayat depa, bukak papan keranda tudung tu angkat sebentar mayat mak ayah kita tu. Biar kita salah seorang yang pusing mayat mak ayah kita tu mengadap ke kiblat.  Biar kita!!! Bukan orang lain. Pusing mayat dia, angkat
papan keranda tu kita dok tengok ni Allahhurabi..

“Mak kali terakhir aku tengok mak ni mak, mak hari ni last mak aku tengok mak”. Biar kita yang jadi orang yang perelai ikatan di kepala dia, ikatan di tubuh dia tu.. Biar kita! Pegang perlahan2 badan mak kita tu, pusing dia elok2, ambik gumpalan tanah letak pulak belakang tengkok mak kita tu.
“Mak last mak hari ni mak.. Lepasnya dari ni aku tak tengok mak dah”.

Terlintas dalam hati dalam kita dok pegang mak kita tu.. Terlintas ni, yang 20 tahun lepas kita kenal2 dunia ni, tangan ni yang suap dimulut kita. Allahhurabbi.. Hari pertama kita boleh berjalan, taik, muntah kita dia la orangnya yang tak pernah tolak pun. Walau anak jahat tara mana pun kita, kita tetap anak dia. Dia tak pernah buang pun kita. Tu saya sebut tadi, takkan hari mak ayah kita mati, kita tak boleh terjun dalam liang dia, pusing badan mayat dia, mengadap ke kiblat. Kalau kita ada tiga empat beradik, empat2 beradik terjun dalam. “Abang pegang belakang bang”. Jangan kita dok harap dekat orang. Kita jadi anak, kita patut terjun dalam tu. Kita tak boleh baca talkin, kita naik atas satgi, kita duduk sekejap. Dengar talkin yang terakhir untuk mak kita tu. Kita duduk kejap tepi kubur mak kita tu. Tengok macam mana ni last dah hari ni.

Takdak benda dah yang kita nak bagi dekat mak kita dah
melainkan kita hanya boleh serah doa. “Ya Allah, aku angkat tangan ya Allah.. Aku redha mak aku kau ambik ya Allah.. Dia yang beranakkan aku.. Ya Allah hari ni aku tinggal dia Ya Allah, aku serah dia atas urusan mu belaka Ya Allah.. Aku tadah tangan Ya Allah.. Aku mintak sangat2 kau ampunkan dosa mak aku, tolong ya Allah kesian mak aku ya Allah.. Aku ni hasil didikan dari dia Ya Allah.. Kau ampunkanlah segala dosa2 dia Ya Allah”.

Kawan2, kalau dosa sebegitu kita doa dengan Allah Taala, untung mak kita. Adakah Allah Taala akan tolak doa sebegitu? Takkan Allah Taala tolak ni doa ikhlas datang dari sorang anak. Sebab tu saya pesan selagi kita ada mak kita yang masih hidup.. Kawan2, buat jasa la..

Buat jasa! Buat sekadar2 yang mana kita boleh.
Allahhuakbar.

Sayang mak ayah! Maafkan saya mak ayah, selalu sakiti hati mak ayah. Maafkan saya!
Sharing is loving..💕💕

Tuan Haji

ASSALAMMUALAIKUM
Kiriman Hisham SDPB

Sebuah teksi berhenti dibelakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yg dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk disebelahnya. “Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi,tak ada anak ka? Soal saya memula bicara.

“Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasing. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alasan, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi.”

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

“Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenangkan hidupnya. Jangan mengharap untuk menyenangkan hidup kita.”

Dia mula mengesat air mata. “Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pd seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

“Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaannya, bukan tak pernah bermasam muka dgnya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg terlalpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membebankan dg dunia yg perlu dihambat.

Bapa yg baik akan meneruskan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

RENUNG2 KANLAH SELAMAT BERAMAL

Tidak Sempurnanya Hamba

http://youtu.be/V1cL9l4vl-A

Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Kanak kanak

Kiriman Hisham SDPB

Saat anak-anak membuat perkara yang tidak berkenan di hati kita..

Pandanglah mereka dengan rasa sayang. Syukur Allah beri kita anak. Sakit sangat untuk dapat seorang anak. Ramai orang yang Allah sayang diuji tanpa anak…

Ingatlah satu masa nanti anak-anak itu tiada dirumah dan pasti kita akan berpisah dengannya walaupun masih hidup lagi.

Syukur pasti Allah tambah nikmat. Jangan pandang rendah pada mereka. Cari emas dalam diri mereka…

Hargai mereka insyaAllah satu masa mereka belajar menghargai manusia…menghargai nikmat Allah. Jika kita seolah-olah tidak hargai anak. Siapa lagi yang nak hargai mereka. Kasihan mereka kecil-kecil lagi kita nak mereka seperti kita ‘sempurna’

Memegang tangan anak rahmat Allah. Dukung peluk anak menyebabkan saat itu kita dihujani dengan rahmat kerana saat kita sayang anak, Allah sayang kita.

Dukung, peluk, bergurau dengan anak-anak. Indahnya bila hati kenal Allah dan bersyukur dengan amanah anak. Anak ialah saham akhirat kita.

