Al-Kautsar – cikgu fadilah


PINJAM 5MINIT UTK BACA NI..JGN LUPA KONGSI..
RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A’TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biarkan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

SELAMAT BERAMAL… 

Kiriman zora
Sudahkah kita berdoa untuk ibubapa kita pagi ini?..
RAHSIA MURAHKAN REZEKI…

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sedekahkanlah al-Fatihah kepada kedua ibubapamu setiap pagi (samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)”. Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu…”

“Tidak akan terputus rezeki seseorang anak itu selagi dia tidak meninggalkan doanya kepada kedua orang tuanya dalam sehari”.

Janganlah sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (samada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia).Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa itu adalah keredhaan Allah SWT.

Semasa kita berdoa, hendaklah berdoa dengan bersungguh-sungguh sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua-dua ibubapa kita. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT atau tiada keberkatan di dalam rezeki atau harta mereka.

Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit semata-mata, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah seperti makanan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya. “Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kedua-dua ibubapaku, berkatikanlah mereka, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah mereka dari sebarang azab dan bahaya, lindungilah mereka, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman…. aminn yarabal ‘alamin….”

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah. Wallahu’alam

Fadilah Adha

Dahulukan yang Utama 

Kembali

apa itu syiah

Mazmumah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s