Team Building PKS 2024: Romathon di Rumah Rakit Kejora 2, Sungai Papan – Aktiviti Luar

Program yang dirancang berstruktur untuk memastikan kelancaran dan teratur. Kepuasan dan cabaran serta kesabaran adalah perkara yang menjadi isi dalam aktiviti ini.

Rasanya banyak benda baru yang dapat diteroka.

1. Mula dengan pergi ke bazar Ramadan untuk mencari barang untuk berbuka puasa. Ketika lapar, pergi membeli sendiri lebih dari dua menu, sehingga waktu berbuka puasa terdapat terlalu banyak makanan. Lain kali, berbincang dahulu sebelum membeli.

2. Joran dah pasang tunggu ikan gigit. Tengok aksi sorang-sorang, senyap aje. Baca apa tu, senyap-senyap jangan baca yang tak betul sudah. Ingat Tuhan banyak-banyak, ye.

3. Pak Usop sibuk menyediakan joran untuk anggota yang tidak pernah mengikat mata kail, pancing, atau batu ladung dengan memasang umpan sekali. Nasib baik ada seorang otai laut ini, kerja yang dilakukan betul-betul maksimum. Terima kasih banyak, Pak Usop.

4. Abj standard ada barang naik kalau tak unga merah tebal. Malam ni daun baru tewas dgn abj.

5. Wan ketua projek tak kurang persiapannya, kalau tengok barang pancing memang tak boleh dibiarkan menggigil dekat rumah, ada aje peluang turun, 2 orang pon jadi.

6. Yang tiga orang ni (Usop, Abj, Wan) memang peminat tegar. Hanya belum mencapai status nelayan sepenuhnya. Yang lain termasuk saya, RR, SAB, MAH, HA, Mus, KJ, Epol, Zaidi masih seperti buah cempedak di luar pagar. Kami masih belajar.

7. Afiq dgn Jo tak boleh dikacau. Tugas khas dia orang ni ialah masak masak utk pemancing yang bersunguh sungguh tekun kesabarannya mengadap joran. Apa apa pon tahniah sebab pandai awak masak masak. Nak tengok gambar boleh klik dkt link di bawah.

Ketua projek – Wan
Urus setia – Anep

Ajk :
Makanan – Afiq / Juman / Zaidi
Peralatan – Acap / Mus’ab / Epul
Umpan – Usop / Azman
Keselamatan – Joe / Rizam
Kerohanian – Sharil / Armadi

Barang trip mancing rakit bulan ramadan

Coleman ✅
Plastik sampah ✅
Cawan ✅
Jug ✅
Pinggan ✅
Ground sheet ✅
Air mineral x5 kotak ✅

Trip mancing rakit bulan posa PKS 2024 :

Tarikh : 21 & 22/3/2024 (khamis & jumaat)
Masa : 5.00 ptg – 9.00 pg (bertolak dr stadium 3.00 ptg)
Tempat : Rumah Rakit Kejora 2, Sungai Papan.


Bayaran : RM 60 / seorg

Sila buat bayaran ke acc cimb Wan Eizalie – ########## sebelum 18/3/2024.

  1. ABJ✅
  2. Usop ✅
  3. Wan ✅
  4. Epul ✅
  5. Mus’ab ✅
  6. KJ ✅
  7. RZ ✅
  8. Zaidi✅
  9. SAB✅
  10. Anep ✅
  11. Armadi ✅
  12. Afiq✅
  13. Acap ✅
  14. ~joe~✅

✅ – paid

(Kalau ada yg nk sponsor tambahan dialu-alukan 😊✌)

Klik link dibawah untuk gambar..!

Team building PKS, Romathon 1445h (2024)-Rakit Sungai Papan.

Team Building, Romathon 1444h (2023) – Rakit Wak Dol, Pasir Gogok

Team Building, Romathon 1443h (2022) – Rakit Tg Buai

Team building 1442(2021)Rakit Atan Lobster, Bawah Jambatan.