Bila anak sedih. Pegang mereka. Pujuk mereka. Wahai anak jangan sedih kita ada Allah. Allah sayang kamu wahai anakku…Allah jaga kita bila kita jaga perintah Allah..

Bila anak mendapat nikmat. Best tak aiskrim ini. Siapa beli. Ayah. Siapa bagi kamu wahai anakku. Allah yang bagi. Baik tak Allah. Baik Allah. Sedapnya. Siapa bagi sedap. Allah bagi sedap..terima kasih Allah.

Bila anak menangis takut hantu. Wahai anakku ,Allah jaga kamu wahai anakku..hantu semua tak boleh buat apa. Jin, syaitan, pocong, hantu gigi, hantu durian tiada kuasa
ALLAH Maha kuasa. Kita ada Allah.

Masa keluar rumah ajar anak doa. Ya Allah saya serahkan segala urusan kepadamu. Saya tak boleh buat apa-apa melainkan dengan kuasa kau Ya Allah.

Bila anak nak bertengkar dengan adik beradik atau kawan-kawan. Wahai anakku bila kita memberi, Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik…

Anak nak jadi princess..jadi super power.. wahai anakku, nak terbang dalam syurga tak..nak terbang kena pakai tudung macam umi..cantik. dalam syurga leh jadi princess…nanti kita sekeluarga ,masuk syurga.

Wahai anakku, ayah dan umi sangat sayang kamu kerana Allah.
Sangat sayang kamu. Allah sayang kamu lebih dari segalanya.

Wahai anakku kamu kena kenal Nabi saw. Dia sangat sayang pada kita..Dia sayang kita. Hanya dengan sunnah kita berjaya dunia dan akhirat..

Bila anak nak sesuatu ajar minta pada Allah. Ayah, saya anak mainan. Minta dengan Allah wahai anakku.Nanti Allah bagi insyaAllah. Atau Allah beri dalam syurga.

Ya Allah nak mainan..ya Allah..sukanya anak kecil berdoa. Mereka tiada dosa. Ajar mereka juga doa ya Allah hidayat. Ya Allah beri kami dan 7 bilion manusia hidayat.

Jika anak buat salah. Tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah walaupun tegas. Kerana ketika Musa as kalimullah berjumpa Firaun. Allah perintahkan supaya berlemah lembut dengan firaun. Kita tidak wara’ macam Nabi Musa. Dan anak kita tidaklah seperti firaun..Insya Allah anak kita jadi orang paling mulia dan percakapannya jadi lunak didengari. Kerana dengan menjaga lidah dan banyak sujud kepada Allah, seseorang itu dimuliakan oleh Allah

Nabi saw manusia terbaik dan sempurna tetapi tidak pernah mengherdik anak-anak yang dekat dengannya. Semuanya dibesarkan dengan suasana kasih sayang. Sehingga bila mereka remaja dan dewasa mereka telah bawa kebaikan pada dunia.

Minta maaflah pada anak-anak jika kita salah. Anak-anak akan mudah dapat sifat Nabi saw. Orang lain buat salah, tapi Nabi saw rasa bertanggungjawab. Mudah mengaku salah dan membetulkan kesilapannya.

Ya Allah sayangilah kami suami isteri, ibubapa dan anak-anak kami. Jadikan anak kami Daie, hafiz, alim, orang yang kau sayangi dan jaga solat…Orang yang hidupkan sunnah Nabi saw dengan ikhlas…

semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayat-Ustaz ebit lew

Ukuran kejayaan…

Kiriman mohd azli othman surau mutiara aula mr.

kejayaan

Ukuran kejayaan…
Pd usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pd usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pd usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pd usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pd usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dsri universiti (sebagai graduan)
Pd usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pd usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pd usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pd usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pd usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pd usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pd usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pd usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pd usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pd usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pd usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pd usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pd usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar…
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Kata imam Ghazali…yg paling dekat dgn kita ialah MATI ..
Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.
“RENUNGAN MASA TUA”

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil ‘pergi’.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan — semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada…
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar…
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas…  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibubapa mereka.

“SELAMAT BERBAHAGIA PADA MASA TUA”

Semoga bermanfaat…

Mak

Kiriman Hisham SDPB

wpid-img_20140510_223045.jpg

Tiba-tiba nak menangis dengar kisah benar hari ini yang diceritakan oleh seorang alim di barat…

Seorang suami ni ajak isterinya makan seperti biasa. Jom sayang kita pergi cuba makan sekian tempat sedap sangat makanannya dan tempat yang sangat istimewa.

Isterinya diam dan tiba-tiba cakap. Saya sebenarnya lebih rela abang ajak seorang wanita lain untuk makan istimewa dengan abang..

Suaminya terkejut dan tanya siapa pula sayang. Isterinya jawab, ajaklah mak abang. Abang dah terlalu lama tak meluangkan masa berbual dan makan dengannya. Saya sudah selalu. Pergilah..

