KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN


Kiriman Rohaya SDPB

TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU MANGSA BANJIR KELANTAN

Saya amat mengalu-alukan sukarelawan dari dalam dan luar Kelantan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bahkan pihak Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan bantuan dari rakan-rakan Negara luar dan semalam warga Bangladesh turut membantu kita dalam gotong-royong perdana, sebelum ini para sukarelawan dari Palestin, Thailand dan Singapura turut datang ke Kelantan membantu memberi bekalan makanan dan pakaian disamping melakukan misi membersih rumah ke rumah.

Saya menafikan segala tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dilaman sosial menyatakan saya tidak memerlukan kepada sukarelawan daripada luar Kelantan dan meminta mereka keluar dari Kelantan kerana menyusahkan urusan penghantaran bekalan. Jauhilah fitnah dan khabar angin yang hanya menambahkan saham dosa dalam diari amal kita, sebaliknya tumpulah kepada mencari alternatif bagi meringankan beban seluruh mangsa banjir.

Saya yang diberi amanah menaungi rakyat Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai bentuk bantuan serta bekalan kepada semua mangsa-mangsa banjir di Negeri ini. Penghargaan khas kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negara Thailand, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pasukan Keselamatan, Tentera, Polis, Pertahanan Awam, Bomba, Rela, Pihak Hospital serta Pasukan Perubatan, Ahli-Ahli Korporat, Usahawan-Usahawan, Semua NGO, Pertubuhan-Pertubuhan Profesional, Sukarelawan dari Palestin, Thailand, Singapura, Bangladesh, Para Dermawan dari dalam dan luar Negeri dan juga orang perseorangan. Pengorbanan masa, tenaga bahkan jiwa raga tidak akan dilupakan dan Allah pasti mengganjarinya.

Kepada mana-mana pihak yang terus ingin berbakti dan menyumbang bagi pembangunan semula pasca banjir bolehlah menyalurkannya ke: Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan, melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad : 03018010080024 atas nama penerima: Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan.

USTAZ DATO’ HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 15 Rabiul Awwal 1436/ 6 Januari 20

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s