Suaminya terkejut bercampur sedih dan terharu. Dia telefon ibunya dan ajak ibunya. Ibunya terkejut. Hanya berdua nak..yer kita berdua mak..

Dia pun bawa ibunya. Makan bersama-sama di tempat romantik dan istimewa itu.

Berbual panjang dan setelah itu. Ibunya senyum dan dia sangat gembira dapat makan dan bercakap-cakap panjang dengan anaknya..

Tanya dia pada ibunya. Ok ke.  ibu. Ibu seronok ker?

Jawabnya ibunya, yer anak. Susah-susah bawa mak ke sini. Seronok dapat bercakap-cakap dengan kamu.

Nanti saya bawa ibu lagi yer.

Jawab ibunya, nanti ibu pula belanja dan ajak kamu ke sini..

Setelah itu dia pulang. Dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Sibuk dengan isteri dan anak-anak setiap hari..tidak sempat beri masa buat ibunya yang keseorangan. Jumpa sekejap-sekejap sahaja..

Satu hari dalam kesibukan dia terkejut dengar ibunya sakit. Dia kelam kabut tinggalkan kerja kerana dia sayang ibunya. Bila sampai ke hospital ibunya telah meninggal dunia. Dia sangat sedih dan menyesal.

Tidak berapa lama dia dapat kad dari tempat makan istimewa itu. Tempat makan untuk dia dan isterinya sudah dibayar…

Dia pun makan. Masa makan dia dapat sikit nota dari siapa yang tempahkan tempat itu buatnya. Rupa-rupanya arwah ibunya.

Kata ibunya, terima kasih gembirakan ibu. Ibu nak balas dan tunaikan janji ibu. Ibu tempah khas buat kamu dan isteri kamu. Selamat bergembira..

Lelaki tadi dan isterinya menangis teresak-esak.

Itulah mak…..ya Allah tidak terbayar korban mereka. Tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu dan gembirakan mereka. Malam hari doa menangis pada Allah buat mereka…

Kadang-kadang ada orang rasa hebat baru khidmat sikit pada mak. Sebenarnya kita belum buat baik. Kita cuma balas jasa mereka. Itu pun tak terbalas. Mereka mandikan kita dari kecil sehingga 0-6 tahun. Tukarkan pampers atau lampin 3 tahun. Siapkan makan minum paling kurang 17 tahun. Dukung 3 tahun. Cuci najis 5 tahun. Doa buat kita selagi mereka bernyawa.

Jadilah anak soleh. Ini bukan pilihan. Tapi perintah Allah yang wajib dan teramat besar.

Hargailah ibubapa dan ibubapa mertua kita. Sayangilah mereka. Minta maaf. Buat baik.

Ayah Dan Ibu

Kiriman Hisham SDPB

wpid-IMG-20140213-WA0010.jpg

Copy paste dr grup lain……..Assalamualaikum.copypaste dr group kwn2 skolah sy..

Ini cerita benar . Ini cerita petua seorang ayah untuk kebaikan anaknya. Kisah ini sangat dekat dengan diriku. Begini kisahnya:

Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.

”Ada duit? Minta ayah sedikit…”

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.

”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.

”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.

”5 ringgit?”

Emak mengangguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.

Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:

”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”

”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”

Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi  Beruntung lah sesiapa yg masih punyai ibu n bapa..

Ayah

keluarga tok mat

keluarga tok mat

Kiriman Alpian SDPB

APA ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH … ..

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadakan Kita Setiap Hari…..
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Men going at kan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya,” Telefon Kah Anak Kita Tu Tanya Dia Macam Mana Kerja…”

Semasa Kecil,Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita….Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg… Kita Lakukan Seharian

Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak”Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??”.Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??

Kita Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata”Tidak Boleh!”..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.

Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya…Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau…Ayah Marah Kita…Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?

Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar…
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya…Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk m
Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..

Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?

Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa “Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya”.

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI

Ibu

Kiriman rashidah ismail SDPB

3:17PM, 01/05/2014] Hj Awang Imam: “Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?”

Jawapan Ustaz :

“BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan
ditanda Malaikat sbgai durhaka pd Allah SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang
boleh melihat cacat cela mu yang
tersembunyi dari pandangan mata mu dan
masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimata
mu, baginya besar bagi dirinya. Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang
menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar
suami.

renungan sepintas lalu…
Mengapa WANITA sering menangis?

Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.
Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk
membasuh luka batin & memberi kekuatan baru.
WANITA sangatlah istimewa…
…. Kirimkan pd WANITA yg kamu sayangi…
…. Kirimkan juga pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan
agar tau bahwa WANITA…..ciptaan Allah yg istimewa..

[3:17PM, 01/05/2014] Hj Awang Imam:

⇩wajah IBU paling→ cntik
⇩masakan IBU paling → sedap
⇩kata IBU paling→ beharga.
⇩Doa IBU paling→makbul
⇩restu IBU palingDi berkati.,

IBU SANGAT SEMPURNA
DI MATA KITAA :”)          SELAMAT HARI IBU KPD SEMUA IBU DLM GROUP NI

wpid-img_20140510_223045.jpg